26
Wed, Jul
31 Artikel Baru

Ketua DHPP, AJK PAS Pusat ucap selamat menyambut Idul Fitri

Berita
Typography

MENJELANG Hari Raya Idul Fitri beberapa hari lagi Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) N.Balassubramaniam turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Muslimin Dan Muslimat.

NBala“Saya N.Balassubramaniam Ketua DHPP Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Muslimin Dan Muslimat. Sebagai masyarakat yang berbilang bangsa  dan majmuk di Malaysia marilah kita meraikan Perayaan ini dengan penuh kesederhanaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Eid Mubarak,” ujarnya

Dr Azman1Sementara itu AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim, turut mengingatkan bahawa Hari Raya Idul Fitri adalah hari kemenangan setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan.

“Setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadhan, Allah mengurniakan kita dengan hari kemenangan. Semoga diterima Allah segala amal ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadhan samada puasa, solat, bacaan Quran, sedekah, qiam dan kerja-kerja yang kita lakukan demi meninggikan agama Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya.

Tidak ketinggalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mengucapkan selamat pulang perantau ke pangkuan keluarga dan kampung halaman.

dr fadli“Saya, Mohamed Fadzli Hassan (YB Dato' Dr.), Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan AJK PAS Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana berada. Kepada teman dan kenalan bukan Islam, sambutlah salam mahabbah dan penuh kemesraan semoga tautan persaudaraan dan keharmonian tetap utuh. Islam rahmat untuk semua. Selamat pulang perantau ke pangkuan keluarga dan kampung halaman. Maaf zahir dan batin,” ujarnya.

Umat Islam dijangka menyambut 1 Syawal pada Ahad ini. – HARAKAHDAILY 21/6/2017