20
Tue, Aug
29 Artikel Baru

Kakitangan Halaqat terima bonus raya

Berita
Typography

AHAD lepas guru-guru pondok menerima elaun bulanan daripada kerajaan negeri, dan hari ini pula kakitangan Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) pula menerima bonus raya.

Guru-guru Halaqat yang mengajar di masjid dan guru al Quran serta fardhu ain menerima sumbangan kerajaan berjumlah RM670,050.

Guru Halaqat menerima sumbagan sebanyak RM250 kepada dan guru al Quran serta fardhu ain pula RM200.

Di Kelantan sekarang terdapat seramai 521 guru halaqat dan 2699 guru al Quran dan fardu ain.

Akauntan Jaheaik, Roszaidi Mad Dali berkata sumbangan Hari Raya diberi kerajaan negeri setiap tahun kepada kakitangan terbabit sebagai menghargai sumbangan mereka.

"Hari ini wakil dari setiap Dun datang mengambil sumbangan untuk diagihkan kepada tenaga pengajar di Dun masing-masing sebelum Hari Raya,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Jaheaik, Kompleks Balai Islam Lundang hari ini. - HARAKAHDAILY 21/6/2017