Sidebar

25
Mon, Sep
18 Artikel Baru

Kelantan pertahan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Berita
Typography

DAKWAAN pihak tertentu yang mendakwa kerajaan Kelantan berpegang kepada fahaman wahabi adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pihak terbabit cuba mengaitkan kerajaan negeri dengan wahabi kerana mengadakan kerjasama akademik dengan Universiti Islam Madinah (UIM).

Katanya, Kelantan tidak ada kaitan dengan ajaran fahaman lain, selain Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ini kerana kerjasama baru-baru ini hanya membabitkan soal pendidikan tinggi.

"Malah ia direstui Sultan dan Pemangku Raja Kelantan bagi meningkatkan lagi pendidikan tinggi Islam,” katanya pada majlis penyampaian elaun kepada guru-guru pondok di Kota Darulnaim hari ini.

Seramai 68 guru pondok menerima elaun yang disampaikan Menteri Besar.

Mudir pondok menerima RM1,000 sebulan, timbalannya (RM500) dan tenaga pengajar (RM300). Bayaran dibuat tiga kali setahun.

Baru-baru ini disebarkan di media sosial kononnya kerajaan Kelantan mulai diserapi fahaman wahabi kerana menjalin kerjasama akademik dengan Universiti Islam Madinah. – HARAKAHDAILY 18/6/2017