26
Mon, Jun
5 Artikel Baru

Kereta Kak Lah rosak jam 4 pagi di Gerik

Berita
Typography

KETIKA perjalanan ke Kampung Gual Tualang untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk, tiba-tiba kereta Kak Lah rosak.

“Dua hari sebelum itu Hilux rosak di Gerik sekitar jam 4 pagi ketika Kak Lah pulang daripada menghadiri program bersama anak perantau di Manjung, Perak,” kata anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Menurut beliau keretanya tiba-tiba berhenti disebabkan plat gear rosak.

Ketika itu beliau bersama anaknya Abdul Rahman, membawa sumbangan untuk diagih kepada penduduk miskin, di samping menziarahi kematian di Gual Tualang.

“Selepas solat Zohor Kak Lah ke Kampung Tualang sekejap sebelum ke mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu Selasa lepas, namun kereta tiba-tiba berhenti sendiri,” ujarnya di sini.

Sebelum itu beliau menziarahi penduduk di Kampung Gual Tinggi.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, situasi seperti itu sudah menjadi asam garam bagi seorang wakil rakyat.

“Ia hanya ujian kecil ketika melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 15/6/2017

Kak Lah 2