PAS Sarawak erat hubungan bersama media

Berita
Typography

PAS Sarawak mengadakan majlis sungkei (berbuka puasa) bersama media tempatan bertempat di Kuching, semalam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Sarawak, Muhammad Afiq Mhd Khazar, program yang berlangsung selama hampir 2 jam itu telah dihadiri oleh lebih 8 kumpulan media terdiri dari Utusan, Borneo Post, Sin Chew, See Hua, Kosmo dan Sarawak Tribune.

Katanya, majlis sungkei bertujuan untuk memperkenalkan saf kepimpinan Perhubungan PAS negeri sesi 2017/2019 serta memberi penerangan semasa berkaitan PAS Sarawak.

Tambahnya, selain beliau, saf kepimpinan yang turut hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya 1, Zulkipli Ramzi dan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Sarawak, Syamsul Bahri Mohamad serta beberapa AJK PAS Kawasan Petrajaya dan Santubong.

"PAS Sarawak mengambil peluang untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturrahim antara PAS dan media di Sarawak," ujarnya.

Menurutnya lagi, PAS Sarawak turut berkongsi kandungan Dokumen Hijau yang bakal ditawarkan oleh PAS.