17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

Santai Ramadan: Setiap tahun ada pertambahan

Berita
Typography

SELEPAS tiga tahun diadakan, program Santai Ramadan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam dengan dianggarkan lebih 2,000 menghadiri majlis itu, petang semalam.

Pengerusi Jaatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, program itu diraikan masyarakat yang mahu suasana berbuka puasa lebih santai bersama ahli keluarga masing-masing.
 
“Pada pengamatan saya, setiap tahun semakin ada pertambahan. Ini dapat dilihat melalui penyediaan makanan kira-kira 1,000 juadah tidak mencukupi terutama pada hari minggu, manakala hari biasa 700 juadah disediakan juga tidak mencukupi.

“Tidak semua mengambil juadah disediakan tetapi ramai yang datang membawa juadah sendiri,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau yang juga ADN Sijangkang berkata, program itu juga adalah salah satu komponen daripada program Semarak Ramadan yang sudah menjadi acara tahunan setiap kali berpuasa.

Program itu turut diserikan dengan majlis pengisian ilmu, persembahan artis, iftar dan ruang untuk solat Maghrib, Isyak serta tarawih diadakan.