Warga emas terima takaful RM79 juta

Berita
Typography

SEJAK Skim Takaful Warga Emas diperkenalkan pada 2007 sehingga sehingga akhir Mac lepas lebih RM79 juta dibayar kepada keluarga pencarum.

Pegawai Eksekutif Pemasaran Syarikat Kifaalah Sdn Bhd, Mohd Hafiz Husin berkata, jumlah itu melibatkan seramai 45,748 penerima (wasi keluarga warga emas).

Menurutnya, sehingga 31 Mac lalu seramai 161,204 warga emas mendaftar sebagai peserta Skim Takaful Kifaalah.

"Dalam tempoh setahun sahaja, kita mencatat purata pendaftaran warga emas antara 4,300 hingga 4,400 orang bagi membolehkan menerima pampasan RM1,500.

"Syarat penerima usia 60 tahun ke atas, mengundi serta tinggal di Kelantan dengan pendaftaran percuma," katanya pada taklimat sempena kuliah bulanan wanita Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Kifaalah Sdn Bhd ditubuhkan pada 28 Mac 2007 menjadi penggerak program Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. Dimiliki sepenuhnya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kuliah bulanan itu mengentengahkan slot “Anda Tanya Mufti Jawab’. – HARAKAHDAILY 30/5/2017

Kifaalah 2