BERJUANG kerana bangsa ditolak dan dimurkai oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Sekiranya sanggup membela bangsa walaupun bangsanya membuat salah dan melakukan zalim.

Begitu juga tunduk (wala’) kepada orang bukan Islam merupakan perbuatan yang salah dan dimurkai oleh Allah SWT. Semata-mata takut hilang sokongan dan menikus isu yang membabitkan maruah Islam. Menyalah guna perkataan Islam rahmatan Lil Alamin.

Tidak salah sayang kepada bangsa, kerana fitrah manusia sayang kepada bangsanya sendiri. Baginda Nabi Muhammad SAW pun sayang kepada kaum Quraisy. Tetapi apabila bangsanya sendiri berada di pihak yang batil baginda lawan seperti perang Badar.

Begitu juga Islam mengarahkan supaya berlaku adil, walaupun kepada orang bukan Islam. Haram kita menindas orang bukan Islam, kerana ia juga mempunyai hak untuk hidup dan mendapat keadilan.

Hanya Islam boleh memberi keadilan kepada semua. Syaratnya Islam mesti mentadbir dan dihayati sepenuhnya. Bukan hanya mengambil satu juzuk Islam untuk menunjukkan Islam adil kepada orang bukan Islam, tetapi mengenepikan hak orang Islam untuk menghayati haknya.

Akhirnya kemurnian Islam tidak akan diperolehi dan hak orang Islam dipinggirkan. Di manakah pula keadilan Islam untuk orang Islam? Adil ialah meletakkan sesuatu kepada orang yang berhak.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
30 November 2018 – HARAKAHDAILY 30/11/2018

PUSAT Dialisis Bulan Sabit Merah Miri memulakan operasi hemodialisis pada 3 Ogos 1996 dengan enam pesakit sahaja. Pada mulanya pusat ini menerima 37 pesakit baru dan pada 31 Disember 2006, mereka mempunyai 137 pesakit dengan lebih kurang 20 pesakit baru dalam senarai menunggu.

Statistik terkini, sejumlah 318 pesakit dan 60 dalam senarai menunggu. Pusat ini menerima purata tiga pesakit baru kegagalan buah pinggang peringkat akhir “end-stage renal failure (ESRF)” setiap bulan dan jadual rawatan dialisis pada hari Isnin, Rabu dan Khamis terdapat 3 syif dan pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu 2 syif. Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri adalah antara penerima terbesar pesakit buah pinggang di Sarawak.

Menurut pegawai operasi yang bertugas semasa lawatan kami ke pusat tersebut, mereka juga menerima pesakit pelawat dari Limbang, Lawas, Batu Niah, Bintulu dan lain-lain yang memerlukan rawatan.

Salah seorang pesakit buah pinggang yang juga Penyelaras Projek Amal Jariah Usrati, Haji Mohamad Taha Haji Bini telah bertemu dengan kami tentang projek inisiatifnya bersama isteri dan kawannya untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan. Beliau berkata ramai pesakit yang memerlukan bantuan terutama golongan miskin dan pesakit yang kurang berkemampuan. Beliau juga meminta lebih banyak penderma untuk bersama-sama memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan rawatan.

Kami telah bertemu dengan salah seorang pesakit buah pinggang, Veno Ak Jungai dari RH Johnson Jangu Seloi Sibuti yang terpaksa berulang-alik menggunakan motosikal sejauh lebih kurang dua jam perjalanan dari rumahnya ke pusat dialisis Miri.

Dalam keadaan beliau yang kurang sihat, dia terpaksa menggunakan kenderaannya sendiri kerana tidak ada pilihan lain sebab pusat dialisis tidak mempunyai perkhidmatan untuk menghantar pesakit dari luar ke pusat dialisis. Kadang-kadang dia terpaksa berhenti di tepi jalan jika dia berasa keletihan dan bahkan ketika hujan dia juga terpaksa mencari tempat teduh sebelum sampai ke pusat dialisis.

Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi oleh pesakit buah pinggang ini. Hampir semua pesakit buah pinggang memilih hemodialisis kerana ia dilakukan di hospital atau pusat dialisis manakala dibantu oleh jururawat terlatih.

Dialisis sebenarnya tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang, tetapi ia menggantikan fungsi buah pinggang.

Oleh itu, pesakit terpaksa menggunakan rawatan ini sepanjang hayatnya melainkan seseorang ingin melakukan pemindahan buah pinggang.

Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis harus menjalani dialisis tiga kali seminggu (12 kali sebulan). Setiap dialysis mengambil masa kira-kira empat jam. Jika tidak menjalani dialisis boleh mengakibatkan kehilangan nyawa apabila tubuh badan menjadi lemah.

Jadi kami menggesa pihak kerajaan mengkategorikan pesakit buah pinggang sebagai OKU. Mereka juga terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

Mereka sukar untuk perjalanan jauh dari kawasan mereka kerana tanpa melakukan hemodialisis keadaan kesihatan mereka akan terganggu dan mereka sepanjang hayat terpaksa menggunakan mesin dialisis kecuali ada seseorang menderma buah pinggang mereka.

Dengan pengiktirafan mereka sebagai orang kurang upaya (OKU) sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini dapat mengurangkan beban mereka, terutama mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak pusat dialisis terutama bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman kerana mereka terpaksa berulang-alik ke pusat dialisis dan mengambil masa yang lama pastinya boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Kami juga ingin menjemput kepada semua yang berkenaan agar sama-sama boleh membantu mengurangkan beban pesakit buah pinggang, terutama mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan mereka yang tinggal jauh dari pusat dialisis seperti Encik Veno yang benar-benar memerlukan bantuan.

Jika boleh, berikan perkhidmatan pengangkutan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang yang tinggal jauh dari pusat dialisis dan mereka harus diberi bantuan segera untuk keselamatan dan kesihatan mereka.

Kerjasama dengan semua pihak untuk mengatasi masalah ini amatlah dihargai kerana kehidupan seseorang adalah sangat bernilai tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 30/11/2018

SUKACITA pihak Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hjh Zuraida Md Noor, yang dilantik sebagai Adun Wanita bagi Dewan Undangan Negeri Terengganu sesi penggal ke-14. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar, diberikan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap golongan wanita khususnya di negeri ini.

Dalam kisah Ratu Saba', maksud firman Allah SWT: "Berkata Balqis: Wahai pembesar-pembesar!Berilah aku pertimbangan dalam urusanku inu, aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan pun sebelum kamu berada di majlisku. Mereka berkata : Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan juga memiliki keberanian dan keputusan berada di tangan kamu. Maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan kepada kami. Ia berkata sesungguhnya raja-raja itu apabila mereka memasuki sesebuah negeri, mereka membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina dan demikian pula lah, apa yang mereka akan lakukan" (Surah Al-Naml: 32-34)

Ayat ini menunjukkan bahawa terdapat di kalangan wanita menanggung tanggungjawab pemerintahan sebagai seorang raja atau ketua negara, dan telah menggunakan dasar syura di dalam pentadbirannya. Kita hendaklah akui terdapat dalam kalangan wanita yang begitu tajam pandangan dan keprihatinan di dalam dirinya. Mereka tidak begitu mudah terpengaruh dengan pandangan orang lain dan mampu berdikari di atas kaki sendiri. Kesemuanya ini membuktikan betapa mereka mampu mentadbir kerajaan dan cekap dalam gerak kerja politik.

Disebut juga pada 24 April 2003 - Dewan Undangan Negeri meluluskan Enakmen bagi meminda Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan 2003) Fasal xxvii (2) dan (3). Fasal XXVII (2) :

"Jika pada bila-bila masa, tidak ada orang bukan Islam atau wanita yang dipilih kepada Dewan Undangan Negeri, tertakluk kepada peruntukan berikut, Dewan Undangan Negeri boleh atas satu usul yang disokong oleh tidak kurang dari tujuh orang ahli Dewan Undangan Negeri dan diluluskan dengan majoriti mudah, melantik orang bukan Islam dan atau wanita bagi mewakili rakyat bukan Islam dan atau wanita dengan syarat bahawa ahli-ahli yang dilantik hendaklah tidak melebihi 4 orang."

Pelantikan Adun Wanita ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu mengiktiraf kepimpinan wanita serta tidak menafikan penyertaan mereka dalam bersama-sama membawa hala tuju negeri. Sekali lagi, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu menyokong penuh pelantikan Puan Hjh Zuraida Md Noor sebagai Adun Wanita, dan kami yakin beliau mempunyai kredibiliti yang diperlukan, seterusnya mampu membawa amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Muslimat Memacu Perubahan”
“Islam Memimpin”

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Puan Zarani Othman
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 29/11/2018

zuraida2

KERAJAAN Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan rasmi Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Keharmonian dan Ketenteraman Awam Diutamakan’ berikutan insiden Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, USJ Subang Jaya baru-baru ini.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar Terengganu, namun ia memberi kesan emosi dan psikologi kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Tambahan pula, pada zaman digital dan teknologi setiap perkara boleh disebarkan dengan pantas melalui media sosial tanpa mengetahui kesahihannya.

Saya menyeru semua rakyat Terengganu agar bertenang dan kekalkan keharmonian sedia ada. Elakkan membuat provokasi dan menulis komentar negatif di media sosial yang boleh menjejaskan ketenteraman.

Patuhi arahan pihak keselamatan kerana saya percaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat menangani isu ini dengan bijaksana.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin menyeru semua rakyat Terengganu untuk bersama mendoakan mangsa yang tercedera termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PB Mohammad Adib bin Mohd Kassim agar cepat sembuh.

'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'
'Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera'

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
28 November 2018 – HARAKAHDAILY 28/11/2018

PEMILIHAN Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh sebagai Senator mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu menjadi bukti PAS mengangkat ketokohan wanita untuk berpencak di medan sebenar.

Sekalung tahniah saya ucapkan mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja DMPM kepada Ustazah Nuridah atas pemilihan sebagai ahli Dewan Negara.

Pengalaman beliau sebagai Ketua Muslimat serta telah hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia politik sedikit sebanyak akan membantu dan mendorong beliau untuk terus membawa suara PAS dalam Parlimen selain daripada 3 lagi wakil PAS.

Kami dan seluruh ahli Muslimat PAS terutamanya sentiasa mendoakan Ustazah Nuridah agar dipermudahkan setiap urusan dan langkah beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Semoga pemilihan ini menaikkan lagi kredibiliti Muslimat PAS di persada negara hingga menjadi contoh dan teladan buat semua wanita di luar sana.

Siiruu 'ala barakatillah

Dr. Rosni Adam
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 November 2018 / 21 Rabi'ul Awal 1440 – HARAKAHDAILY 29/11/2018

tahniah

INSIDEN yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, USJ, Subang Jaya, Selangor mesti ditangani secara berhemah. Semua pihak perlu berada dalam pendekatan tenang bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjadi semakin panas dan parah. Menyeret kepada sebarang isu yang menjurangkan harus dijauhi.

Jangan ada mana-mana pihak bersikap menangguk di air keruh untuk menjadi juara yang sebenarnya melaga-lagakan antara kalangan terlibat hingga bertelagah. Apatah lagi meniupkan api kebencian dan sentimen perkauman atau agama hingga mempertaruhkan keamanan dan keharmonian masyarakat negara ini.

Kami menyeru agar sebarang pertikaian, salah faham atau urusan berkaitan diselesaikan ke meja rundingan. Serta dengan penuh berhemah dan patuh untuk ditangani semua itu mengikut lunas undang-undang negara. Manfaatkan pihak-pihak perantara yang diyakini, selain berikan kepercayaan kepada pihak keselamatan.

Kami percaya semua pihak berautoriti akan menghadapi isu ini secara profesional dan diselesaikan secara baik tanpa campur tangan pihak berniat serong dan berkepentingan peribadi. Kami juga menyeru seluruh rakyat bersikap matang dan terbuka hingga ketegangan dapat diredakan dan keamanan dikecapi semula.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 28/11/2018

SAYA berulangkali dengar Sidang Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia YB Kula Segaran berhubung isu panas Kuil Sri Mariamman.

Ianya adalah munasabah jika ia akan dibawa ke perbincangan ke Kabinet dan Perdana Menteri untuk mencari jalan penyelesaian seperti apa disebut oleh Waytha Moorthy setelah isu ini menimbulkan ketegangan dalam negara. Keprihatinan YAB Perdana Menteri meminta ditangguhkan pemindahan sehingga mencapai penyelesaian penuh adalah baik dan memberi kelegaan.

Sehingga ia dibincang dan dirumuskan oleh Kabinet dan Perdana Menteri, lebih baik Menteri berkenaan mengelak dari membuat kesimpulan awal hasil perbincangan Kabinet yang belum berlangsung kerana isu ini kompleks melibatkan banyak pihak.

Yang saya ingin dapatkan kepastian adalah kenyataan selanjutnya berikut adakah ia pandangan Perdana Menteri atau kenyataan peribadi Waytha sendiri?

“Saya juga akan berbincang dengan Yang Berbahagia Peguam Negara (Tommy Thomas), untuk mencari penyelesaian yang termudah supaya kuil ini dapat dikekalkan di sini” - HARAKAHDAILY 28/11/2018

More Articles ...