DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia menyokong gesaan semua pihak yang mengajak seluruh rakyat Malaysia turun berhimpun pada 8 Disember bagi meraikan kemenangan tidak meratifikasikan ICERD.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan YAB Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob untuk memberikan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Kelantan untuk hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur sempena meraikan kemenangan rakyat.

Memberikan cuti peristiwa adalah sesuatu yang normal dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selalunya diberikan untuk meraikan sesuatu kemenangan, contohnya kemenangan merangkul piala bola sepak. Seawal memegang tampuk kuasa, Kerajaan PH memberikan cuti peristiwa selama 2 hari. Adakah pihak pemuda Pakatan Harapan lupa akan perkara ini?

Dengan ini, kami menggesa pihak pemuda PKR, terutama Syed Badli Shah Syed Osman, Naib Ketua Pemuda PKR, menarik balik kenyataan tidak matang beliau terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera - HARAKAHDAILY 6/12/2018

SEJAK dari awal kes pembunuhan Jurnalis Arab Saudi, Jamal Khashoggi berlaku, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Laporan berita di media seperti sudah dirancang untuk diarahkan kepada suatu persepsi. Kerana itu saya belum berani memberikan ulasan dalam bentuk tulisan. Kerana ada sesuatu yang perlu difahami.

Terlalu dramatik untuk dipercayai

Pembunuhan Khashoggi adalah sesuatu yang sangat pelik. Adalah satu kebodohan untuk melakukan pembunuhan di kedutaan yang menjadi satu tempat yang memiliki sistem pengawasan tinggi. Berlaku pula di negara yang tidak memiliki hubungan yang baik. Suspek pembunuhan adalah pegawai-pegawai penting Kerajaan Saudi yang datang ke Turki beberapa hari sebelum kejadian.

Jika diikuti perkembangan dunia jurnalisme politik, orang yang lantang seperti Khashoggi bukanlah seorang sahaja. Apa yang dilakukan Khashoggi dengan segala kritikan terhadap Arab Saudi adalah normal. Bahkan lebih ramai yang memberi ancaman kepada Saudi berbanding beliau. Memilih untuk membunuh beliau bagi mengekang ancaman terhadap Saudi adalah suatu tindakan yang tidak berbaloi dengan risiko.

Kebodohan Arab Saudi

Menurut fakta kes, siasatan dan pendedahan menunjukkan memang Saudi berniat untuk membunuh jurnalis itu. Malah ia dikaitkan secara langsung kepada pemimpin de facto Arab Saudi iaitu Putera Mahkotanya Muhammad bin Salman (MBS). Oleh itu tidak pelik bagaimana beliau boleh merancang pembunuhan yang menjerat mereka sendiri ini, kerana MBS dikenali sebagai seorang yang sangat rakus, gelojoh dan tidak matang. Beliau mudah dipengaruhi terutama jika dihasut oleh kekasihnya, US.

Rancangan pembunuhan dalam pengetahuan US dan Turki

Laporan beberapa portal antarabangsa menyatakan bahawa US sebenarnya telah mengetahui rancangan terhadap Khashoggi sebelum ianya berlaku lagi. Di samping itu, seorang Jurnalis Saudi mendatangkan hujahan bahawa Turki sendiri telah mengetahui rancangan tersebut tetapi ia membiarkan sahaja berlaku. Ini kerana kes ini boleh menjadi medium bagi melonjakkan populariti Turki, di samping beberapa kepentingan lain yang menguntungkan negara itu.

Sikap Turki ini tidaklah pelik. Sewaktu kudeta gagal pada 2016 yang lalu, terdapat beberapa pengkaji politik yang mendapati bahawa Erdogan telah mengetahui rancangan kudeta tersebut lebih awal, tetapi beliau tidak menyekatnya sebalik mengeksploitasi rancangan tersebut supaya mengikut jalan cerita yang dikehendakinya.

Perangkap kepada Trump

Walaupun terdapat pemerhati politik yang mengatakan bahawa pembunuhan Khashoggi adalah perangkap bagi menjatuhkan MBS, tetapi saya berpendapat bahawa sasaran sebenar adalah Trump. Hubungan MBS-Trump sangatlah kuat bermula daripada pelantikan MBS sebagai Putera Mahkota yang berlaku beberapa hari sahaja selepas Trump mengunjungi Saudi dalam Riyadh Summit 2016. 

Sejurus pembunuhan, Trump terus mempertahankan MBS dan Saudi dengan menafikan penglibatan negara terbabit. Kini setelah satu persatu pendedahan dibuat mengaitkan Saudi dan MBS, Trump terus dikecam dan dijadikan bahan kutukan dalam atmosfera politik US.

Trump dan Zionis

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini mengenai kemenangan Trump, beliau bukanlah calon pilihan Zionis. Kekalahan Clinton adalah kejutan besar buat pakatan Judeo-Christian itu. Sokongan yang diberikan oleh Rusia terhadap calon tidak popular itu sangat signifikan dalam menempelak pencatur utama politik US.

Sejak Trump menang, CNN, agensi-agensi kerajaan serta politikus US tidak pernah berhenti dari menyerang Trump atas berbagai isu. Mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan kembali beliau kerana telah banyak rancangan geo-politik tergendala kerana takhta Presiden US yang sangat berkuasa itu.

Pembunuhan Khashoggi boleh dibaca sebagai cubaan bagi terus memberi tekanan kepada Trump. Imejnya tercalar teruk sekarang bukan sahaja di US bahkan di mata dunia kerana sikapnya yang tidak bersama arus menyerang MBS. Bahkan CIA sendiri mengakui Saudi terlibat.

Grand Design Dajjal

US sedang dalam rangka mencetuskan Perang Dunia Ketiga. Bagi yang mengikuti senario geo-politik boleh merasai betapa dekatnya dunia ini dengan pertembungan terbesar dalam sejarah dunia itu. Namun perkara itu sedikit terencat apabila takhta Presiden US tidak dipengaruhi Zionis. Bukan bermaksud Trump tidak mampu memimpin US untuk menghadapi peperangan, tetapi kerana Trump sukar untuk mengendalikan peperangan mengikut plot yang telah disediakan.

Perang Dunia Ketiga adalah platform Zionis bagi menukar kiblat dunia daripada US kepada Israel. Daripada Pax-Americana kepada Pax-Judaica. Trump memiliki sifat patriotik yang tinggi terhadap negara. Walaupun beliau ditekan oleh Evangelicalis dalam parti Republikan bagi mengiktiraf kedudukan Israel, tetapi matlamat politik beliau adalah bagi memulihkan US. Sikap itu sangat kontradik dengan kemahuan Zionis dan Freemason.

28 Rabiul Awwal 1440
5 Disember 2018

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 5/12/2018

 

BADAN Kebajikan Ikatan Ilmuan Jordan Malaysia (IMIJ) memandang serius isu ICERD dan ICCPR yang sedang hangat dan tular diperkatakan kini.

Setelah meneliti isu ini, pihak IMIJ dengan ini membantah sekeras-kerasnya ICERD dan ICCPR kerana bercanggah dengan perlembagaan dan boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia,

IMIJ dengan ini menyeru semua rakyat supaya bangkit melakukan bantahan terhadap usaha ke arah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Konvensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

IMIJ juga memberi sokongan penuh terhadap usaha mantan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memobilisasi rakyat membantah usaha ke arah meratifikasi konvensyen ini.

“IMIJ juga berharap agar seluruh rakyat prihatin di negara ini agar bangkit melakukan bantahan terhadap usaha mengiktiraf ICERD kerana dilihat bercanggah dengan lunas undang-undang dan syariat Islam.

Selain itu, tiada keperluan untuk ICERD dan ICCPR diratifikasi di negara ini kerana semua rakyat tanpa mengira kaum mendapat layanan adil di sisi perlembagaan persekutuan. Di Malaysia, semua rakyat tanpa mengira kaum mendapat layanan yang adil di sisi Perlembagaan.

Oleh itu, ICERD dan ICCPR adalah senjata yang digunakan untuk menjayakan kepentingan politik segelintir pihak yang tidak senang dengan status quo di Malaysia.Terdapat sesetengah pihak mahu menghapuskan kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan. Hak asasi manusia yang diperjuangkan tidak sesuai diterjemahkan di Malaysia yang dicintai ini.

IMIJ dengan ini menyeru agar semua pihak hadir ke himpunan aman membantah ICERD yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 Sabtu ini.

IMIJ juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang menyatakan pendirian membantah ICERD dan ICCPR.

Semoga Allah memelihara kesatuan dan keharmonian kaum di tanah air yang kita cintai.

YB Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Presiden Badan Kebajikan Ikatan Ilmuan Jordan Malaysia (IMIJ)
27 Rabiul Awwal 1440 / 5 Dis 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018

GAMIS menentang sekeras-kerasnya usaha sebahagian pemimpin kerajaan yang ingin meratifikasi ICERD dalam negara kita Malaysia. Usaha untuk meratifikasi ICERD dalam Negara Malaysia adalah satu tindakan yang membelakangkan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara yang telah lama menjadi tunjang kepada perpaduan dan keharmonian antara kaum dalam negara Malaysia.

GAMIS bersama 10 ribu mahasiswa daripada seluruh negara akan menyertai Himpunan Aman Bantah ICERD yang dianjurkan oleh UMMAH di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 8 Disember 2018 ini. Himpunan ini adalah penting kerana ia bakal memberikan pengajaran kepada sebahagian pemimpin negara yang masih belum serik dengan amaran-amaran yang telah diberikan oleh NGO dalam siri protes-protes sebelum ini.

Himpunan ini bakal menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya sebarang usaha kerajaan untuk meratifikasi ICERD. ICERD adalah sebuah bentuk penjajahan antarabangsa atau Malayan Union 2.0 yang bakal meletakkan negara dalam keadaan bahaya, hilang identiti, dan menafikan kontrak sosial yang telah lama menjadi pasak kepada keharmonian antara kaum dalam Negara Malaysia sejak negara kita merdeka.

Menurut Artikel 2 (C) ICERD, mana-mana negara ahli yang menandatangani Perjanjian ICERD mestilah melakukan perubahan kepada mana-mana undang dan polisi negara yang bertentangan dengan objektif ICERD. Ini adalah satu peruntukan yang bakal menjejaskan Kedudukan Agama Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, keistimewaan Bumiputera dalam perkara 153 dan kedudukan serta peranan Raja-raja Melayu dalam negara kita Malaysia seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini juga bakal merosakkan kontrak sosial yang telah lama menjadi tunjang kepada perpaduan kaum dalam negara kita Malaysia.

Walaupun reservasi dibenarkan namun menurut Artikel 20 (2) ICERD, mana-mana reservasi yang bertentangan dengan objektif ICERD tidak sama sekali akan diluluskan. Peruntukan ini bakal meletakkan Negara Malaysia sebagai negara yang hilang identitinya dan bakal menafikan hak Bumiputera sebagai orang asal dalam negara ini.

Himpunan 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini bakal menzahirkan kemuncak amarah rakyat kepada sebahagian pemimpin negara yang ingin menjual kedaulatan negara kepada negara asing. Golongan Bumiputera yang berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bakal bersatu hati, bangkit dan lawan pemimpin kerajaan yang menyokong agenda ICERD habis-habisan selepas daripada ini.

Sekian. Terima kasih.

“Istiqamah Bersama Islam"

Oleh :
MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - HARAKAHDAILY 5/12/2018 

FB IMG 1543978402910

SEMPENA dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.

InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018

TARIKH 11 Zulkaedah 1329 bersamaan 2 November 1911 menjadi tarikh yang bersejarah bagi negeri Terengganu secara khususnya.

Sekali lagi Terengganu melakar sejarah kegemilangan Islamnya apabila almarhum Sultan Zainal Abidin III meletakkan Islam sebagai perlembagaan tertinggi bagi negeri Terengganu sekaligus mengisytiharkan Terengganu sebagai Wilayah Islamiyyah Malayuwiyyah. Tahun 2018 genap 107 tahun sejarah ini terukir, satu titik sejarah yang mesti diingati oleh umat Islam di Terengganu secara khususnya dan di rantau ini secara umumnya.

Apa yang dilaksanakan oleh almarhum Sultan Zainal Abidin III adalah kesinambungan pelaksanaan Islam di negeri Terengganu yang terbukti daripada penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang. Ia sebagai bukti yang terpahat bahawa Islam telah dijadikan sebagai cara hidup khususnya di dalam urusan pemerintahan di bumi Serambi Madinah yang bersejarah ini.

Seterusnya campur tangan British yang berusaha untuk menjajah Terengganu; maka almarhum Sultan Zainal Abidin III, para ulama dan pembesar negeri telah melakukan satu langkah yang bijaksana untuk menyelamatkan Terengganu daripada tangan penjajah British dengan mewujudkan undang-undang tubuh bagi negeri Terengganu yang mana antara kandungannya ialah mengisyhtiharkan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri Islam Melayu yang merdeka dan berdaulat dan menjadikan ugama Islam selama-lamanya sebagai ugama rasmi negeri dan kerajaan.

Perlembagaan Itqanulmulmuluk bi ta’dilissuluk memberi maksud ketelitian raja-raja dengan mengikut tingkah laku yang betul. Roh atau semangat daripada perlembagaan ini ialah menggariskan garis panduan ke atas mana-mana raja yang mahu memerintah negeri Terengganu, mereka mestilah mengikut hukum-hakam Islam dan tidak boleh sama sekali memberikan wala dan kepatuhan kepada penjajah-penjajah.

Peletakan perlembagaan ini bertujuan untuk menyelamatkan negeri Terengganu dari dijajah oleh penjajah-penjajah asing. Ini kerana pada zaman tersebut boleh dikatakan kesemua negara-negara umat Islam dijajah oleh penjajah-penjajah asing, maka tindakan almarhum Sultan Zainal Abidin III adalah satu tindakan politik yang sangat bijaksana demi menjaga dan memelihara bumi Terengganu

Di zamannya dilaksanakan hukum jenayah Islam, hudud dan qisas walaupun fakta ini tidak didapati secara bertulis kerana rujukan pelaksanaan hukum-hakam ini dirujuk terus daripada kitab-kitab fiqh jawi yang sudah ada pada ketika itu seperti kitab Matla’ulbadrain karangan Syeikh Daud al-Fatani dan lain-lain lagi. Ditambah lagi almarhum Sultan Zainal Abidin III bukan sahaja terkenal dengan kebijaksanaannya dalam pemerintahan bahkan juga baginda adalah seorang ulama yang mengetahui selok belok hukum hakam syara dan pernah berguru dengan ulama-ulama daripada Fatani.

Terdapat juga bukti-bukti yang diakui oleh sejarah seperti kewujudan penjara yang dibuat daripada buluh di Kampung Atas Tol dan di tempat-tempat lain. Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pernah menceritakannya dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perayaan 100 tahun Itqanulmuluk bi ta’dilissuluk yang diadakan di Kuala Berang pada 7 Januari 2012, beliau mengisahkan satu kisah yang diceritakan turun menurun daripada orang-orang tua berkait dengan seorang lelaki di zaman itu yang digelar sebagai Pak Mat Kawah telah dijatuhkan hukuman hudud potong tangan kerana mencuri.

Pada tahun 1919 pihak penjajah British telah membatalkan perlembagaan Itqanulmuluk bi ta’dilissuluk. Rentetan daripada itu ia telah membangkitkan penentangan rakyat Terengganu yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang bangkit bagi mengembalikan semula Terengganu kepada landasannya yang asal. Antara langkah awal ialah tindakan beliau menubuhkan Parti Syarikat Islam di beberapa daerah seperti Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut. Tindakan tersebut telah menimbulkan ketegangan dengan pihak penjajah British sehingga tercetusnya peristiwa berdarah di Padang Kachung pada tahun 1928 yang telah mengorbankan 12 orang syuhada dan berakhir dengan pembuangan negeri ke Mekah terhadap Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong oleh pihak British.

PAS dan Perjuangan Memartabatkan Islam

Pada tahun 1948 tertubuhnya Hizbul Muslimin dan ianya dibubarkan pada tahun yang sama oleh pihak British dan pada tahun 1951 tertubuhnya Parti Islam Semalaysia (PAS) yang berjuang melalui pilihanraya bagi menubuhkan sebuah pemerintahan berlandaskan Islam.

Pada pilihan raya pertama yang diadakan pada 1959 PAS menyertainya dan memenangi negeri Terengganu dan Kelantan walaupun begitu pemerintahan PAS di Terengganu hanya bertahan sehingga 1961. Pada tahun 1999 sekali lagi PAS diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah Terengganu. Di antara langkah yang diambil ialah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2003 yang telah dikemukakan oleh Adun Manir, almarhum Ustaz Dato Haji Harun Taib. Enakmen ini bertujuan mendaulatkan Al-Quran, As-Sunnah, ijma dan qiyas sebagai hukum tertinggi bagi negeri Terengganu Darul Iman. Di antara isi yang penting kepada penetapan undang-undang tubuh yang baru ini ialah kelulusan Kanun Jenayah Syariah termasuk hukum hudud, qisas dan ta’zir. Langkah ini dilihat sebagai untuk mengembalikan Terengganu ke landasannya yang asal yang gagal dilakukan oleh Umno yang memerintah Terengganu selama lebih daripada 40 tahun sebelum itu.

Tindakan kerajaan PAS Terengganu yang kembali memerintah setelah mencapai kemenangan dalam PRU14 lepas untuk menyambut dan memperingati 107 tahun Itqanulmuluk bi ta’dili ssuluk adalah satu tindakan yang terpuji dan sangat tepat pada masanya kerana dengan usaha ini sekurang-kurangnya memberikan peringatan kepada rakyat negeri ini akan kehebatan sejarah Islamnya dan sebagai komitmen kerajaan PAS Terengganu untuk terus memartabatkan Islam di bumi bertuah ini.

Perlu difahami bahawa kehebatan tamadun Islam bukan kerana kehebatan bangsa atau keturunan tetapi adalah kerana kehebatan roh Islam yang ada di dalam diri umat Islam itu sendiri. Kalau bukan kerana Islam bangsa Arab tidak mungkin boleh memerintah satu pertiga dunia di zaman Khulafa Rashidin, Kerajaan Umawiyyah dan Abbasiyyah. Kerana Islam bangsa Monggol dan Tatar yang ganas tunduk dan jinak. Kalau bukan kerana Islam Salahuddin Al-Ayyubi tidak boleh menundukkan bala tentera Salib. Kalau bukan kerana Islam bangsa Turki tidak boleh menawan kota Konstantinopel.

Rakyat Terengganu perlu memuhasabah akan hakikat ini dengan mengingati titik peluh perjuangan orang terdahulu untuk mengekalkan pemerintahan Islam di bumi Darul Iman ini dan juga menginsafi bahawa jatidiri rakyat Terengganu adalah Islam yang telah membawa keunggulan mereka di Tanah Melayu ini bukannya dasar-dasar perjuangan yang lain.

YB Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Adun Batu Burok
27 Rabiul Awal 1440 / 5 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018

APABILA Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang lesen hiburan dikeluarkan oleh negeri tersebut, YB dari DAP ini memerli seakan hiburan Kelantan adalah melalui perkahwinan kanak-kanak di sana. Kata beliau: “Maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan”?

Beberapa jam selepas itu beliau dengan tegas menyatakan tidak menyesal dengan kenyataan tersebut bahkan berkata: “Pi mampuih la pemangsa kanak-kanak.”

Sekalipun YB DAP ini telah memadam status-status tersebut dan memohon maaf, kenyataan beliau memberikan kepada kita gambaran bagaimana persepsi mereka terhadap Muslim dan Islam di Kelantan. Naratif seperti inilah yang selalu dimainkan terhadap negeri ini.

Tahukah tuan-puan bahawa 27 negeri di Amerika Syarikat tidak mempunyai had umur perkahwinan? Malah, Perancis pula hanya baru-baru ini meletakkan had usia 15 tahun sebagai usia minimum untuk berkahwin.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Frontline pula, lebih dari 207,000 remaja Amerika telah berkahwin bawah umur di mana dua pertiga dari mereka berumur 17 tahun, manakala 985 berumur 14 tahun, dan 10 orang berumur 12 tahun.

Lihatlah! Bapa segala Liberal iaitu Amerika Syarikat sendiri masih memperbahaskan isu had umur perkahwinan ini. Namun di Malaysia, perkara hanya dijadikan sentimen untuk memburukkan perkara ini sekali gus mencacatkan imej Muslim dan Islam itu sendiri.

Apa yang lebih menarik lagi, data statistik 2017 perkahwinan bawah umur yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri menunjukkan bahawa non Muslim lebih ramai berkahwin di bawah umur. Tetapi tidak pula YB DAP ini memerli amalan non Muslim yang berkahwin di bawah umur ini.

Malah menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, daripada 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur kanak-kanak beragama Islam, Negeri Sarawak merekodkan permohonan tertinggi. Tetapi yang sering kita dengar seakan Kelantanlah juara dalam isu ini.

Tindakan menggunakan isu perkahwinan muda ini seakan menjadi senjata buat DAP membina sentimen buruk terhadap Muslim dan Islam. Jangan sampai perkahwinan Rasulullah pula dimainkan sebagai isu. Apakah lemah benar Muslim ketika itu?

Moga Allah memberikan kesedaran buat Muslim semua.

DR. AHMAD SANUSI AZMI 

(Sumber daripada Facebook Dr Ahmad Sanusi) - HARAKAHDAILY 5/12/2018

 FB IMG 1543976742958

More Articles ...