26
Fri, Apr
9 Artikel Baru

SEBAGAI lanjutan dari penubuhan Jawantankuasa Khas Sekretariat Benteras Rokok (Sebar), Mapim, Salimah dan gabungan beberapa NGO yang lain melancarkan pendaftaran kariah untuk terlibat dalam kempen basmi rokok.

Setakat ini NGO yang bergabung untuk menjayakan kempen ini ialah Mapim, Salimah, Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malysia (KPIPM), Bless, Unggas, LKPI Flat Harmoni Sg. Petani, Teras dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Masjid Andalusia Sg. Petani, Sekolah Agama Daris Sg. Petani.

Sebagai suatu usaha yang akan menumpu kepada komuniti kariah, sekretariat ini akan menggerakkan anak kariah untuk bersama dalam usaha membasmi rokok di kawasan kariah masing-masing.

Pendekatan ini akan membina pengelaman setiap kariah untuk menjadi model kariah tanpa rokok untuk dikongsikan dengan kariah yang lain.

Kami berpendapat fatwa merokok haram yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 dan Majlis Fatwa Kedah pada 1996 sepatutnya dihayati oleh setiap kariah sebagai suatu panduan syariah yang boleh menyelamatkan anak kariah dari kemudharatan akibat gejala merokok. Kami percaya bahawa berpegang teguh kepada panduan agama adalah satu-satunya cara untuk membenteras budaya negatif yang merosakkan masyarakat.

Jika tabiat merokok dapat dibasmi dari masyarakat kami percaya setiap kariah di negara ini akan menjadi aset besar kepada umat untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Sudah sampai masanya umat Islam di negara ini berperanan untuk membangun masyarakat bebas dari budaya yang negatif bukan sahaja untuk generasi masakini malah generasi mendatang.

Setiap kariah yang mendaftar akan dijemput untuk turut terlibat dalam pelbagai aktiviti pendidikan kesedaran membasmi rokok dikalangan masyarakat. Ahli Jawatankuasa Masjid di kariah akan turut dilibatkan kerana masjid adalah sebuah institusi penting untuk membangun masyarakat yang baik.

Pihak sekretariat akan mendekati setiap masjid agar mendaftarkan diri dan terlibat aktif  dalam kempen basmi rokok dan usha melengkapkan aktivis di kariah untuk menjadikan kariah mereka bebas dari merokok melalui siri latihan dan bengkel akan dilaksanakan.

Kami percaya dengan memanfaat masjid sebagai tapak mengerakkan kempen ini , ia boleh menyampaikan mesej secara lebih meluas dan berkesan. Anak kariah yang menjadikan masjid sebagai paksi untuk membentuk budaya hidup yang sihat dalam masyarakat pasti dapat menanam kesedaran yang lebih mendalam dan berkekalan.

Antara aktiviti yang akan digerakkan diperingkat kariah ialah:
1. Khutbah Jumaat mengenai rokok dan kemudharatannya.
2. Sembang “Anak Muda Hidup Sihat Tanpa Rokok”.
3. Perhimpunan kaum ibu "Rokok Membinasakan Keluarga"
4. Kumpul tandatangan qaryah bebas dari rokok.
5. Program menyemai rokok itu bahaya peringkat kanak-kanak pra sekolah.
6. Perasmian qaryah tanpa rokok.
7. Mengedar risalah " Rokok Membazir, Pembaziran adalah Ikhwan Syaitan"
8. Siri Penerangan fakta mengenai rokok di surau-surau qaryah.
9. Edaran pelekat setiap rumah "Selamat Datang Ke Rumah Kami Tanpa Rokok" – HARAKAHDAILY 12/5/2017

LAJNAH Kebajikan dan Kemasyrakatan PAS Pusat merakamkan rasa simpati dan kesedihan yang amat mendalam atas pemergian Dr Nurul Huda Ahmad. Meninggal dunia dalam kemalangan yang tragis ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia ke Marang, Terengganu setelah menghabiskan tugas ‘oncall’ di hospital. Masyarakat dan negara kehilangan seorang bakal pakar kanak-kanak yang telah berada ditahun ketiga pengajian Sarjana Perubatan. Lebih memilukan bila memandang kepada tiga anak kecil berusia antara 2-8 tahun yang ditinggalkan ibu buat selama-lamanya.

Cara terbaik untuk ‘membela’ pemergian Dr Nurul Huda ialah dengan mewujudkan satu Garis Panduan Amalan berkaitan ‘Hours of work’ (jumlah jam kerja), shift work and rostering hospital doctor (jadual dan giliran tugasan doktor di hospital) yang memberikan penyelesaian yang praktikal untuk menguruskan sindrom keletihan melampau akibat jam kerja yang lama serta meminimakan risiko yang mungkin berlaku akibat keletihan, antaranya kecelakaan jalan raya ketika memandu pulang selepas bertugas. Garis panduan ini perlu diguna pakai untuk semua samada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan termasuk juga Pegawai Perubatan Siswazah.

Ini penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja kesihatan terjamin.

Saya setuju jika semua Pegawai Perubatan dan Doktor Pakar yang selesai oncall (postcall) 24 jam, mendapat sehari cuti secara automatik atau paling kurang setengah hari off.

Ada sesetengah hospital yang sedia memberikan postcall bekerja hingga jam 12 tengah hari tetapi peraturan ini tidak diseragamkan dan ianya bergantung kepada budi bicara Pengarah Hospital.

Masalah sindrom keletihan selepas ‘postcall’ memang disedari semua personal bidang perubatan dan melibatkan semua sama ada Pakar, Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah.

Kena ada perubahan dasar dan bukannya penyelesaian sementara. Untuk buat perubahan dasar, mereka yang berautoriti mesti mengemukakan satu garis penyelesaian dan polisi yang meyakinkan.

Kita akui bahawa keperluan tugasan oncall bergantung kepada justifikasi, tenaga pekerja dan aktiviti harian serta mingguan sesebuah jabatan di hospital terbabit. Cabaran Pegawai Perubatan bukan hanya terhadap risiko sebegini tetapi memikul harapan tinggi rakyat kepada institusi perubatan dan kesihatan.

Bagi seorang ibu dan isteri yang berkerjaya doktor seperti Almarhumah Dr Nurul Huda, adakalanya mereka korbankan kesihatan dan keselamatan diri semata-mata kerana keluarga. Hati ibu yang dah beberapa hari terpisah dengan anak-anak semestinya rasa kerinduan kepada anak-anak itu mengatasi segalanya sehingga mengambil risiko untuk memandu pulang juga walaupun badan keletihan. Saat yang paling berharga dan bahagia bagi seorang ibu dan isteri adalah berada bersama anak-anak dan keluarga tersayang.

Semoga Allah merahmati dan mengampuni Almarhumah Dr Nurul Huda serta rakan sejawat yang telah pergi ketika menggalas tugas yang sangat mulia ini.

Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
12 Mei 2017

TIDAK ramai yang peduli dan tahu bahawa Jururawat adalah antara entiti terpenting khidmatnya dalam sektor kesihatan di negara ini memandangkan ia kerjaya yang tidak sepopular peguam, doktor dan jurutera.

Namun peranan golongan ini cukup ditagih dan diperlukan apatah lagi mereka juga merupakan nadi utama kepada pada doktor di hospital dalam urusan merawat pesakit dan seterusnya menguruskan rawatan pasca khidmat doktor, apatah lagi jururawatlah sebenarnya yang sentiasa berada bersama pesakit setiap masa di hospital.

Peranan mereka besar dalam mempastikan pesakit dapat khidmat yang baik dan rawatan susulan selepas setiap doktor melakukan pemeriksaan atau sebarang pembedahan.

Masihkah kita ingat bahawa tanggal 12 Mei setiap tahun, merupakan detik terpenting bagi meraikan jururawat ini? Atau kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa kita merasai perit jerih insan yang menabur bakti di medan kesihatan ini siang dan malam, bekerja syif dan lebihan masa bagi mempastikan pesakit kembali sihat dan mampu mengorak senyum.

Khidmat mereka ini tiada galang ganti, anak dan suami mereka menahan rasa tatkala malam menjelma mereka masih di hospital berkhidmat untuk nusa bangsa.

Insan insan ini teguh hatinya, ikhlas jasanya. Merekalah Jururawat!

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dengan itu mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh jururawat yang bertungkus lumus berkhidmat di negara ini. Tidak kira di sektor mana,  jasamu tetap menjadi sanjungan.

Sehubungan dengan itu, maka DPPN9 mahu menyarankan agar kerajaan memberi perhatian khusus kepada golongan jururawat khasnya soal kebajikan mereka agar hidup insan yang berhati mulia ini sedikit sebanyak terbela. Buat permulaan ini,  kerajaan harus mempertimbangkan kenaikan elaun, gred dan gaji mereka ke tahap yang lebih baik sejajar dengan khidmat mereka.

Kepada para jururawat pula, khidmatlah dengan ikhlas dan terus berbakti demi agama dan negara apatah lagi kerja mulia ini akan menjadi pahala berpanjangan andai dijalankan dengan ikhlas.

SELAMAT HARI JURURAWAT BUAT SEMUA INSAN INSAN BERGELAR JURURAWAT

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
15 Syaaban 1438 / 12 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 12/5/2017

SUMBER manusia adalah aset yang paling berharga kepada negara. Lebih-lebih lagi di kalangan pegawai perubatan yang mana ilmu dan kepakaran mereka sebenarnya merupakan instrumen paling bernilai bagi memastikan rakyat Malaysia sihat, yakni berdaya saing dan produktif. Maka, sumber ini perlu diurus dengan sebaik mungkin.

DDrYahyaBIroninya, di sebalik perkembangan teknologi dan pertambahan pegawai perubatan, kerajaan hari ini gagal untuk merancang dan melaksanakan suatu mekanisme pengurusan sumber tenaga manusia yang optimum bagi mengatasi keletihan dan mengurangkan risiko berkaitan waktu kerja berpanjangan. Implikasinya adalah kemudaratan kepada pesakit dan pegawai perubatan itu sendiri. Manakala dalam jangka masa panjang, kerajaan sedang berhadapan masalah untuk menyediakan kakitangan dan perkhidmatan awam yang berkualiti.
 
Kepulangan Dr Nurul Huda Ahmad ke Rahmatullah adalah satu lagi tragedi yang telah dan bakal berulang dengan begitu sahaja kecuali pihak berwajib menggalas tanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita boleh berbahas selamanya faktor-faktor lain yang mungkin membawa kepada kemalangan tersebut, namun tiada siapa yang boleh menafikan hakikat bahawa waktu kerja berpanjangan menyebabkan keletihan serta berisiko tinggi.    

Menurut British Medical Association dan General Medical Council yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian dan mengumpul bukti berkaitan penguatkuasaan had waktu kerja di United Kingdom, mereka menyimpulkan bahawa:

“Keletihan secara amnya dikaitkan dengan pengurangan fungsi kognitif dan penurunan kemahiran psikomotor (seperti ingatan, tumpuan, simulasi) serta kesan negatif kepada keselamatan pesakit (seperti kesilapan klinikal, kekeliruan diagnosis), keselamatan (seperti kecederaan di tempat kerja, kemalangan) and juga kesejahteraan kakitangan terbabit”

“Pengurangan waktu kerja membawa kepada kesan positif kepada keletihan dan faktor lainnya dalam banyak keadaan. Namun, adalah penting untuk memahami bahawa corak dan jadual kerja yang berbeza juga menyebabkan keletihan. Contohnya, bilangan hari berturutan bekerja siang atau malam dan jarak di antara shif turut mempengaruhi”

Manakala pada tahun lepas, Australian Medical Association telah mengeluarkan satu protokol yang menggariskan jumlah jam bekerja dan tatacara penjadualan shif bagi doktor hospital. Dokumen tersebut menjelaskan secara praktikal strategi yang perlu diambil bagi mengatasi keletihan dan mengurus risiko berkaitan kerja berpanjangan dan shif.

Maka, Jabatan Kesihatan PAS mencadangkan langkah berikut:
1. Kementerian Kesihatan melalui Malaysian Medical Council menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menghasilkan dan menyelia satu garis panduan mengenai pengurusan keletihan dan penilaian risiko waktu kerja berpanjangan dan shif
2. Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Perkembangan Perubatan menyediakan peruntukan bagi melakukan kajian yang serius mengenai waktu kerja dan implikasinya di hospital di Malaysia.
3. Menyediakan latihan kepada kakitangan terbabit mengenai tanda-tanda keletihan serta cara-cara mengelakkannya
4. Memastikan wujud waktu rehat yang cukup sewaktu kerja dan di antara shif
5. Memastikan adanya mekanisme bagi melaporkan insiden berkaitan waktu kerja berpanjangan dan shif
6. Mengupaya peranan penyelia untuk mencegah dan menangani implikasi kerja berpanjangan dan shif

Demi perkhidmatan yang lestari, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain kecuali berhadapan dengan kenyataan bahawa pengurusan sumber manusia gagal dirancang dan diurus dengan baik selama ini. Oleh itu, Jabatan Kesihatan PAS menggesa Menteri Kesihatan supaya menyahut cabaran untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat kepada pesakit dan kakitangan perubatan dengan mengurus faktor keletihan dan risiko di sekitar waktu kerja berpanjangan dan shif.

DATUK DR. YAHYA BABA
Pengerusi
Jabatan Kesihatan PAS – HARAKAHDAILY 12/5/2017

SABAN tahun, detik 12 Mei pasti diingati bagi meraikan jururawat di seluruh dunia. Sambutan ini semestinya diadakan sebagai tanda penghargaan masyarakat terhadap jasa dan pengorbanan mereka semua.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh jururawat di Malaysia. Terima kasih kami ucapkan atas segala kerja keras kalian demi memastikan setiap pesakit mendapat perkhidmatan terbaik.

Sesungguhnya, tugas seorang jururawat begitu mulia. Mereka bukan sahaja merawat dan memantau perkembangan pesakit, tetapi adakalanya, mereka juga menyuapkan makan, menukar lampin, dan memandikan pesakit. Terkadang, mereka juga menjadi tempat luahan dan rintihan pesakit.

Bukan mudah untuk melalui situasi kerja sebegini. Hanya insan yang hebat mampu bertahan dan terus tenang menjalankan amanah ini. Kami doakan agar kalian diberikan kesabaran dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Maka ayuhlah rakyat Malaysia, sama-sama kita raikan kehebatan susuk tubuh insan bergelar jururawat. Hormatilah dan kasihilah mereka. Usah dipandang rendah terhadap kerjaya mereka.

DMPM juga menyeru pihak kerajaan supaya menilai semula tahap pengiktirafan yang diberikan terhadap kerjaya jururawat. Adakah ukuran yang diletakkan hari ini setimpal dengan timbunan tugasan yang perlu dilaksanakan mereka? Semoga bidang kesihatan Malaysia terus melakar kejayaan di masa hadapan. Siiru 'ala barakatillah.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Mei 2017 / 15 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 12/5/2017

TIDAK sepatutnya ucapan, berita yang bersumber daripada Umno dijadikan rujukan untuk menuduh PAS bergabung dengan Umno.

PAS sudah jelaskan kerjasama hanya dalam hal kepentingan rakyat. Tetapi tetap berbeza dalam pendirian politik dan dasar perjuangan.

Tak aci lah tuduh PAS begitu begini kerana Umno buat kenyataan nak bekerjasama dengan PAS. Kena tengok apa kenyataan oleh PAS. PAS kata PRU14, PAS bertanding lawan Umno. Presiden, Timbalan dan Naib-naib semua kata begitu. Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulamak pun kata begitu.

Umno ni nak pujuk PAS supaya duduk sebelah dia. Memang logiklah dia buat baik, puji, beri ruang dan macam-macam liputan. Lebih-lebih lagi keputusan SURVEY 2017 dan terbaru oleh sembilan orang profesor yang terlibat kajian dibuat oleh Parti Bersatu PPBM yang dapati PAS mendahului Umno dalam sokongan rakyat. Kajian Umno dan agensi risikan kerajaan pun mungkin selari. Berbaloi kalau dapat pancing PAS.

Umno tidak peduli kajian INVOKE Rafizi Ramli. Semua kajian yang pro PH termasuk DAP, orang tak percaya.
Sebab itu walau pernah PKR beria-ia nak kerjasama dengan Umno dengan idea KONSENSUS NASIONAL, ia tak dipedulikan BN.

Walau DAP pernah hulur tangan nak kerjasama berbaik dengan BN, ia tak dipedulikan sekalipun DAP ada ramai ahli Parlimen.

Yang jadi rebutan sekarang adalah PAS.

Umno ambil pendekatan buat baik dengan PAS kerana mereka perlukan PAS.

DAP, PKR, PPBM dan parti kecil PAN pun mereka tahu sangat mereka sangat terdesak dan sangat perlukan PAS untuk berdepan PRU14.

Tetapi mungkin ilmu 'diplomatik' Pakatan Harapan ini menggunakan pendekatan 'luar kotak' yang tak tercapai dek akal manusia biasa.

Oleh sebab Pakatan Harapan perlukan PAS, maka pendekatan untuk ajak PAS agar bersama dengan mereka adalah dengan 'melawan' PAS. Menyerang PAS, memfitnah, khianat dan pelbagai lagi.

Itu kaedah PH mahu ajak PAS agar bersama dengan mereka.

Beza sungguh dengan pendekatan Umno yang juga bercita-cita memujuk PAS agar berpihak dengan mereka.

Rakyat boleh lah nilaikan sendiri.

Apabila PAS bercakap pasal matang dan sejahtera, PAS juga memerhati dan menilai sama ada pemimpin pemimpin politik yang cuba memancing PAS mempunyai akal dan buah fikiran dan hati budi yang sejahtera.

Aqlu Salim dan Qolbun Salim.

Ia boleh dinilai daripada tindak tanduk mereka.

PAS tetap tegaskan akan memperkukuhkan muafakat politik dan muafakat rakyat yang dimaterialkan dalam GAGASAN SEJAHTERA sebagai tawaran kepada rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional memimpin negara Malaysia ini.

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017

PORTFOLIO Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi 2017-2019

KETUA PEMUDA
Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi

TIMBALAN KETUA PEMUDA
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin

NAIB KETUA PEMUDA
Ust Ahmad Fadhli Shaari

SETIAUSAHA
Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden

PEN. SETIAUSAHA 1
Syahir Sulaiman
Strategi & Transformasi

PEN. SETIAUSAHA 2
Ir. Hadi Amat
Perancangan & Pengurusan Organisasi

PEN. SETIAUSAHA 3
Muhammad Khaidir Din
Hubungan Luar & Diplomatik

BENDAHARI
Muhtar Suhaili

KETUA PENERANGAN
YB Ust Hishamudin Abdul Karim

PENGARAH PILIHAN RAYA
Nurul Islam Mohamed Yusoff

OPERASI POLITIK DAN PILIHAN RAYA
1. LAJNAH POLITIK
Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi

2. JABATAN PENERANGAN
Ust Izwan Abdul Halim

3. JABATAN STRATEGI
Syahir Sulaiman

4. LAJNAH KEBAJIKAN DAN PRIHATIN RAKYAT
Ust Mohd Akmal Kamaruddin

5. LAJNAH PEMBANGUNAN TANAH DAN PENEROKA
Ust Roslan Md Esa

6. LAJNAH PEKERJA, PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR
Nazman Che Iberahim

7. LAJNAH PERPADUAN NASIONAL & HUBUNGAN NGO
Pengerusi Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Timb. Pengerusi Dr Muhammad Firdaus Azim

8. LAJNAH HAL EHWAL SABAH & SARAWAK
Mohamad Arifiriazul Paijo

9. INSTITUT POLISI STUDI
Dr Khairul Azlan Mazlan

10. JABATAN PILIHAN RAYA PEMUDA
Pengarah Nurul Islam Mohamed Yusoff
Timb Pengarah Al Ghazali Abu Bakar

11. JABATAN HAL EHWAL ANTARABANGSA
Dr Abdul Hafidz Abu Hanan

12. PEMUDA DHPP
Sdr. Balendran Balasubramaniam

OPERASI TARBIYAH DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
13. AKADEMI TARBIYAH (AKTAR)
Pengerusi Ust Mohd Hazmi Dibok
Timb Pengerusi Ust Nor Azariza Mohd Alawi

14. AKADEMI KEPIMPINAN PEMUDA (AKP)
Khairul Nadzir Helmi Azhar

15. JABATAN PASTI
YB Ust Mohd Azam Abd Samat

16. JABATAN SRITI
Ust Mohammad Ismail

17. JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
Ust Mohd Hafez Sabri

18. JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA LUAR NEGARA (JPMLN)
Prof. Madya Dr. Mohd Ibrahim

19. JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA
Akram Ikrami Dato' Taib Azamudden

20. JABATAN PROFESIONAL MUDA (JPro)
Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid

OPERASI DAKWAH & PROGRAM ANAK MUDA
21. JABATAN KESENIAN, KEBUDAYAAN & SUKAN (DACS)
Muhammad Fadzli Abu Bakar

22. LAJNAH DAKWAH
Ust Ahmad Fadhli Shaari

23. JABATAN AMAL
Mohd Nazree Mohd Aris

24. LAJNAH EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Shahzada Mohammad Nisar Ahmad Salimi

OPERASI STRUKTUR DAN SOKONGAN
25. JABATAN SETIAUSAHA
Afnan Hamimi Taib Azamudden

26. JABATAN BENDAHARI
Muhtar Suhaili

27. JABATAN ICT & MEDIA BARU
Mohammad Nadzim Ahmad Azmi

28. JABATAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Wan Rohimi Wan Daud

29. JABATAN PERBENDAHARAAN
Ust Kamal Ashaari

KETUA PEMUDA PAS NEGERI-NEGERI
1. PERLIS
Ust Muhammad Azmir Azizan

2. KEDAH
Ust Salim Mahmood

3. P.PINANG
Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden

4. PERAK
Ust Mohd Akmal Kamaruddin

5. KELANTAN
Ust Ahmad Fadhli Shaari

6. TERENGGANU
Ust Kamaruzzaman Abdullah

7. PAHANG
Ust Hazmi Dibok

8. WILAYAH
Ust Mohd Farkhan Md Zin

9. SELANGOR
Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim

10. NEGERI SEMBILAN
Khairul Yazman Yahya

11. MELAKA
Ust Ahmad Bilal Rahuddin

12. JOHOR
Ust Juwahir Amin

13. SABAH
Ust Zulzaim Hilmee Abidin

14. SARAWAK
Mohamad Arifiriazul Paijo

KAKITANGAN PEJABAT DPPM
PEGAWAI TADBIR
Ust Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali

PEGAWAI KEWANGAN
Adibah Abdul Kadir

PEGAWAI MEDIA
lantikan

SETIAUSAHA KERJA
Ust Mohd Noor Afzan Abd Wahab

Disediakan oleh
SU DPPM
10 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 11/5/2017

More Articles ...