17
Wed, Jul
47 Artikel Baru

‘KITA’ dan alam sekitar

Isu kebejatan terhadap alam sekitar menjadi semakin kritikal dan tambah meruncing dari hari ke hari.

Penodaan terhadap hutan belantara, dara atau tua; penjarah tanah simpan kekal yang rakus hinggalah kepada pelombong mineral yang haloba membarisi senarai panjang kelaku sumbang dan durjana sebahagian dari ‘kita’ terhadap alam sekitar.

Negeri Pahang turut sama terseret dalam ‘lingkungan kebinasaan’ yang semakin membarah ini yang terhasil tidak lain tidak bukan adalah berpunca dari kelaku tamak dan haloba yang melangkaui premis ketamadunan dan hormat terhadap alam sekitar dan sesama makhluk.

Kuantan dan Bauksit

Kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang mengisytiharkan tempoh Moratorium Ke Atas Bauksit akan berakhir pada 31hb Mac 2019 kembali menghantui penduduk Kuantan akan kemungkinan besar berulangnya krisis pencemaran alam sekitar yang dahsyat sepanjang tempoh perlombongan Bauksit menggila lingkungan tempoh 2014-2016.

Sepanjang tempoh tersebut penduduk Kuantan ‘bersendirian’, hari demi hari berdepan dengan debu dan lumpur yang dimuntahkan oleh pelombong dan pedagang rakus Bauksit serta berhadapan dengan kerosakan harta benda dan kemerosotan kualiti kesihatan dan kehidupan.

Kuantan umpama negeri ‘koboi’ tanpa penguatkuasaan yang seakan ‘lumpuh’ dan tidak bermaya berhadapan umpanan wang ringgit dan kemewahan berkemilau di sebalik debu Marikh yang merah membara.

Satu demi satu agensi berkuasa rebah di sebalik timbunan kertas berwajah Agong yang ‘berterbangan’ menjenguk poket dan saku yang kelaparan. Hanya agensi SPAD yang kekal dilihat gagah menguatkuasakan amanah Yang Di Pertuan Agong, menahan dan menyita lori-lori hantu yang berleluasa di jalan raya melebihi had muatan dan tanpa permit menderu laju menghimpit van dan bas sekolah serta para ibu yang mengambil anak pulang sekolah.

Bauksit dan risiko awam

Penguatkuasaan yang lemah dan longgar: 

Kerajaan mesti menjelaskan apakah peruntukkan undang-undang yang akan digunapakai dan agensi mana yang bertanggungjawab ke atas:

Perlanggaran undang-undang jalan raya: lebih muatan, lebih had laju, memandu secara merbahaya dan lain-lain;

Pencemaran alam sekitar – sungai, longkang dan jalan raya yang tercemar: Siapakah yang akan membersihkan debu merah di jalan raya?

Adakah Bomba dan JPAM sekali lagi akan dikerah secara percuma demi melindungi poket dan tembolok para pedagang rakus?

Perlombongan haram sama ada tanpa permit ataupun melangkaui tempoh masa dan kawasan:

Cukupkah bilangan pegawai dan kakitangan bawahan Pejabat Tanah dan Galian seramai 5 orang di Kuantan untuk pergerakan melebihi 500 lori sehari selama 24 jam? Berdayakah mereka dengan tekanan kerja melampau dan umpanan habuan yang sering melayang?

Cadangan GERAM kepada kerajaan

Syarat operasi yang ketat serta penguatkuasaan undang-undang dengan tegas merupakan pra-syarat utama bagi memastikan tragedi yang lalu tidak berulang lagi.

GERAM mencadangkan:

Kerajaan Persekutuan (KeATSA) dan kerajaan negeri membentangkan kepada awam melalui semua saluran media utama berkenaan langkah-langkah utama yang akan diambil bagi memastikan kesilapan lalu tidak berulang kembali dan terbuka kepada kritikan dan penambahbaikan atau pengubahsuaian, jika perlu.

Penubuhan satu badan pemantau bebas yang diiktiraf kerajaan bagi membantu penguatkuasaan undang-undang berkaitan Bauksit atau alam sekitar;

Matlamat utama ialah sebagai pendukung kepada agensi kerajaan yang berdepan dengan kekurangan anggota penguatkuasa serta sebagai salah satu cara melibatkan orang awam secara langsung dalam perihal penjagaan kelestarian alam sekitar.

Peranannya seumpama SRS (Skim Rondaan Sukarela) yang ditubuhkan dan digazetkan di bawah Jabatan Perpaduan Dan Integriti Nasional.

Keanggotannya diperakui oleh kerajaan dan diperuntukkan bidang kuasa yang bersesuaian untuk menangani isu-isu berkaitan alam sekitar seperti melaporkan perlanggaran had operasi atau permit, memberi maklumat kepada agensi penguatkuasa serta menyertai pemeriksaan atau operasi ke atas salah laku yang dilaporkan berkaitan alam sekitar;

Dianggotai oleh wakil NGO-NGO yang mewakili kepentingan penduduk dalam isu setempat seperti Bauksit dan lain-lain. - HARAKAHDAILY 30/3/2019 

FB IMG 1553955314316

SAYA telah membuat semakan mengenai status keahlian PAS bagi penama Mohd Nor Bin Yassin.

Saya dengan ini mengesahkan rekod PAS menunjukkan Mohd Nor Bin Yassin adalah BUKAN AHLI PAS setelah beliau 'menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 10 Mac 2019'.

Sehubungan dengan itu, Mohd Nor Bin Yassin yang bertanding sebagai salah seorang calon Bebas dalam PRK Rantau adalah seorang ahli Parti Amanah Negara (PAN) yang juga merupakan komponen Pakatan Harapan.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 30 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 30/3/2019

LARUT: Memenangi kerusi pilihan raya tidak harus menjadikan para pendukung PAS mahupun Umno leka dan berbangga, sebaliknya serius menyedari cabaran dan ancaman ke atas umat Melayu-Islam.
 
Demikian peringatan diutarakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut, Ahmad Fadhil Muhammad ketika berucap pada program Munajat Perdana dan Himpunan Perpaduan Ummah Dun Kubu Gajah.
 
Program yang menampilkan Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah selaku peneramah utama itu telah dilangsungkan di Markas PAS Cawangan Kampung Pantai Besar, di sini kelmarin.
 
Fadhil menyifatkan kemenangan PAS di dua Dun dalam Parlimen tersebut iaitu Selama dan Kubu Gajah sebagai ujian Allah yang dikurniakan selepas 60 tahun berjuang.
 
"Bukan untuk dibanggakan, tetapi diurus kemenangan ini sebaiknya dan untuk menguji serta mengajar kita bagaimana mengisi kemenangan.
 
"(Hakikat) Kemenangan ini juga begitu mencabar kerana ketika ini Islam dipermainkan oleh bukan Islam. Pelbagai isu mengancam umat Islam berlegar dan ia gagal ditangani Kerajaan PH," ujarnya.
 
Sementara itu, Adun Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahya pula membidas demokrasi palsu yang diamalkan PH disebalik keadilan dilaungkan mereka sebagai pembangkang dahulu.
 
Beliau mendedahkan isu arahan kepada Pejabat Pusat Khidmat Dun Kubu Gajah kendalian pihaknya supaya dikosongkan atas alasan premis tersebut merupakan bangunan kerajaan.
 
"Sudahlah peruntukan kepada Adun Pembangkang dinafikan, sekarang bangunan yang pihak kami sewa pula diarahkan kosong. Inilah demokrasi palsu Kerajaan PH," tempelaknya. - HARAKAHDAILY 30/3/2019

SAYA kerap kali ditanya oleh kawan-kawan mengenai pertembungan yang dijangka akan berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Komen mudah saya adalah pertembungan antara Dato' Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir ini, walaupun secara fizikalnya belum berlaku, sebenarnya memang sudah berlaku.
 
Ini kerana terdapat percanggahan yang amat besar dan mendasar antara kedua-dua mereka sehubungan dengan agenda ekonomi negara membabitkan dasar afirmatif.
 
Tun Dr Mahathir berulangkali menegaskan pada 28 Februari 2018, 25 Jun 2018, 2 Oktober 2018 dan 29 Disember 2018 bahawa dasar afirmatif berasaskan kaum akan diteruskan.
 
Dato' Seri Anwar pula menegaskan pada 25 Mac lalu bahawa dasar afirmatif tidak boleh diasaskan kepada kaum tetapi perlu diasaskan kepada keperluan (needs-based).
 
Sangat tegas dan jelas kenyataan Dato' Seri Anwar pada 25 Mac ini: “I will not compromise on this issue - our economic agenda must be needs-based, not race-based”.
 
Perkara sama mengenai dasar afirmatif inilah juga yang berulangkali disebut oleh Dato' Seri Anwar, antaranya pada 17 Mei 2018, 15 September 2018 dan 9 Oktober 2018.
 
Ini pelik kerana masa sama Dato' Seri Anwar juga menyebut beliau memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir dan tidak akan mengganggu tugas beliau.
 
Beri sokongan penuh dan tidak ganggu tugaskah bila asyik keluarkan kenyataan yang menyanggah pendirian orang yang disokong dan yang tidak mahu diganggu itu?
 
Dato' Seri Anwar ada menyebut bahawa penegasan beliau pada 25 Mac lalu itu tidak ditujukan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Bagaimanapun, tanpa perlu dijelaskan kepada siapa serangan itu ditujukan pun mana-mana pengamat politik yang teliti tetap akan dapat membuat kesimpulan yang jelas.  
 
Kita nantikan sahaja perkembangan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 29/3/2019

●     KHABARNYA arak dihidangkan secara percuma di Jonker Walk, Melaka. Kawan aku bagitahu, ada juga hidangan arak secara terbuka di majlis rasmi di BSKL. Jonker Walk sebenarnya sudah lama dikenali sebagai tempat minum arak secara terbuka. Tapi mungkin jarang-jarang percuma. Pengalaman aku sendiri pernah melihat awek bertudung sedang menogok air syaitan tu depan orang ramai. Janji kerajaan PH Melaka, mereka akan mengambil tindakan. Ayat skema. Tunggulah.

Namun di sebalik semua ini, kita sudah pernah didedahkan dengan majlis kutipan dana PRU bagi PH di Kuantan suatu ketika dahulu yang dihidangkan arak di dalamnya. Fauziah Salleh, yang menjadi Timbalan Menteri Agama sekarang, bangun membela. Tak ada dalil Quran dan hadis, tapi tak apa, asal boleh jawab. Tapi harapnya jangan atas sebab itu dia dilantik menjadi Timbalan Menteri Agama, sudahlah.

Nah sekarang, rakyat sudah boleh faham kenapa arak diberi percuma di Jonker Walk kan? Kita dah nampak acuan baulu, kenapa kita masih bertanya kenapa kuih itu bentuk baulu. Sama macam kita tanya pelacur, masih anak dara lagi ke?

     Nurul Izzah menggelarkan Tun M sebagai bekas diktaktor dalam satu temu ramah beliau dengan media. Beliau juga melahirkan rasa kecewa beliau dengan prestasi kepimpinan PH sekarang dan mengambil keputusan untuk berundur dari politik dalam PRU15 nanti.

Kenyataan Nurul Izzah ini tidak pelik kerana umum sudah mengetahui yang PH tidak mempunyai asas yang sama untuk bergabung. Tun nak lipat Anwar, Anwar nak sailang Tun. Malahan di sebalik semua kocakan itu, keladak yang banyak timbul ialah dari dalam kolam PKR sendiri dengan beberapa pimpinan utama mereka saling membalas ciapan dalam Twitter, sindir-menyindir, serang menyerang. Ia menunjukkan yang keadaan Anwar dalam PKR sendiri tidak disokong oleh pimpinan atasan mereka. Dan Tun, seperti biasa dan selamba membalas kenyataan Nurul itu yang beliau juga rasa kecewa dengan prestasi Menteri-menteri PH. Ringkas dan padat, sambil beliau alihkan isu bekas diktaktor itu.

Tiba-tiba mengamuk sakan Anwar, yang dimarahkan Presiden PAS bilamana Presiden PAS kata Tun bukan diktaktor, tapi tegas. Jangan nak bodek kata Pak Syeikh. Sekonyong-konyongnya, muncul pula Azizah bersetuju dengan Izzah. Apa kena dua beranak ini? Lawan laki dengan papa ke? Presiden PAS dah tahu siapa Tun. Sebab itu tak ikut dia?

●     Menteri penjaga agama, Mujahid bersindir-sindiran kepada ahli Parlimen Pendang dan Baling ketika menjawab soalan siapakah yang menerajui SPV sekarang. Dijawabnya beliau, ianya sudah pasti bukan Pendang dan Baling. Diheretnya lagi jawapan kepada Baling, I know what you did last summer, mengambil tajuk cerita seram Mat Salleh tahun 90-an dahulu. Maksudnya Baling ada berbuat onar dalam TH. Ok kita faham BN dahulu. Tapi apa kaitan dengan Pendang? Jawapan yang dia bagi kemudiannya itu, tanpa nama. Takut betul nak sebut.

Terus aku teringat beberapa lama dahulu, Mujahid tanya kepada raykat (ejaan baru bagi rakyat), bodoh sangatkah saya? Hari ini aku bersetuju dengan Mujahid. Memang hang tak bodoh sangat, tapi hang bodoh terlajak. Marahkan BN dulu menjawab acuh tak acuh dalam Parlimen, la ini hang pun sama.

     Mahasiswa lapar. Rasanya isu ini sudah lama. Zaman berzaman. Ramai yang terpaksa buat kerja luar untuk dapat duit tambahan. Ini semua isu duit. Sesetengah mereka terpaksa berhenti universiti kerana masalah kewangan. Teringat aku kepada satu kes di Amerika, awal 90-an mungkin, di mana seorang pelajar Malaysia di sana yang menjadi penghantar pizza, terkena tembakan penjahat. Alhamdulillah, dia hanya luka. Begitu kesungguhan beliau mahu menambah mencari pendapatan sambil belajar.

Kemudian datanglah Menteri bernama Saifuddin Nasution, memberikan jaminan yang isu ini akan diatasi dengan program Food Bank yang dakwa beliau bakal mengakhiri kesusahan mahasiswa. Food Bank itu akan mengumpulkan makanan dalam satu bilik dan akan dikendalikan sendiri oleh sukarelawan dari kalangan mahasiswa. Katanya lagi, ada juga restoran yang sudi menjadi penaja. Tetapi beliau tidak dapat memberikan berapa jumlah pelajar yang akan mendapat manfaat daripada program ini.

Sangat baik cadangan ini, tetapi aku cuma sekadar memberikan nasihat kepada adik-adik mahasiswa, ingat lagi janji pasal bayaran PTPTN? Ingat lagi janji yuran persekolahan percuma dari tadika sehingga ijazah? Ingat lagi janji sejuta perkerjaan selepas PH menang? Ingat lagi janji gaji minima RM1500? Jadi sendiri mahu ingatlah, sebab tukang tabur janji inilah, muka yang sama, suara yang sama, fizikal yang sama yang juga yang memungkiri janji-janji itu. Bersedialah adik-adik untuk terus lapar tapi sakit hati hanya sekali. Ianya jauh lebih baik begitu daripada lapar, kemudian percaya dengan janji penipu dan kena tipu, jadi dua kali sakit hati.

MOHD NASIR ABDULLAH
Bukit Payong, Marang - HARAKAHDAILY 30/3/2019

Pemimpin Umno bersama sebahagian penyokong BN yang hadir pada penamaan calon PRK Rantau, hari ini.

PRK Rantau sedang berlangsung, dan ketika makalah ini ditulis hari ini adalah tarikh penamaan calon bagi Dun Rantau.

Sebelum bermula PRK Rantau lagi kelihatan semacam ada retak yang besar membusung pecah dalam Pakatan Harapan (PH).

Retak yang pendam pasca Mei 2018 kini mula memburai sedikit demi sedikit sejak PRK Cameron Highlands, mengganas di PRK Semenyih dan kini yakin akan terburai di PRK Rantau.

Retak ini bermula sejak 1998 pasca reformasi lagi, namun ia tidak membusung ketika membentuk persefahaman menguburkan BN pada PRU14 kerana masing-masing tamakkan kuasa.

Umum tahu kesumat Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir Mohammad sejak sekian lama. Walau lakonan demi lakonan berjaya dipamerkan depan rakyat sejak setahun berlalu.

Umum tahu bahawa Anwar tidak sabar menanti dikalungkan jawatan PM menggantikan Tun Mahathir tatkala perjanjian "verbal" dalam PH menyatakan dua tahun tempoh, namun dalam masa yang sama masing-masing ada strategi dalam menghunus senjata menekan antara satu sama lain.

Apapun episodnya, PAS berdiri teguh menyokong kepimpinan Tun Mahathir menerajui negara hingga PRU15 atas asbab lebih besar mengenai survival ummah yang mana Mahathir lebih lunak berbanding Anwar yang kelihatan lunak dengan agenda bersama DAP dan kelompok liberal.

PKR dan Bersatu masing-masing parti komponen dalam Pakatan Harapan, selepas hampir setahun menerajui kerajaan pusat, hari ini retak yang selama ini kononnya tersimpan kemas, terburai malah dari kenyataan yang dikeluarkan anak Papa, Nurul Izzah Anwar bahawa Tun Mahathir Mohamad seorang diktator menjelaskan lagi retak dan dendam kesumat anak Papa ke atas Tun M selama ini.

Nurul Izzah walau ditegur Papanya, namun teguran itu sekadar satu strategi sahaja demi meredakan keadaan yang meluap antara kumpulan dalam PH.

Serangan ini walau ditegur, pastinya sengaja disusun Papa untuk memberi signal kepada Tun Mahathir bahawa anak Papa mahu Papa jadi PM segera.

Mudah cerita pertentangan ini sudah ke kemuncak, tiada "gear reverse" kerana dendam sudah menguasai, maka kemuncaknya akan berlaku bila-bila masa. Ada yang menjangkakan PRK Rantau inilah 'klimaksnya’ dan tidak kurang yang meletakkan harapan agar kesatuan ummah yang sedang dibina PAS-Umno segera mengganti kerajaan "kuda DAP" ketika ini.

Pastinya satu lagi plot yang bakal terhasil pada PRK Rantau kali ini, sama ada plot ini kemuncak perpecahan atau ia akan menyaksikan sandiwara bersambung lagi hingga ia terburai, sama-sama kita saksikan kerajaan rapuh PH ini bersandiwara lagi.– HARAKAHDAILY 30/3/2019

"WAHAI umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan" (Surah Hujurat: 13)

Saya berbesar hati mengunjungi Ibu Pejabat MIC hari ini dan disambut dengan penuh kemesraan oleh YB Senator Tan Sri Dato' Seri Vigneswaran bersama kepimpinan tertinggi MIC.

Saya menghargai keterbukaan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Vigneswaran dan berharap agar hubungan ini dapat dieratkan dengan kerjasama yang berterusan, demi kebaikan dan keharmonian semua kaum dalam negara.

Salam perpaduan, Vanakkam!

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 28/3/2019

MIC1

MIC2

More Articles ...