BERIKUTAN penamatan kontrak enam syarikat yang mengendalikan 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah baru-baru ini, lebih kurang seramai 1,335 orang pekerja telah terjejas dan terdapat ura-ura mengatakan mereka bakal diserap dengan menggunakan skim pekerja sambilan harian (PSH).

Secara asasnya, kita bersetuju langkah Kerajaan Negeri melakukan penjimatan dalam mengendalikan pengurusan loji tersebut yang disebutkan memakan kos yang tinggi sebanyak RM15 juta sebulan dan menjimatkan kira-kira RM186 juta setahun.

Namun, Pemuda PAS melihat jika skim pekerja sambilan harian (PSH) dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terhadap pekerja yang diserap itu, maka ia dijangka memberi kesan lain kepada pekerja tersebut dari segi kadar pembayaran elaun yang hanya setaraf kerja-kerja am, jaminan perlindungan keselamatan di tempat kerja sedangkan mereka merupakan anak tempatan mempunyai kemahiran tinggi dan bekerja di lokasi yang berisiko di loji-loji.

Justeru, Pemuda PAS mencadangkan agar skim PSH ini digantikan dengan alternatif yang lebih menjamin masa hadapan yang selesa kepada pekerja yang terlibat seperti lantikan kontrak untuk suatu tempoh masa tertentu yang sesuai atau lantikan secara tetap sebagai penjawat awam dengan penawaran posisi mengikut kelayakan melalui proses temu duga.

Sebagai entiti yang melihat akan survival kepentingan Bumiputera Sabah, Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini secara wajar sebelum melaksanakan skim PSH kepada para pekerja yang terbabit dan memberikan suatu jaminan survival pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Sabah sendiri seperti yang dicanangkan-canangkan sebelum daripada ini.

"Terus Mara"

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 29/12/2018

KEPADA:

Menteri Kewangan Malaysia

Dihantar oleh:

SAIFULLAH BAIDURI, Naib Presiden 2 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Delegasi.

Pengenalan 

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan ini menyatakan satu memorandum bertarikh 28 Disember 2018, bersamaan hari Jumaat pada jam 10.00 pagi kepada Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, berkaitan gesaan untuk Kerajaan Pakatan Harapan menurunkan kos sara hidup yang kian membebankan rakyat khususnya mahasiswa.

Isu berbangkit

Pada PRU-14 yang lalu, rakyat Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk memberi nafas baru kepada kehidupan yang dijalani oleh mereka. Hal ini adalah disebabkan mereka tertawan oleh manifesto-manifesto yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan. Namun harapan rakyat untuk keluar daripada mulut harimau rupanya menjerumuskan mereka ke mulut buaya. 

Janji-janji manifesto yang ditawarkan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang membebankan rakyat, antaranya adalah mengecualikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan daripada membuat sebarang bayaran. Tambahan pula, baru-baru ini pada 5 Disember, Saudara Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN telah mengeluarkan kenyataan polisi pembayaran melalui kaedah potongan gaji berjadual. Namun, polisi tersebut telah ditarik kembali. Walau bagaimanapun, kami melihat pendekatan yang ingin dibawa oleh beliau menekan golongan anak muda khususnya para graduan yang baru bergraduasi.

Selain itu, Pakatan Harapan telah berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari selepas membentuk Kerajaan Persekutuan yang menekan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Namun amatlah mendukacitakan kerana bukan sahaja janji-janji tersebut tidak terlaksana, malahan jika terlaksana pun bahkan lebih membebankan rakyat. GST yang ditukarkan kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak sedikitpun menurunkan harga barangan. 

Sistem cukai GST yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional telah menghasilkan kutipan hasil cukai sebanyak hampir RM45 bilion setahun. Namun langkah populis yang diambil oleh Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai tersebut dengan memperkenalkan sistem cukai SST hanya memberi anggaran kutipan sebanyak RM25 bilion setahun. Ini membuktikan bahawa sistem cukai SST yang tidak efisien telah mengurangkan jumlah hasil kutipan cukai negara.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada 27 Disember 2018, kenaikan harga makanan dan rumah serta pertumbuhan upah yang tidak menentu di Malaysia meningkatkan kos sara hidup kumpulan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi kumpulan berpendapatan pertengahan dan tinggi, menurut Kumpulan Bank Dunia.

Ketua Pakar Ekonomi dalam Makroekonomi, Perdagangan dan Pelaburan, Richard Record, dalam semasa taklimat mengenai Perkembangan Terkini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik berkata jumlah yang tinggi daripada pendapatan isi rumah yang dibelanjakan golongan berpendapatan rendah ke atas makanan dan perumahan telah melonjakkan inflasi kumpulan itu melebihi kadar purata.

"Sekiranya melihat kepada corak penggunaan mereka yang berada di peringkat akhir pengagihan pendapatan, kumpulan ini lebih berbelanja ke atas makanan dan perumahan, oleh itu mereka mengalami kadar inflasi yang lebih tinggi,”.

Melihat kepada beban sara hidup yang dihadapi, GAMIS menuntut agar Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. 

Tuntutan 

GAMIS menyarankan agar kerajaan mengambil inisiatif seperti berikut:

I.     Perkasakan sistem cukai yang menjadi sumber pendapatan negara.

II.     Cukai yang dikenakan mestilah dikutip daripada golongan yang mempunyai
lebihan pendapatan.

III.     Potong gaji Menteri-menteri dalam kerajaan, lantikan-lantikan politik, serta CEO GLC Kerajaan sebanyak 40 peratus sebagai inisiatif memulihkan ekonomi negara. - HARAKAHDAILY 28/12/2018

MENDEPANI cabaran semasa yang menyaksikan tekanan dan ancaman kepada kepentingan Islam dan umatnya di Malaysia, memerlukan wujudnya satu blok baru yang kuat dan mantap di arena politik tanah air dewasa ini.

nasrudintaBlok baru yang saya maksudkan ialah blok yang dianggotai oleh parti politik Islam dan orang Islam.

Satu blok yang mengembleng kebangkitan Islam dan ummatnya serta menyelaras kesatuan tindakan mereka ke arah memelihara kepentingan Islam dan mereka yang bersamanya termasuk daripada kalangan non-Muslim.

Keangkuhan DAP dan Pakatan Harapan (PH) mutakhir ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Melainkan blok baru yang kuat perlu direalisasikan bagi mewarnai corak baru lanskap politik tanah air yang lebih selamat dan harmoni.

Boleh dimulakan melalui gandingan atau kerjasama strategik parti pembangkang yang besar seperti Umno, PAS dan lain-lain parti politik yang mahu menyertainya dengan objektif yang serupa dan sama.

Tidak semestinya dua parti ini perlu bergabung menjadi satu, tetapi boleh menjalin kerjasama politik demi mengaplikasi sebuah kebaikan dan melunaskan prinsip taqwa dalam kehidupan secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara.

Lantas parti-parti tersebut boleh membentuk satu gerakan terancang agar perjuangan dapat dilaraskan dengan betul, strategik, berkesan dan berwibawa.

Saya percaya pihak DAP dan PH akan sedaya upaya ‘menghasut’ rakyat agar menolak gandingan ini terutama melibatkan PAS dan Umno.

Selain cybertrooper yang akan digunakan secara all out, mereka juga akan menggunakan media konvensional termasuk media elektronik bagi membentuk persepsi buruk terhadap kerjasama politik PAS dan Umno.

Realitinya, DAP dan PH sangat takut jika umat Islam bersatu padu, mengelak sengketa dan bebaskan diri dari terkepung dalam prasangka antara satu sama lain juga tidak terperangkap dalam dendam kesumat sesama umat Islam.

Awasi gerakan pecah perintah yang dilakukan oleh mereka terutama bagi menggagalkan kebangkitan umat Islam serta bersatu menghalang tindakan jua cita-cita DAP dan PH yang pastinya tidak menguntungkan Islam dan umatnya.

Ummat Islam Mesti Bersatu – HARAKAHDAILY 28/12/2018

 

INILAH sebab sebenar penyokong DAP di London menyerang Presiden PAS.

"You know the probem with you? Because you follow the Quran, which is sixth century book.."

Inilah punca sebenar mereka tidak bersetuju dengan PAS. Kerana PAS mengikut al-Quran, yang pada dakwaan mereka merupakan "buku abad ke-6".

Adakah ini kesan Amanat Kit Siang? Adakah benar Lim Kit Siang seorang anti-Islam? Saya cuma timbulkan persoalan dan pembaca boleh membuat keputusan sendiri.

Apa yang jelas, pada 28 Januari 2017, Lim Kit Siang pernah berjanji untuk menyaman Presiden PAS yang didakwanya menuduhnya sebagai anti-Islam. Sehingga sekarang, di manakah saman tersebut? 

Tan Sri Annuar Musa pernah mendakwa Lim Kit Siang terang-terangan sebagai rasis dan anti-Islam, dan mencabarnya secara terbuka untuk menyamannya, sehingga sekarang kita tidak tahu apa tindakan Lim Kit Siang. 

Semasa PAS difitnah Sarawak Report, PAS dicabar untuk menyaman agensi tersebut untuk membuktikan tuduhan itu sebagai fitnah dan PAS bertindak mengemukakan saman sekalipun berdepan dengan pelbagai kekangan.

Apakah apabila Lim Kit Siang berdiam diri atas tuduhan dia anti-Islam membuktikan dia benar-benar anti-Islam? Saya tidak tahu.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas

27 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 27/12/2018

HIMPUNAN 812 sangat menggerunkan. Terpamer kesatuan. Hadir untuk mempertahan kebenaran, mencari redha Tuhan. Jika momentumnya berterusan, boleh jadi undi Melayu Muslim hanya jadi igauan. Sedangkan itulah pengundi sasaran, untuk terus kekal berkuasa atas nama harapan.

Timbul pula isu Tabung Haji. Semua pihak kelam kabut tak senang hati. Yalah, simpan duit berhari-hari, nak tunai perintah Ilahi. Tempat yang paling dipercayai, tapi diuar-uarkan rugi. Tangkap sana tangkap sini, alih-alih aset Tabung Haji dipantau Menteri yang tak boleh baca jawi. Harapnya tak silap titik perpuluhan lagi. Institusi Islam terpalit fitnah lagi. Orang Islam juga yang terus gigit jari.

Takdir Yang Esa, almarhum Adib pergi buat selamanya. Momentum Melayu Islam naik membara. Tak senang hati selagi pembunuh tidak didakwa. Hairannya, yang merusuh bersungguh dibelanya. Pengebumian almarhum Adib wira negara, tak nampak pula kelibatnya. Berbeza sungguh dengan sebelumnya, sanggup berkampung meratap mengusung keranda, walaupun berbeza agama. Dulu orang biasa, sekarang Menteri ternama. Jauh berbeza, Nabi pun sanggup didusta!

25 Disember Hari Krismas. Ditiup pula sampai panas. Cara sambut, cara ucap, semuanya dibahas. Bagus juga jadi panas, jadi peluang ulamak mengulas. Rakyat jadi faham dan makin jelas. Merayakannya haram tanpa bahas. Namun mengucapnya harus tapi ada batas. Yang otak cerdik, jadi makin cerdas. Yang otak dungu, bertelagah sesama Muslim dia rasa puas. Tak sedar diri jadi alat politik binatang buas.

Timbul pula isu Tok Guru dimaki caci seorang lelaki. Dikatakan ahli parti DiyAPi. Setakat ini belum ada yang nafi. Tok Guru relaks dan tenang memerhati, tak mudah termakan provokasi. Ramai yang bersimpati, kerana kasih mendalam di hati. Memang lumrah berjuang dicaci dikeji. Yang mengikuti, nampak makin bertambah benci kepada yang memaki. Apatah lagi bila al-Quran yang dicaci, menyirap darah bergetar kaki. Biadap sungguh mereka kali ini! Ada yang menyesal bagi undi baru ini.

Maka, ditugaskanlah wartawan mereka tanya beberapa pimpinan utama, komen tentang parti yang baru tukar nakhoda. Masih relevan atau tak perlu ada. Tujuannya satu sahaja, supaya jadi cacamarba. Tak senang jika damai sejahtera. Melayu Muslim mesti terus bersengketa, itu skrip mereka. Bertepuk tangan berpesta kalau itu berjaya.

Tengah asyik berkira-kira nak naik tahta yang diidam sejak sekian lama, diriwayatkan pula ada seorang kakanda tak boleh tidur lena. Katanya sebab teringatkan adinda. Diberitahu seantero dunia betapa simpatinya kakanda kepada nasib adinda. Dinasihatnya supaya terus tabah berusaha, jangan peduli apa orang kata. Adinda pula diam seribu bahasa. Alangkah kecewa luruh berderai jiwa, warkah kakanda dipandang sepi tanpa bicara. Kakanda pula jadi bahan jenaka. Kena troll siang malam sampai dalam Domino’s Pizza! Malang sungguh nasib kakanda.

Begitulah lumrah jika ada kuasa memerintah. Apa sahaja sanggup diredah. Lupa dia kuasa itu amanah Allah. Dosa pahala langsung tak ambil kisah. Seolah-olah hidup lama tak ada noktah. Bicaranya ikut sahaja apa yang musuh arah. Umat makin berpecah, ada dia kisah? Islam makin lemah, ada dia gelisah? Kiblatnya adalah nafsu serakah, pemimpinnya pula Iblis laknatullah.

Wahai teman rakan taulan, usah lagi berkhayal memburu angan-angan. Bukan masanya asyik duduk bersenang-senangan. Musuh bekerja tanpa sempadan. Tak putus asa memastikan Islam tak berada di hadapan.

Yang utama sekarang ialah tindakan. Tugas kita kena teruskan. Turun ke medan, berpencak di lapangan. Kemuncup di tengah jalan, abaikan. Jangan berhenti ikut dan, nanti jadi tak ketahuan.  

Dah sampai nanti baru cabut mana yang dan. Elakkan bercakaran. Jangan nampak kita ini koman. Kena pakat ligan, Islam mesti duk depan.

Ingat, kita nak cari redha Tuhan. Sampai masanya mesti dapat kemenangan. Lambat atau cepat, usah persoalkan. Ini bukan janji manusia, tapi janji Tuhan!

Sekian.

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Jumaat, 21 Rabiul Akhir 1440H | 28 Dis 2018 - HARAKAHDAILY 28/12/2018

 

MENTERI Dalam Negeri YB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya.

Inkues adalah suatu prosedur di bawah Bahagian XXXII Kanun Acara Jenayah yang mana majistret boleh diarahkan oleh Peguam Negara menurut Seksyen 339(1) Kanun yang sama untuk membuat siasatan bagi menentukan sebab sesuatu kematian.

Menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan Peguam Negara adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa, menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Walaupun keputusan mengadakan inkues ini memang berada di dalam kuasa Peguam Negara (sebagai Pendakwaraya) seperti termaktub di dalam Seksyen 339(1) Kanun Acara Jenayah tetapi keputusan Peguam Negara ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana ia seolah-olah memberi gambaran Peguam Negara masih keliru sebab kematian Mohd Adib sedangkan sebab kematiannya telah jelas berdasarkan laporan perubatan dan bedah siasat (post mortem) yang dilakukan ke atas jenazah Mohd Adib. Malah Polis Diraja Malaysia juga telah membuka kertas siasatan dan mengklasifikasi kes tersebut sebagai kes bunuh.

Proses inkues mengambil masa di mana majistret secara inquisitorial mempunyai kuasa yang luas meneliti sebab kematian Mohd Adib termasuk memanggil semua pihak yang terlibat yang dijangkakan menjangkau puluhan orang. Oleh kerana proses ini mungkin mengambil masa ia menimbulkan kebimbangan terhadap empat orang yang sedang disiasat oleh pihak PDRM.

Walaupun PDRM telah mengklasifikasi semula kes ini di bawah Seskyen 302 (membunuh) Kanun Keseksaan setelah kematian Mohd Adib tiada tindakan segera diambil oleh PDRM atau Peguam Negara untuk menangkap atau menuduh di bawah Seksyen 302 tersebut.

Apa yang lebih menggusarkan ialah keempat-empat yang disiasat tersebut telah dilepaskan atas jaminan polis (jamin mulut) bukan jaminan daripada mahkamah yang mana perlu disediakan penjamin dan sejumlah wang ditetapkan mahkamah. Oleh itu orang yang disiasat bebas ke mana sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan.

Sekiranya pihak PDRM atau Peguam Negara berpandangan pihak yang sedang disiasat itu tiada kaitan dengan kesalahan yang disiasat kenapa pula mereka dilepaskan dengan jaminan polis, seharusnya mereka dilepaskan sepenuhnya.

PPMM berpandangan bahawa mengadakan inkues bagi kes ini adalah tidak perlu dan hanya akan melengah-lengahkan keadilan kepada keluarga mangsa sahaja dan menyeru PDRM segera menyempurnakan kertas siasatan dan Peguam Negara membuat keputusan cepat mendakwa pihak yang terbabit. Bukan semua kes yang disiasat di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan memerlukan keputusan inquest terlebih dahulu sebelum pendakwaan dapat dilakukan.

Oleh kerana PDRM telah mengklasifikasi semula kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah amat wajar PDRM menangkap semula dan mendapatkan tahanan reman kepada mereka yang sedang disiasat tersebut bagi mengelakkan proses undang-undang digagalkan melainkan PDRM berpendapat mereka tidak melakukan kesalahan tersebut dan memberikan justifikasi agar ia menjadi telus. Meskipun begitu PDRM dan Peguam Negara perlu menjelaskan di mana keberadaan orang yang disiasat dan status siasatan tersebut.

Oleh yang demikian PPMM mendesak Peguam Negara memberikan penjelasan terperinci kenapa tiada pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 302 setakat ini dan kenapa pula inkues dijalankan kerana orang awam tidak mempunyai akses kepada siasatan. Masyarakat perlu tahu sama ada siasatan masih belum lengkap atau terdapat elemen lain yang boleh menjadikan pendakwaan gagal.

PPMM juga berasa sangat pelik apabila ada pihak yang meminta perlindungan dengan SUHAKAM untuk masuk campur di dalam siasatan polis dan meminta siasatan bebas dilakukan. Adakah ini bermakna pihak polis sudah tidak menjalankan siasatan dengan bebas sehingga perlu diadakan siasatan lain? Hal ini selari dengan kenyataan seorang Menteri yang menyalahkan pihak polis dalam insiden ini suatu ketika dahulu.

Selain daripada pelaksanaan undang-undang jenayah ini, keluarga Mohd Adib juga boleh mencari alternatif lain mengambil tindakan terhadap pelbagai pihak yang berkaitan melalui undang-undang tort di Mahkamah Sivil bagi mendapatkan keadilan kepada mereka.

DATO’ HAJI ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia - HARAKAHDAILY 27/12/2018

PERTARUNGAN PAS dan Umno begitu lama sejak daripada tahun 1951. Kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini mempunyai sejarah hitam yang lama. Saya secara peribadi juga mempunyai sejarah pertarungan yang lama sejak kecil lagi.

Keputusan PRU14 memberi makna kepada kedua-dua pemimpin untuk muhasabah kembali. Inilah masanya untuk salam ukhuwah dihulurkan bagi mencari titik persamaan. Memang sukar, tetapi itulah pengorbanan perasaan dan emosi yang terpaksa dilakukan.

Jika pihak Pakatan Harapan (PH) boleh bersatu untuk mencapai agenda mereka. Pergaduhan mereka lebih parah sebelum ini. Sehingga kita tidak sanggup untuk dengar. Kenapa kita tidak boleh? Walaupun selepas mereka menang, kita dapat lihat dan rasai sekarang.

Apa yang kita lakukan bukan untuk masa depan kita, tetapi ialah untuk agama, anak cucu dan negara yang tercinta. Tidak ada makna kita bergaduh, seperti pepatah menyebut ‘alu dan lesung berlaga, yang kenyangnya ayam’.

Lebih mudah untuk mempertemukan dua parti terbesar ini kerana satu agama, satu bangsa, satu kariah masjid, satu kampung, satu lahjah bahasa, satu menu makan (budu, sambal belacan, cincaluk).

Ahli PAS mesti santuni dengan akhlak dan ilmu. Inilah daya penarik yang berkesan.

Yakinlah bahawa untuk mengangkat martabat bangsa dan negara mesti berteraskan Islam. Tidak boleh dengan semangat bangsa atau kebendaan semata-mata. Tidak ada jalan yang selamat untuk menyelamatkan negara dan bangsa melainkan dengan Islam.

Islam selamat, Melayu selamat dan bangsa lain juga akan selamat.

Memang ada pihak yang cemburu dengan kemesraan ahli PAS dengan ahli Umno. Mereka juga ada hati untuk memujuk pemimpin dan ahli Umno, walaupun sebelum ini bermacam-macam gelaran yang diberikan.

Mereka menggunakan media sosial dan portal upahan untuk memastikan ahli PAS dan Umno tidak boleh bekerjasama. Cybertrooper yang menyamar ahli PAS dan nama Islam berkeliaran untuk adu domba supaya merenggangkan hubungan antara kedua-dua parti. Mereka cuba ungkit sejarah lama supaya permusuhan disubur semula.

Nampaknya majoriti ahli Umno yang ikhlas tidak berminat bersama PH walaupun banyak pujuk rayu dan umpan hendak diberikan.

Kata-kata Saidina Umar al Khattab menjadi renungan kepada kita bersama bermaksud: “Kembali kepada kebenaran, lebih baik daripada kekal atas kebatilan”.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
27 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 27/12/2018

More Articles ...