Lajnah Penerangan PAS Pusat akan menganjurkan program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan.

munakLajnah Penerangan PAS Pusat akan menganjurkan program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan.

Ketetapan program adalah seperti berikut:

MUNAQASYAH RAKYAT
Anjuran: Lajnah Penerangan PAS Pusat

Tarikh : 10 Jun 2017
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 am - 01.30 pm
Tempat : Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Sasaran:
Parti-parti Gagasan Sejahtera
NGO (5 orang wakil setiap NGO)
Tokoh-tokoh akademik
Aktivis Masyarakat

Tentatif:

08.00 am - 09.00 am :
Pendaftaran

09.02 am - 09.12 am :
Bacaan Ayat Suci Al Quran

09.15 am - 09.25 am :
Aluan Pengerusi
YB Us Hasbullah Ridzwan

09.28 am - 09.58 am :
Pidato Munaqasyah Rakyat
Oleh : YB Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS

10.00 am - 11.30 am :
Munaqasyah Rakyat: Membina Negara Sejahtera Bersama Islam.

Panel 1: Ybhg Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Panel 2: Dr Samarudin Rejab
Timbalan Presiden IKATAN

Panel 3: Prof Dr Badlisham M Nasir
Mantan Presiden ILMUAN

Panel 4: Tuan Haji Azmi Abd Hamid
Pengerusi KONGRES RAKYAT

11.32 am - 12.22 pm :
Sessi Soal Jawab

12.25 pm - 01.05 pm :
Ucapan Penutup.
Oleh: Ybhg Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

01.10 pm - 01.20 pm :
Solat Zohor dan bersurai.

Pihak penganjur dengan segala hormatnya ingin menjemput semua wakil-wakil NGO untuk menjadi peserta program ini. Setiap NGO yang berminat untuk turut serta bolehlah menghantar wakil maksimum seramai 5 orang.

Semoga dengan kehadiran wakil-wakil NGO akan menyempurnakan lagi majlis kami ini, insya Allah.

Untuk maklumbalas kehadiran dan sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung menerusi WhatsApp di talian 0192153225 (Mohd Shahir).

PELIK, Tan Sri Shahrir Abd Samad ialah Pengerusi Felda, manakala Tan Sri Isa Samad hanya sebagai Pengerusi FGV. Felda pemegang terbesar dalam FGV, tiba-tiba seolah-olah Pengerusi Felda tidak boleh buat apa-apa kepada Tan Sri Isa. Walau Felda sudah meluluskan tiga wakil di dalam FGV, namun tidak ada apa-apa perubahan.

Semestinya Felda mesti ada wakil di dalam FGV kerana untuk menjaga kepentingan Felda dan peneroka. Hebat sangatkah Tan Sri Isa. Beliau mesti sedar kedudukan Felda lebih besar daripada FGV. FGV ibarat anak, manakala  Felda ialah bapa. Anak tidak ada, jika bapa tidak wujud.

Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Felda  pula di bawah Jabatan Perdana Menteri mesti bertindak berani demi kemaslahatan warga Felda. Tukar sahaja Tan Sri Isa dengan orang lain. Tidak perlu takut kepada Tan Sri Isa, beliau hanya manusia biasa sahaja. Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin pun Datuk Seri Najib berani pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Cuba ganti dengan orang yang profesional yang mengetahui selok belok perniagaan di Felda. Hentilah dengan melantik orang politik yang tidak profesional untuk kendalikan agensi yang cukup besar.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Ramadhan 1438/9 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 9/6/2017

Alhamdulillah pada hari ini Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah hampir sebulan mendapat rawatan intensif dari pakar pakar IJN.

Pihak kami diberi maklum oleh pasukan perubatan IJN bahawa Tuan Guru masih perlu mendapat rehat yang secukupnya supaya benar benar pulih dari pembedahan yang dialaminya.

Sehubungan dengan itu juga, sebagaimana yang dimaklumkan pada kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru masih belum dapat memenuhi undangan penganjuran program parti dalam tempoh beberapa minggu ini sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti.

Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan pada pihak IJN di atas layanan yang terbaik, ahli dan penyokong serta rakan taulan yang sentiasa berdoa pada Allah SWT agar Tuan Guru diberikan kesihatan untuk terus memimpin PAS dan ummah.

"Sejahtera Bersama Islam"

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

PEMBATALAN Jubli Jerusalem yang dijadualkan di Melaka dan Sarawak rentetan daripada bantahan dan laporan polis oleh pelbagai pihak bukanlah bererti kemenangan untuk dirai atau menganggapnya telah tamat selesai. Sebaliknya ia perlu dilihat sebagai titik kesedaran membuka mata manusia sejagat khususnya umat Islam atas kelekaan dan kealpaan selama ini terhadap perancangan global oleh golongan yang rakus mahu menguasai muka bumi ini.

Kezaliman sememangnya tidak pernah puas menjarah tanah dan harta, hingga turut meragut maruah, darah dan nyawa manusia, bahkan juga terhadap pengabdian hamba kepada Tuhannya dengan merampas rumah ibadah. Itulah terjadi tanggal 7 Jun 1967, genap 50 tahun lampau dalam Perang 6 Hari yang menyaksikan Masjidil Aqsa berada dalam genggaman rejim Zionis Israel. Ia terakam dalam tragedi Perang 6 Hari antara Israel menentang ketenteraan gabungan Arab terdiri daripada Mesir, Jordan dan Syria.

Mesir, Jordan dan Syria memiliki kekuatan yang berpotensi melenyapkan Israel dari peta dunia dalam masa hanya dua jam. Malangnya, Israel yang mempunyai angkatan kurang seperlima daripada tiga negara bersekutu itu, berjaya memenangi peperangan tersebut menerusi strategi dilancarkan. Lebih mendukacitakan, bersama lebih 20,000 nyawa terkorban, tanah umat Islam di Gaza, Tebing Barat, Semenanjung Sinai dan Bukit Golan juga jatuh dalam taklukan Israel, sedang rejim itu menerima kurang 1,000 korban.

Kejayaan itu bukan sahaja melonjak kemegahan Israel, tetapi mengubah geopolitik dan ekonomi di Timur Tengah khususnya melibatkan hubungan sesama negara umat Islam, termasuk pengaruh Amerika Syarikat dan British.

Malaysia Proksi Kebangkitan Israel?

Kini, penguasaan dan kejayaan itu dirayakan di seluruh dunia dan khususnya rantau ini yang berada dalam jalur ‘Gerbang Emas’ iaitu salah satu dari 12 gerbang, menjadikan Malaysia sebagai pilihan. Berikut disenaraikan beberapa pernyataan yang membayangkan ‘perhatian’ gerakan tersebut terhadap negara ini:

•“Ada kebangkitan hebat yang akan datang atas Malaysia. Urapan untuk doa 24 jam akan dicurahkan ke atas kamu. Kamu akan mendirikan Menara Doa. Memulihkan Khemah Suci Daud...” - Cindy Jacob, 16 Ogos 2016, Jakarta

•“....Gereja Malaysia akan masuk ke dalam satu kesatuan baru yang hebat sekali. Akan keluar dari Malaysia, seruan yang memulihkan Asia, kata Tuhan!” – Cindy Jacobs, Julai 2016, San Jose, Costa Rica

•“....Malaysia adalah kunci yang merubah negara-negara...” – Cindy Jacob, September 2012, Perhimpunan Negara-negara Sedunia Jerusalem (ANCJ) di ‘Tanah Suci’ selepas Malaysia memasuki Tahun Yobel-nya.

•Menerima pesanan Rasul dan Nabi yang canggih dari wakil Majlis Penatua Antarabangsa (ANCJ) yang kurang terdengar di Malaysia dan rantau ini

•Memasuki penggenapan ketentuan hala tujuan peribadi, korporat, nasional dan kewilayahan dalam penerobosan peribadi, menjajar dengan Jubli Jerusalem untuk penerobosan-Nya dan dalam proses ini, membawa penerobosan Kerajaan, penebusan, pemulihan, reformasi dan transformasi kepada negara sendiri, Negara-negara Pintu Gerbang Emas dan ASEAN

•Menggenapi panggilan ‘Bapa’ untuk Malaysia, ASEAN dan Negara-negara Pintu Gerbang Emas mengiringi kedatangan ‘Raja’ Kemuliaan sehingga sampai ke Jerusalem, Kota Suci (Wahy 21:2), Kota Tuhan kita (Maz 48:1) dan Pusat Dunia (Yeh 5:5)

•“...supaya melawan untuk ketentuan hala tuju Negara-negara, terutamanya untuk Jerusalem, ASEAN dan Negara-negara Pintu Gerbang Emas di Zaman Akhir ini.”

•“Menghubung... Melawan & Menyelesaikan... Perjalanan... Dari Negara-negara Pintu Gerbang Emas kembali ke Jerusalem – Kota Raja Besar” (Maz 48:1-2, Mat 5:35)

•Menyediakan jalan untuk kepulangan Raja Kemuliaan melalui MALAYSIA Negara Pelangi Asia & Pemangkin Kebangkitan Negara-negara Pintu Gerbang Emas Untuk ASEAN & Negara-negara Pintu Gerbang Emas.

•Masa kembali, penebusan, pemulihan, perhitungan, pembebasan, kemerdekaan, penerobosan, pemilikan warisan

•Tahun perkenan ADONAI untuk umat-Nya dan pembalasan dendam ELOHIM terhadap seteru-Nya, supaya YAHWEH dimuliakan!

Malah, ungkapan-ungkapannya juga berunsur melemah, menentang, mengambil alih, merubah, membebas, memiliki, merampas, mengisytihar dan memasyhurkan negara ini kepada satu pemilikan, hak, kekuasaan dan kedaulatan baharu.

Hina, Cabar & Perangi Islam

Semua terma ini tersebar meluas ke pengetahuan umum pada awal pagi 5 Jun bertepatan 50 tahun peristiwa tersebut. Ia seolah-olah cuba memprovokasi, mencabar, mengancam mengejek dan membangkitkan emosi; seumpama meletakkan garam di atas luka yang dialami umat Islam.

Di mana ketika meraikan kejayaan itu separuh abad lalu, mereka mengulangi laungan  sorakan “Khaibar! Khaibar!” dan ungkapan bahawa “Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita”. Ianya sebagai penghinaan kepada Islam dan Rasulullah SAW serta menganggap negara-negara Islam amat lemah sekali di mana mereka telah menebus kekalahan sekian lama didendami itu.

Bahkan, perlecehan dan penghinaan itu juga dibawa dengan memilih Melaka sebagai lokasi utama perayaan tersebut atas semangat mengulangi nostalgia bahawa wakil mereka, yakni Portugis pernah meruntuhkan Kerajaan Islam Melaka suatu ketika dahulu. Antara penyataannya adalah sebagaimana berikut:

•“Doa jalan penerobosan Apostolik-Profetik Warisan Kristian” melalui tempat bersejarah Kristian di Melaka: Menebuskan Mezhab-mezhab

•Di negeri bersejarah dan kota terkuno dalam Malaysia. Dahulu kala pusat strategik di Laluan Kelautan Sutera (Jalan Laluan Rempah dan Jejak Dupa) di mana tercagak di dalamnya akar-akar pelbagai negara – Jawa, Sumatera, India, Arab, Portugal, Belanda, Britain, China, Thailand, Singapura dan banyak lagi. Sekarang sebahagian daripada Laluan Sutera Baru yang moden (1 Jalur 1 Jalan): KOTA MELAKA ditempatkan secara unik untuk ADONAI membuat “Jalan di padang gurun dan sungai-sungai di padang belantara.” (Yes 43:19)

Waspada Gerakan Evangelis

Ternyata ia bukan semata-mata keraian, tetapi merintis dan menjana satu tujuan serta komitmen terhadap matlamat tertinggi yang mahu dicapai. Bahkan, ia tidak kebetulan tetapi menjadi sebahagian perancangan strategik melibatkan beberapa peristiwa dunia mutakhir ini antaranya:

1.Sempena menggenapi 100 tahun terlerainya Khilafah Islamiyah;
2.Cubaan rampasan kuasa ke atas negara Turki oleh tentera yang belot;
3.Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjalin hubungan dengan Negara-negara Arab dan OIC;
4.Kejadian serentak ekstremis di lokasi-lokasi tumpuan dunia dan pengisytiharan memeranginya termasuk oleh Malaysia;
5.Negara-negara Arab mengisytiharkan pemutusan hubungan dengan Qatar.

Maka, umat Islam mesti meluaskan kepekaan dan perhatian terhadap semua kelicikan sama ada yang zahir mahupun terselindung. Kerana hakikat dari Jubli Jerusalem yang mahu dirayakan itu mempunyai sentimen, semangat, kepercayaan dan keyakinan yang menjurus kepada kebangkitan, gerakan dan perancangan iaitulah dari golongan pelampau Kristian atau dikenali sebagai Evangelis Kristian.

Mereka telah menguasai atau mencengkam banyak sektor penting menerusi jalur pendidikan, kebajikan, ekonomi dan lain-lain termasuk juga politik, bahkan bersatu di seluruh dunia memasuki dan menyelinap dalam pelbagai proksi. Maka menjadi kewajipan umat Islam agar tidak ‘kembali dijajah’ dengan sentiasa berwaspada dan memerhatikan dengan renungan mendalam terhadap gerakan ini serta bertindak, antaranya:
•Jangan terpesona atau terpedaya dengan tawaran atau bantuan atas nama kebajikan;
•Jangan menerima tawaran untuk anak-anak memasuki sekolah-sekolah mubaligh;
•Jangan menghadiri pelawaan ke majlis atau premis mereka (banyak menggunakan bangunan perniagaan) sekiranya tidak punyai keteguhan jati diri agama;
•Jangan sewenang-wenangnya menyokong, berpihak dan memilih pemimpin yang dikenalpasti cenderung kepada gerakan tersebut.  

Akhirnya, renungilah firman Allah SWT:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sehinggalah kamu mengikut telunjuk agama mereka.” (al-Baqarah: 120) – HARAKAHDAILY 7/6/2017

Perutusan takziah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah

Adalah dengan rasa penuh dukacita, PAS Selangor merafak sembah takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kemangkatan adinda Tuanku, Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.

Patik sekalian mendoakan semoga roh Almarhumah YAM Tengku Putri Sofiah ditempatkan di kalangan para solehah di sisi Allah.

Sejahtera Bersama Islam

YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Raja sentiasa mengambil maklum dan menjunjung titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri ini; yang melarang penggunaan masjid dan surau untuk kepentingan mana-mana parti politik.

Justeru kenyataan media ini dibuat bagi menyangkal dakwaan tidak berasas sesetengah pihak yang ditularkan di media sosial baru-baru ini; kononnya kami PAS Kawasan Kota Raja telah menjalankan aktiviti di dalam sebuah surau di Jalan Kebun Klang.  

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti “Retreat Pilihanraya PRU 14 PAS Kawasan Kota Raja” yang diadakan pada 21 Mei 2017 adalah di dalam premis bernama Pusat Ilmu Al Falah, Lorong Hj Abu Bakar, Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Premis ini terletak lebih kurang 50 meter dari Masjid Jalan Kebun yang baru.

Pihak kami difahamkan oleh pihak urusetia/perunding yang mengurus kendalikan program kami bahawa premis tersebut asalnya Surau Al-Falah dan ianya telah tidak digunakan lagi sebagai surau untuk aktiviti ibadah ahli kariah bilamana Masjid Jalan Kebun yang baru telah siap dibina dan mula digunakan sejak awal April 2017.

Bangunan tersebut telah diubahsuai dan dijadikan pusat aktiviti masyarakat bermula dari bulan April 2017 dengan diberi nama Pusat Ilmu Al-Falah untuk kegiatan kemasyarakatan dan keilmuan ahli kariah seperti kelas Al-Quran, tuisyen, kursus-kursus dan sebagainya. Di samping itu bagi menampung kos pengurusan, bilik seminar di pusat ilmu tersebut juga disewakan kepada pihak luar untuk program dalaman seperti mesyuarat, seminar dan seumpamanya.  

Sehubungan itu dakwaan seperti yang tersebut di atas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Kami dengan ini merafak sembah ke bawah DYMM Tuanku, memohon ribuan ampun dan maaf di atas kekeliruan yang timbul dan secara tidak langsung telah membabitkan pihak Tuanku dalam permasalahan ini. AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

Mohamed Diah Baharun
Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja
12 Ramadhan 1438 / 7 Jun 2017

DALAM komentar Facebook bertajuk “Majlis Di Melaka Dibatalkan, Bagaimana Pula Majlis Di Sarawak?” semalam, 6 Jun, saya menyebut betapa tidak ada sebab mengapa majlis “All Borneo Revival Convocation 2017” yang dirancang untuk dilangsungkan di BEM On The Rock, Miri, Sarawak, pada 22-25 Jun ini boleh dibenar untuk dilangsungkan setelah majlis “All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation” yang dirancang untuk dilangsungkan di Calvary Life Assembly Chinese, Melaka, pada 15-18 Jun ini tidak dibenar untuk dilangsungkan.

Hujah yang saya gunakan di dalam komentar ini adalah kedua-dua majlis ini mempunyai tema sama dan dibarisi penceramah utama sama, di mana dua penceramah utama pada kedua-dua majlis ini yang saya sebutkan ialah Tom Hess dan Afeef Halasah.

Di dalam laporan bertajuk “Gereja Sarawak Batal Acara Kristian Walaupun Pemimpin Negeri Restu”, portal berita The Malaysian Insight hari ini memuatkan kenyataan seorang ahli jawatankuasa penganjur "All Borneo Revival Convocation" bahawa pemimpin gereja Sarawak memutuskan untuk membatalkan majlis “All Borneo Revival Convocation 2017” selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengarahkan pembatalan majlis “All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation di Melaka.

Laporan portal berita ini, yang menyebut mengenai “acara Kristian serupa (dengan acara yang sepatutnya diadakan di Melaka minggu depan) di Miri yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini” dan mengenai “penceramah yang sama dijadualkan memberi ucapan di Miri”, mengesahkan apa yang saya tulis sebelum ini bahawa kedua-dua majlis ini mempunyai tema sama dan dibarisi penceramah utama sama.

Bagaimanapun, kenyataan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, mengenai Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) di dalam laporan portal berita The Malaysian Insight ini sangat perlu diberikan perhatian. Kata Baru Bian: “Perhimpunan Kebangkitan diadakan hampir setiap tahun, di mana ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak turut serta”. Sambung beliau: “Ini hanya Perhimpunan Kebangkitan yang pada asasnya selaras dengan kepercayaan rohani kebanyakan Kristian. Kebangkitan ialah perubahan rohani dan dihidupkan semula dalam keimanan terhadap Tuhan mereka. Ia tidak ada konotasi politik dan tidak ada kepentingan politik. Saya rasa masalah di Melaka ialah mereka guna perkataan Jerusalem dan keseluruhannya kelihatan sedikit provokatif. Kalau tidak, ia tidak ada kena mengena langsung dengan politik.”

Kenyataan Baru Bian ini sangat perlu diberikan perhatian kerana ia menggambarkan sokongan PKR Sarawak malah, jika tiada kenyataan bertentangan dari PKR Pusat, sokongan PKR Pusat terhadap Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) ini.

Semalam telah saya jelaskan betapa seruan-seruan yang dilaungkan oleh barisan penceramah utama Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) ini seperti “Malaysia milik Saya”, “Dia akan mengambil semula Malaysia untuk-Nya” dan “Kehendak umum Tuhan kepada semua kita di Malaysia ialah untuk menakluk negara ini dengan Kerajaan Tuhan”, jika dibiarkan berterusan, boleh mendatangkan ancaman kepada negara.

Masalah boleh berlaku jika benar seruan-seruan provokatif yang dilaungkan oleh barisan penceramah utama Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) ini, seperti kata Baru Bian, “pada asasnya selaras dengan kepercayaan rohani kebanyakan Kristian” kerana seruan-seruan ini sebenarnya ada konotasi politik dan ada kepentingan politik.

Baru Bian katakan Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) di Melaka bermasalah kerana mereka guna perkataan Jerusalem, kalau tidak, ia tidak ada kena mengena langsung dengan politik, tetapi hakikat sebenarnya ialah semua majlis Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) ini, walau guna walau tidak guna perkataan Jerusalem pun, mengandungi semangat Jerusalem sebagai intipatinya. Ini antara lainnya terlihat jelas di dalam kandungan promosi majlis “First Borneo Revival Convention 2016” di Sandakan Sports Complex, Jalan Sibuga, Sandakan, Sabah, pada 28 April-2 Mei 2016 yang berbunyi: “Most importantly, let us fan the fire of revival in Borneo that would spread to the whole of Malaysia and to the nations! Malaysia has the prophetic end-time calling to be the revival catalyst within the Golden Gate Nations, which fire of revival will spread back to Jerusalem.”

Sebenarnya, bukan setakat Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) ini sahaja yang mengandungi semangat Jerusalem sebagai intipatinya, malah buku tulisan Baru Bian, bertajuk “Long Awakening”, juga mengandungi semangat sama.

Pada muka surat 210 contohnya diceritakan mengenai suara ghaib yang didengari oleh Aunty Maria menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 berbunyi “Maria, Baru Bian will lead the people just like Jepthath who led the people of Israel”

(Terjemahan: “Maria, Baru Bian akan mengetuai rakyat seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel”).

Pada muka surat 243 pula diceritakan mengenai keputusan Pilihan Raya Umum 2013: “It has been a long awakening for Sarawak. I am reminded of Exodus 23:14, in which God assures the Israelites that the promised land will deliberately be given over to them little by little, bit by bit. There was good reason for this instead of an immediate landslide victory. There was much Israel had to learn about becoming a nation. I tell myself, surely, there must be reasons for political change to take place incrementally rather than suddenly.”

(Terjemahan: “Ia adalah kebangkitan panjang untuk Sarawak. Saya diingatkan mengenai Exodus 23:14, di mana Tuhan memberi jaminan kepada orang-orang Israel bahawa bumi yang dijanjikan akan diberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit. Ada sebab bagus untuk ini bukan untuk kemenangan besar segera. Banyak benda Israel perlu belajar mengenai menjadi sebuah negara. Saya beritahu diri saya, mesti ada sebab-sebab mengapa perubahan politik berlaku perlahan-lahan bukan mengejut.”)

Hanya dengan menggunakan logik Baru Bian sahaja pun sudah terbukti bahawa semua majlis Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) ini ada kena mengena dengan politik kerana jelas tertera bukan setakat semangat sahaja tetapi perkataan Jerusalem juga di dalamnya.

Soalan yang perlu dijawab sekarang ialah apakah sokongan Baru Bian, yang merupakan Pengerusi PKR Sarawak, terhadap Revival Convocation (Perhimpunan Kebangkitan) bermakna PKR Pusat turut sama menyokongnya? – HARAKAHDAILY 7/6/2017

More Articles ...