21
Sun, Jul
26 Artikel Baru

DEWAN Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia yang berusaha membentangkan Akta Kerja 1955 di Parlimen dalam sidang pada bulan Mac 2018 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan. 
 
Pendedahan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem bahawa pemeriksaan yang dilakukan oleh kementerian ke atas 88 hotel di Semenanjung Malaysia sejak Disember 2017 mendapati 13 daripadanya menetapkan polisi dan mempunyai 'standard grooming' yang melarang pekerja wanita bertudung, khususnya bagi 'frontliners' dan mereka yang bertugas di bahagian 'food and beverages'.
 
DUPWP menganggap 13 pengusaha hotel yang dikenalpasti tersebut bersikap degil, sombong dan keras kepala kerana tidak memahami sensitiviti umat Islam serta menghormati ajaran Islam. Jika pemeriksaannya diluaskan, mungkin akan didapati banyak lagi hotel yang melarang pekerja wanita Islam daripada bertudung di sektor berkenaan. Mereka yang terlibat ini sengaja mencari polemik dengan mencetuskan isu yang boleh menyebabkan perbalahan dan persengketaan antara agama. Golongan yang engkar ini gagal memahami Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 3 (1).
 
Mengapa begitu sukar bagi pengusaha hotel terbabit mengamalkan toleransi agama dan budaya dengan membenarkan pekerja wanita beragama Islam bertudung dalam apa juga sektor termasuk sebagai ‘frontliners’ seperti yang dimaksudkan. Apa yang tidak kena wanita Islam bertudung dengan etika serta profesionalisme dalam pekerjaan? Adakah dengan bertudung sampai menggangu etika kerja, tugasan tergendala, menyebabkan kehilangan pelanggan atau kerugian kepada syarikat? 
 
DUPWP menegaskan, pemakaian tudung bagi wanita Islam tidak ada kena mengena dengan kerugian syarikat, pelanggan yang hilang dan perniagaan yang tidak berkembang luas. Sebaliknya, wanita Islam bertudung menampilkan adab yang baik dan akhlak yang mulia di mata orang ramai. Wanita Islam bertudung akan kelihatan lebih sopan serta terjaga maruah dan keselamatan diri mereka. Secara tidak langsung mereka dapat membantu menaikkan imej syarikat perhotelan di peringkat antarabangsa, menyebabkan negara lain merasa hormat dan memandang tinggi kepada negara Malaysia kerana begitu menjaga keselamatan dan kesopanan pekerjanya.
 
Oleh yang demikian, kami amat bersetuju pindaan Akta Kerja 1955 dibentangkan dan diluluskan bagi menjaga hak dan kepentingan wanita Islam. Ia juga sebagai peringatan kepada semua pihak agar sentiasa menjaga hak toleransi beragama, dan ketika ia sudah sampai keluar batasannya, maka umat Islam wajib membela agama dan penganutnya yang dinafikan hak tersebut.
 
UST DR (H) MOHD ALI JAMIL
Ketua Dewan Ulamak
PAS Wilayah Persekutuan 
28 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 28/1/2018

SEPERTI sedia dimaklumi, fungsi Mufti Perlis yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006 hanyalah “membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak...” sahaja.
 
Bagaimanapun, seperti sedia dimaklumi juga, Mufti Perlis sekarang, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), sangat suka melampaui bidang tugas beliau dengan selalu membicarakan persoalan politik negara, termasuk dengan menyindir pemimpin politik.
 
Terbaru, Dr MAZA dirakamkan oleh laman Facebook Promedia Tajdid hari ini, yang beritanya segera disambar oleh portal berita Malaysia Kini, sebagai menyindir orang yang “curi RM5 bilion” dan orang lain yang “cium tangan orang yang curi RM5 bilion” ini.
 
Walaupun jumlah “RM5 bilion” ini hanyalah satu contoh, dan walaupun tidak disebutkan dengan jelas siapa orang yang “curi RM5 bilion” dan siapa orang lain yang “cium tangan orang yang curi RM5 bilion” ini, senario semasa membuatkan sindiran ini mudah difahami.
 
Tidak dinafikan bahawa sindiran ini dibuat di dalam konteks untuk menjelaskan betapa pemilihan pemimpin sepatutnya dibuat di atas isu yang membabitkan kepentingan awam (public interest) dan bukannya isu yang membabitkan dosa peribadi (private sin) pemimpin.
 
Begitupun, pada hemat saya, sindiran yang dibuat oleh Dr MAZA ini sangat tidak wajar dan boleh mendatangkan fitnah sedangkan beliau sendiri pada ketika yang lain sangat tegar menegaskan supaya masyarakat tidak terbabit dengan penyebaran berita bersifat fitnah.
 
Apatah lagi bila pendapat Dr MAZA bahawa soal dosa peribadi (private sin) pemimpin tidak wajar didedahkan dan tidak wajar dijadikan pertimbangan dalam soal pemilihan pemimpin itu sendiri sudah berkali-kali dipertikaikan kerana kepentingan jawatan pemimpin ini.
 
Seingat saya, di negara kita mutakhir ini, pembelaan ke atas dosa peribadi (private sin) ini lebih dikaitkan dengan perjuangan G25, IRF serta pemimpin seperti Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bila Mufti Perlis juga menyokong maka bertambah gembiralah golongan ini.
 
Walau apa pun, semakin lantang dan berani juga nampaknya Mufti Perlis ini. Sampai golongan cybertrooper pun Dr MAZA kutuk sebagai “puak yang teruk”.
 
Transkrip ucapan Dr MAZA
 
“Allah Ta’ala tak suka kepada orang-orang yang menzahirkan perkataan yang buruk, melainkan orang-orang yang dizalimi. Asalnya kita tak cakap benda yang buruk tentang orang lain, melainkan kita rasa benda tu kita dizalimi. Yang dizalimi ini apa? Benda ni, terutama orang politiklah, dia tak boleh bawak benda yang membabitkan peribadi orang, melainkan benda yang membabitkan kemaslahatan umum seperti, kalaulah calon tu ka apa dia ada isu peribadi yang antara dia dengan Tuhan kita tak payah duk bawak pi jadi ceramahlah. Kalau kita nak habaq, “ni telah hilang RM50 juta RM500 bilion”, ah yang ni ada kaitan dengan awamlah. Tapi jangan kita pi bangkit benda “dia tuan-tuan dulu ni dengan mak dia”, come onlah, kalau nak cari benda tu semua kita ada, kita sedap cakap tentang urusan peribadi orang, kita sendiri banyak masalah, jangan cakap yang tu. Cakap benda yang membabitkan public interestlah, yang berkaitan dengan masyarakat. Ini apa, bila mai pilihan raya pi bawak keluaq, terutama ni apa, cybertrooper apa semua ni, teruk puak-puak ni. Benda urusan peribadi dia ka, hatta kalau dia apa benda-benda yang antara dia dengan Tuhan, bukan urusan dengan, ini private sin. Kita dalam masyarakat kita memang macam tu, dosa peribadi tu besar, dosa hak babitkan umum tu tak, kita biar. Kalau orang tu khalwat ka apa, masuk dalam suratkhabaq, ah yang tu 6 tahun tak habis. Tapi kalau curi RM5 bilion rilek je, balik, semua senyum, cium tangan lagi.”HARAKAHDAILY 28/1/2018

ZAMAN 'medsos' (media sosial) digunapakai oleh semua insan bernafas, perang persepsi menjadi senjata penting bagi pemain politik menebar pengaruh dan meremehkan pesaing mereka. Penulis menjenguk alam siber sehari dunia ini di mana ramai politikus PH menghentam dan melecehkan program konferen meja bulat MyAqsa termasuk oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
Kelompok ini berpandangan konferen bertemakan Palestin ini adalah kaedah Perdana Menteri Malaysia dan parti pemerintah 'menunggang' agamawan untuk memanjangkan hayat politik. "Himpunan nak naikkan kepala penyamun" komen Pegawai Penerangan Lim Guan Eng serta pelbagai komen jelek penyokong PH yang lain. Usaha meremehkan himpunan umat Islam bukanlah kali pertama berlaku terutama selepas munculnya aliansi politik PH yang dikawal oleh DAP.
 
Antaranya himpunan 4 Disember 2016 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur dalam menggalang isu pembantaian Muslim Rohingya. Tuan Guru Abdul Hadi dikecam dengan meluas oleh penyokong PH, kononnya rela sepentas dengan pemimpin yang zalim. Manakala Disember 2017 geger pula apabila program solidariti Palestin di Putrajaya, yang akhirnya juak-juak PH tertampar malu dengan sendirinya, apabila pemimpin PH pula menyua muka di pentas program.
 
Netizen dengan pelbagai latarbelakang bertanyakan apakah faedah yang didapati dengan penganjuran konferen bertemakan Palestin ini? Pertama kebanyakan peserta-peserta yang diundang merupakan ilmuan Islam, ulama serta tokoh-tokoh gerakan swadaya daripada lebih 30 buah negara. Pastilah mereka mempunyai jaringan pengaruh serta keupayaan untuk mendesak kerajaan masing-masing supaya menyokong perjuangan umat Islam Palestin.
 
Sosok besar yang hadir juga kebanyakannya mempunyai institusi mereka sendiri, sama ada NGO mahupun institusi pendidikan. Jaringan sivil ini secara konsisten membantu dan mengupayakan bantuan terhadap umat Islam Palestin, terutama di Gaza yang dihimpit oleh penderaan regim Zionis. Konferen yang disoroti oleh media arus perdana dan juga media sosial ini paling kurang akan mengingatkan ummah akan sebuah tanggungjawab yang terpikul pada pundak seluruh ummah tanpa mengira latarbelakang politik, sosio ekonomi dan tendensi.
 
Lihatkan dengan kacamata positif, usaha membantu Palestin dan penyelamatan al-Aqsa tidak cukup dengan kudrat NGO atau tokoh perseorangan. Setiap kerajaan umat Islam mestilah proaktif membantu, bahkan menyedarkan masyarakat bahawa kezaliman Israel mestilah dihentikan. Penyelamatan Palestin mestilah berada dalam silibus pengajian umat Islam, sama ada pengajian formal atau pun tradisional.
 
Seminar, konferen, bahkan himpunan umat Islam adalah salah satu mekanisme mengerah akal dan kudrat untuk membantu umat Islam tertindas. Contohnya Himpunan Solidariti Rohingya pada 4 Disember 2016 telah menatijahkan usaha mendesak Kerajaan Malaysia untuk mengunakan pelbagai cara membantu Muslim Rohingya. Seterusnya pada 2 Februari 2017 berangkatlah misi 'Food Flotilla for Myanmar', gabungan pelbagai NGO membawa bantuan kemanusiaan dengan kaedah 'G to G'. Desakan akhirnya membuka langkah pihak kerajaan untuk membantu termasuk usaha membina hospital medan di kem-kem pelarian Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh.
 
Dalam perseteruan politik, janganlah semua perkara kebaikan ditutup untuk memenangkan kelompok kita. PAS yang telah 67 tahun dipersada politik dan dakwah tanahair telah dimatangkan dengan sebanjaran pengalaman, melalui segala liku pahit maung perjuangan dengan tabah. Dengan pendekatan BPMS, harakatul ummah ini telah memecahkan tembok kaca yang telah lama dibina oleh pesaing-pesaing PAS sejak sekian lama. Apa sahaja berkaitan dengan Islam dan kepentingan ummah, maka PAS akan bersama membantu. Maka untuk al-Quds yang mulia, PAS akan menggalang seluruh kekuatan yang ada untuk membantu! - HARAKAHDAILY 28/1/2018

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) mengesahkan akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) dengan pendirian dan strategi sendiri bersama-sama Gagasan Sejahtera (GS) serta bersedia untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) atau kedua-duanya di mana-mana kawasan yang bakal ditandingi.
 
Sehubungan itu PAS menegaskan bahawa sebarang pandangan atau ulasan yang dibuat oleh mana-mana individu, sama ada dari luar mahupun dalam PAS, yang membawa maksud kononnya wujud atau akan wujud Kerajaan Campuran (UG) antara PAS dengan BN adalah bersifat peribadi dan hipotetikal semata-mata, tidak sama sekali mewakili pandangan atau pendirian PAS dan GS.
 
PAS juga mengesahkan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang perbincangan atau keputusan di mana-mana peringkat Parti untuk menubuhkan Kerajaan Campuran (UG) dengan BN ataupun PH dalam konteks PRU 14, sama ada sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
 
Dalam pada itu, perlu juga ditegaskan bahawa PAS tetap mengekalkan amalan budayanya untuk membuat sesuatu keputusan penting termasuk isu kerjasama ataupun tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak secara demokratik dengan mendapat persetujuan ahli-ahli terlebih dahulu melalui satu Muktamar Khas sebelum ia disahkan oleh Majlis Syura Ulamak dari sudut kepatuhan Syarak.
 
Dalam menghadapi PRU 14, PAS berpandangan rakyat tidak seharusnya dihadkan dengan pilihan umpama ‘hitam dan putih’ antara BN dan PH sahaja tanpa mengira aspek benar atau tidak kedua-duanya, sebaliknya mereka perlu diberikan hak untuk membuat pilihan-pilihan lain termasuk PAS/GS tanpa perlu dipaksa atau ditakutkan tentangnya.
Terimakasih
 
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung
 
Bertarikh: 28 Januari, 2018 - HARAKAHDAILY 28/1/2018

LAJNAH Pendidikan PAS Negeri Johor ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dato Seri Mahadzir Khalid yang telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan bagi warga pendidik di seluruh Malaysia baru-baru ini.
 
Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid yang bernada ugutan terhadap warga pendidik dan mahu mengambil tindakan disiplin terhadap guru menyokong parti pembangkang, menunjukkan taraf seorang menteri seolah-olah memiliki sikap tidak bertamadun dan hilang nilai profesionalisme dalam diri.
 
Kenyataan seperti ini menggambarkan sikap yang cukup terdesak serta 
menggambarkan Umno  berada di ambang ketakutan dan bimbang akan kehilangan sokongan guru dalam PRU 14.
 
Pendidik menggesa supaya Menteri Pendidikan Malaysia dan KPM berhenti mengugut guru atau melampiaskan 'dendam politik' terhadap warga pendidik yang berdedikasi dan telah  banyak menabur jasa mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Guru adalah golongan cerdik pandai yang ditugaskan mendidik anak bangsa bukan seperti lembu dicucuk hidung dan hanya menurut arahan tanpa berfikir.
 
Harus diingat, guru adalah rakyat Malaysia yang boleh menyokong atau memilih mana-mana parti politik yang sah dan berdaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jangan mengongkong minda dan jiwa warga pendidik dengan penjajahan alaf baru yang merugikan negara.
 
Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor ingin menegaskan bahawa kenyataan naif seperti ini akan menyebabkan warga pendidik semakin bertambah benci dengan Umno dan bukan sebaliknya.
 
 
NORMALA SUDIRMAN
Pengerusi Lajnah Pendidikan 
Badan Perhubungan Negeri Johor - HARAKAHDAILY 28/1/2018

CADANGAN kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah perumahan perlu diteliti sebaiknya malah, PAS pernah menggesa supaya tabung pinjaman perumahan tanpa faedah di atas prinsip 'Qard Al-Hassan' dikemukakan oleh pihak kerajaan.
 
Perumahan, khususnya perumahan mampu milik kepada golongan M40 dan B40 adalah antara golongan yang tersepit dengan isu pemilikan tempat tinggal yang kini dilihat masih belum mampu milik. 
 
Sedang Ia merupakan keperluan paling asas kepada rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan polisi yang terbaik dan berpandukan prinsip syari'ah.
 
Tabung pinjaman perumahan tanpa faedah ini akan berfungsi meringankan beban para prospek pembeli rumah sekaligus menyediakan ruang kemudahan bagi mereka memiliki unit kediaman kelak. 
 
Walaupun ini bukanlah 'solely factor' terhadap isu lambakan perumahan hari ini, namun langkah yang lebih jitu dan strategik dalam menangani hal ini perlu digerakkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat.
 
Kita perlu memahami bahawa lebih separuh daripada 89.1 peratus hutang isi rumah kepada KDNK pada 2015 adalah disebabkan pembiayaan kepada perumahan dan harta tanah. Ia menjadi faktor terbesar yang perlu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. 
 
Selain berdepan masalah bekalan rumah yang berstatus 'mampu milik', masalah harga rumah yang tinggi dan tidak sepadan dengan kedudukan semasa gaji golongan sasar di samping ruang pembiayaan perumahan yang menekan menjadi faktor utama menyumbang kepada masalah perumahan di negara ini.
 
Justeru, PAS konsisten dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya turut mempertimbangkan langkah menyediakan tabung pembiayaan perumahan berkonsepkan 'Qard Al-Hassan' (tanpa faedah) sebagai salah satu langkah memudahkan pembeli memperoleh rumah kediaman.
 
 
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 JamadilAwal 1439 | 28 January 2018 - HARAKAHDAILY 28/1/2018

SOMBONG dan takbur sekali nampaknya Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, waktu berucap dalam majlis Sidang Media Pelancaran Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak di Ipoh pada 25 Januari 2018 yang saya dengar rakamannya sekejap tadi.
 
Kata Syed Saddiq, tanyalah mana-mana pimpinan tertinggi PH sekalipun, mereka akan berkata bahawa PH sudah confirmed menang di Perak dan Kedah dalam PRU 14, selain turut confirmed akan menang di Selangor dan Pulau Pinang.
 
Kata Syed Saddiq lagi, beliau yakin jika kejayaan datang di Perak, maka kejayaan tersebut akan sampai ke seluruh Malaysia dan PH akan berjaya menawan Putrajaya dalam PRU14 kerana uniknya Perak ini ia berbilang bangsa dan berbilang agama.   
 
Kesimpulan dari ucapan Syed Saddiq ini adalah, bagi beliau dan bagi mana-mana pimpinan tertinggi PH lain, PH sudah confirmed akan berjaya menawan Putrajaya kerana PH sudah confirmed akan berjaya menawan Perak.
 
Sombong dan takbur Syed Saddiq ini seolah-olah mahu mendahului ketetapan Allah pula sedangkan di dalam al-Qur’an sendiri, contohnya di dalam Surah al-Nahl: 23, ada disebutkan betapa“sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur”. 
 
Apalah gunanya kemenangan itu, wahai Syed Saddiq, jika ia adalah ibarat “menang sorak kampung tergadai”? Tidakkah anda selaku, Ketua Pemuda PPBM, tahu bahawa di dalam projeksi DAP Perak, PPBM hanya akan menang di tiga kerusi DUN sahaja di Perak?
 
Tidakkah anda tahu, wahai Syed Saddiq, bahawa, di dalam projeksi DAP Perak, yang akan berkuasa dalam Kerajaan PH Negeri Perak jika PH menguasai DUN Perak pada PRU14 adalah bukan Melayu bukan Islam?
 
Tidakkah anda tahu, wahai Syed Saddiq, bahawa yang berkuasa di dalam Pakatan Harapan Negeri Perak adalah pemimpin DAP, bukannya pemimpin PPBM, atau PAN, walaupun Pengerusi PH Negeri Perak adalah Pengerusi PPBM Negeri Perak?
 
Dr Muhaimin Sulam, selaku Ketua Sekretariat PH Negeri Perak dulu, mungkin boleh ceritakan betapa PH Negeri Perak dulu beroperasi dari Pejabat PAS Perak, di mana Setiausahanya juga adalah pemimpin PAS Perak, Dr Khairudin Abdul Malek.
 
Bandingkan pula keadaannya sekarang di mana PH Negeri Perak kini beroperasi dari Pejabat DAP Perak dan di mana Setiausahanya juga adalah pemimpin DAP Perak yang turut merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, iaitu V Sivakumar.
 
Teringat pula saya kepada peribahasa “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”.
 
Petikan ucapan Syed Saddiq:
 
“Walaupun saya ini orang Johor ya, tapi saya takut sikit kat Johor, sebab kalau tengok ni bukan cakap syok sendiri, kat Perak ni rasa macam dah confirmed boleh menang. Ini seriuslah, tanyalah mana-mana pimpinan tertinggi, dia ada beberapa negeri yang, dua negeri memang confirmed kita akan menang, Selangor dengan Penang, dan selepas itu orang kata apa lagi dua negeri, kalau kita kena rank lagi dua negeri tu orang kata Perak, Kedah, right after that. Dan memang Perak Kedah ni dah confirmed menang, sekarang ni statusnya pun kita dah menang.”HARAKAHDAILY 27/1/2018

More Articles ...