17
Wed, Jul
41 Artikel Baru

KUALA LUMPUR: Kluster Undang-undang Jabatan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro-DPPM) telah menganjurkan Activate Seminar - Pemerkasaan Peguam Muslim 1.0, kelmarin dahulu.
 
Dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPPM dan Muslimat Legal Team Dewan Muslimat PAS Malaysia, program ini telah dilangsungkan di Wisma Sejarah, di sini.
 
Dihadiri sekitar 100 peserta dalam kalangan profesion perundangan, seminar ini membincangkan isu-isu semasa bidang guaman antaranya RUU Kesaksamaan Gender dan Profesion Guaman Syarie.
 
Perasmian seminar julung kali diadakan ini telah disempurnakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin membawa ucaptama "Kebangkitan Peguam Muslim: Inilah Masanya!".
 
Turut ditampilkan adalah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang juga seorang peguam membentangkan kertas kerja bertajuk "RUU Kesaksamaan Gender: Di Mana Suara Peguam Muslim?".
 
Beliau menyifatkan penggubalan RUU tersebut sebagai cara halus untuk menyebarkan agenda Liberalisma dan kebebasan mutlak yang berselindung di balik usaha membanteras diskriminasi wanita.
 
Maklumnya, hal itu diperjuangkan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang melindungi dan mengiktiraf LGBT serta perjuangam berorientasi seks dan identiti jantina.
 
Manakala Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Dato' Zainul Rijal Abu Bakar dalam pembentangannya mendesak supaya RUU Profesion Guaman Syarie digubal segera di Parlimen.
 
Hal tersebut kemuka beliau, adalah disebabkan berlakunya ketidakseragaman berkaitan guaman Syarie selain bertujuan untuk mengawal selia profesionalisma berkaitan di cabang tersebut.
 
Sementara Peguambela dan Peguamcara, Yusfarizal Yussoff dalam pembentangannya mengangkat keperibadian Prof Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim untuk dicontohi peserta.
 
Penutup program disempurnakan Pengarah JUHAM, Wan Rohimi Wan Daud yang turut membentangkan resolusi seminar agar menjadi tindakan susulan para peserta. - HARAKAHDAILY 30/4/2019 
IMG 20190430 WA0044
IMG 20190430 WA0042
IMG 20190430 WA0041

DUA pemimpin Melayu DAP, iaitu Syahredzan Johan yang merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan Farhan Haziq yang merupakan Ketua DAPSY Subang, membantah tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan terhadap Forum "Malaysia dan Statut Rome".
 
Kata mereka, PDRM mempunyai budi bicara untuk tidak memulakan siasatan walaupun ada laporan-laporan polis yang telah dibuat, apatah lagi sekiranya laporan-laporan polis yang dibuat langsung tidak berasas kerana hakikatnya forum tersebut adalah forum ilmiah.
 
Laporan-laporan polis dibuat kerana adanya kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, malah mereka sendiri tidak berani menyatakan dengan pasti bahawa laporan-laporan polis itu tidak berasas.
 
Tiada apa yang perlu ditakutkan sekiranya benar kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak berniat membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, tidak perlulah diganggu tugas PDRM dan dipertikai kebijaksanaan PDRM membuat keputusan.
 
Antara kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam forum ini adalah:
(1)   Mendakwa Raja-Raja Melayu tidak memberi perkenan kepada ratifikasi Statut Rom kerana mahu melindungi diri mereka dari jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan.
(2)   Mendakwa Raja-Raja Melayu dari Johor ke Perlis bukan keturunan Raja sebenarnya tetapi adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja oleh British.
(3)   Mendakwa Raja-Raja Melayu makin meluas menentang, menceroboh dan melanggar perlembagaan negara, termasuk dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara.
 
Saya sendiri dan ramai lagi rakyat Malaysia mahu tahu apakah kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam forum ini berasas atau tidak kerana pihak yang menyatakannya tidak memberikan bukti-bukti yang jelas dan terperinci ke atas kenyataan-kenyataan ini.
 
Bila pemimpin Melayu DAP membantah tindakan PDRM memulakan siasatan terhadap kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, ia hanya akan mengukuhkan persepsi DAP tidak mesra Raja-Raja Melayu. - HARAKAHDAILY 30/4/2019

KUALA LUMPUR: Peguam Muslim mesti memiliki perancangan strategik untuk menerajui sektor kritikal negara termasuk antaranya bidang perundangan yang sangat berkait dengan kewajipan menegakkan keadilan.

Seruan tersebut dinyatakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika berucap merasmikan Activate Seminar Pemerkasaan Peguam Muslim 1.0 di Wisma Sejarah, di sini kelmarin.

Menurut beliau, para Peguam Muslim menggalas tugas untuk mengangkat martabat Islam dengan memastikan keadilan Islam ditegakkan dalam sistem perundangan negara serta tidak bertentangan dari ajaran agama.

"Ini bagi menjunjung Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Tugas ini berat, lebih-lebih lagi apabila profesion perundangan kini dikuasai golongan Liberal dan yang anti perundangan Islam.

"Kebelakangan ini, terdapat berbagai usaha dilakukan bagi merendahkan martabat perundangan Islam dan mengekang pelaksanaan Islam dalam bidang perundangan.

"Beberapa keputusan penghakiman yang dibicarakan di mahkamah mula menerapkan unsur Hak Asasi Manusia mengikut tafsiran antarabangsa yang bersifat universal dan tidak mengikut tafsiran setempat bersifat 'cultural relativism'.

"Sekali gus memberikan kesan kepada kedudukan Islam di negara ini," ujarnya turut mengimbas halangan pihak tertentu ke atas usaha pindaan Akta 355 dan meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

Katanya, mereka bahkan bertindak menyaman usaha pindaan akta itu, selain memiliki kedudukan dalam Majlis Peguam di mana telah mendapat sokongan kuat pihak yang memegang tampuk kuasa dalam Kerajaan Malaysia Baharu.

Beliau turut menyentuh isu lantikan kuasa tertinggi di bidang itu kepada bukan Islam yang menyaksikan wujud desakan menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa yang boleh memberi kesan kepada Islam dan Bumiputera.

Termasuk dihadapkan beliau iaitu isu graduan undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang perlu melalui Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), sedangkan sudah lebih 10 tahun permohonan pengecualian dibuat.

Sebaliknya kemuka Ir Khairil, pengiktirafan mudah diberi kepada Sister In Islam yang membawa salah faham terhadap agama, malah difatwakan menyeleweng dan sesat, termasuk terbaru cuba menggubal Akta Kesamaan Gender.

Demikian itu kata beliau, hal-hal tersebut menjadi cabaran kepada para Peguam Muslim untuk terus memastikan kedaulatan Islam terkawal melalui bidang perundangan.

"Harus menjadi suara paling vokal dan aktif mempertahankan Islam dari diusik golongan-golongan ini dan perlu menguasai posisi-posisi strategik agar menjadi suara semak dan imbang memastikan kedaulatan Islam di bidang perundangan terjamin.

"Tingkatkan pengetahuan diri dalam semua cabang perundangan, kemahiran advokasi, juga pemahaman dalam syariah, fiqh, usul fiqh, tafsir Quran dan Hadis supaya menjadi hujah dalam menghadapi musuh Islam.

"Juga perlu menyusun atur rancangan ligitasi strategik bagi kes tertentu; melibatkan tafsiran Perlembagaan dan undang-undang berkaitan Islam dalam usaha mengembalikan martabat Islam," ujarnya.

Seru beliau, para Peguam Muslim perlu mengukuhkan kekuatan kerjasama dengan menyertai kumpulan atau persatuan, selain penglibatan aktif serta tidak berpeluk tubuh dan melihat musuh Islam mencemari sistem perundangan.

Tambahnya lagi, PAS berjuang untuk meletakkan keadilan bersama roh dan semangatnya dalam sistem perundangan negara yang sangat berhubung kait antara kuasa kehakiman dengan kuasa legislatif.

Apatah lagi menurutnya, sejarah membuktikan Tanah Melayu pernah mengangkat perundangan Islam di mana wujud elemen hudud dan takzir dalam Risalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

"Sehinggalah penjajah British menandatangani Perjanjian Pangkor 1874. Itulah titik hitam sistem perundangan Islam. Lahirnya sekularisme. Semua bab perundangan, pengurusan negara diletak bawah Residen.

"Sultan-sultan dikecilkan kuasanya kepada perkara bersifat juzuk Islam. Sebab itu para ulamak bangun menentang hingga syahid. Ulamak berkumpul di Gunung Semanggol Mac 1948 melahirkan Hizbul Muslimin.

"Kemudian dipadamkan dari sejarah, seterusnya perjuangan ulamak membawa kepada penubuhan PAS 1951. Banyak sebelumnya mereka ditangkap bawah Ordinan Darurat. Mereka juga memperjuangkan kemerdekaan.

"Maka tertubuhnya PAS adalah bagi meneruskan perjuangan para ulamak untuk mendaulatkan Islam yang merupakan puncak keadilan di Malaysia khususnya," ujarnya jurutera muda ini.

Usaha itu perjelasnya, telah disambung para bijaksana dalam PAS antaranya Almarhum Prof Dr Ahmad Ibrahim yang menubuhkan Mahkamah Syariah di mana tidak boleh diganggu perundangan sivil menurut Perkara 121(1A).

Kata Ir Khairil, walaupun Mahkamah Syariah merupakan 'anak tiri' perundangan Malaysia, setidak-tidaknya menjadi titik permulaan menggerakkan sistem keadilan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 29/4/2019

APABILA Senator Nga Hock Cheh daripada DAP mencadangkan agar digugurkan perkataan agama daripada kad pengenalan, ia seperti beliau langsung tidak prihatin dengan sensitiviti rakyat negara ini dengan membangkitkan isu yang begitu sensitif.

Ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak prihatin serta tidak peka dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kenyataan sebegitu sememangnya akan membangkitkan kemarahan orang ramai malah beliau dilihat seperti cuba menguji tahap kesabaran masyarakat.

Tidakkah beliau sebagai seorang peguam dan ahli politik tahu isu sebegini cukup sensitif, boleh mendatangkan kesan negatif serta memudaratkan masyarakat jika tidak ditangani dengan cermat dan bertanggungjawab? Untuk apa beliau membangkitkan isu sebegini? Ternyata dengan membangkitkan isu ini, beliau sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai dan berniat jahat.

Lebih memburukkan keadaan, beliau juga mencadangkan agar dibuka kedutaan di Israel? Apakah beliau sedar Israel adalah negara penjajah yang langsung tidak mematuhi undang-undang antarabangsa? Apakah beliau tidak sedar Israel menzalimi, menindas, menghalau rakyat Palestin dari rumah dan tanah air mereka sendiri?

Apakah beliau tidak sedar Israel seribu kali lebih teruk dari apartheid yang telah hapus di Afrika Selatan? Apakah beliau tidak sedar ketika Israel mengajak satu dunia memperingati ‘Holocaust’ kerana kezaliman Hitler dan Nazi ke atas orang Yahudi? Israel sebenarnya sejuta kali lebih zalim daripada Hitler dan Nazi malah perbuatan mereka ke atas rakyat Palestin lebih zalim dan keji dari peristiwa ‘Holocaust’.

Apakah Nga Hock Cheh menyokong Israel maka disebabkan itu beliau mencadangkan agar dibuka kedutaan di Israel? Apakah beliau menyokong pengganas Israel yang menjajah, membunuh, melanggar undang-undang malah menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah dan negaranya sendiri?

Semenjak DAP menjadi sebahagian daripada Kerajaan dan parti komponen dalam PH yang memenangi PRU14 yang lalu, kita boleh lihat banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan mereka yang mencetuskan kontroversi. Apa lagi yang DAP mahu sebenarnya, tidak cukup lagikah permainan politik yang kotor dan keji sebegini dimainkan ?

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 29/4/2019

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dengan keputusan YB Menteri Dalam Negeri untuk mengekalkan status agama dalam kad pengenalan.

Perkara yang dibangkitkan oleh Senator DAP di Dewan Negara pada Rabu lepas tidak wajar dibangkitkan. Isu ini sudah terdapat ketetapan dan ia juga bertujuan untuk menjaga keutuhan perpaduan kaum di Malaysia.

Mengapa DAP sengaja mahu mencetuskan konflik perkauman dengan menyentuh asas-asas kenegaraan sekarang?

Status agama dalam kad pengenalan bukan menunjukkan rasisme. Adakah salah identiti kaum atau agama bagi menunjukkan seorang rakyat Malaysia?

Tidakkah kita sedar keunikan Malaysia ialah kepelbagaian ras dan agama yang hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain?

Tambahan pula, status agama dalam kad pengenalan boleh memudahkan pelbagai urusan terutama yang melibatkan urusan prosedur perundangan.

Kepelbagaian agama dan kaum tidak menjadi penghalang kepada identiti nasional.

Lebih membimbangkan sekiranya identiti nasional akan menjadikan rakyat melupakan asal usul sesuatu adat warisan, malah lebih buruk lagi menghakis pegangan agama.

Adakah tindakan DAP mahu membawa kepada kesamarataan semua rakyat dan menghilangkan hak-hak istimewa sesuatu kaum khususnya Melayu seperti dijamin dalam Perlembagaan?

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Sya’ban 1440 | 30 April 2019 – HARAKAHDAILY 30/4/2019

 

KEWUJUDAN status agama dalam kad pengenalan adalah penting dari sudut undang-undang dan perlembagaan. Di antaranya adalah untuk urusan yang berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

fathi topSelain itu status agama juga membantu dalam urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang kekeluargaan. Misalnya dalam soal pendaftaran perkahwinan.

Bagi penguatkuasaan undang-undang Islam pula, status agama amat memudahkan pihak penguatkuasa menjalankan tugas. Kita tidak mahu bukan Islam tersalah menjadi pihak yang ditangkap atas kesalahan syariah seperti makan di tempat awam sewaktu bulan Ramadan.

Tuduhan yang mendakwa maklumat status agama dalam kad pengenalan adalah satu amalan rasis amatlah melulu. Rasis adalah soal kebencian yang dibina atas dasar kaum. Mustahil semata-mata wujud maklumat agama, semua orang jadi pembenci. Ia hujah yang tidak masuk akal.

Perlu diingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dibina atas kesepakatan pelbagai kaum. Antara kesepakatan yang telah diikat adalah beberapa keistimewaan yang berasaskan kaum seperti Perkara 153. Selain itu Islam adalah agama Persekutuan di bawah Perkara 3. Jadi kewujudan status agama sekadar untuk mengesahkan dan melaksanakan peruntukan Perlembagaan.

Adalah diharapkan agar kerajaan menumpukan soal kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara daripada menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan keresahan rakyat. Isu seperti status agama dalam kad pengenalan ini tidak seharusnya timbul. Ia sekadar untuk memudahkan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang. Selama ini ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah pun.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
UTMKL
29 April 2019 – HARAKAHDAILY 29/4/2019

PEMBUBARAN pasukan siasatan khas PDRM iaitu STAFOC, STAGG dan STING sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula PRDM perlu dikaji semula keputusannya oleh Kerajaan. Pasukan elit berkenaan telah berbukti keberkesanannya sejak ditubuhkan dalam membanteras jenayah terancang, kongsi gelap, penyeludupan serta pemprosesan dadah.

KhalilHadiPembubaran pasukan elit tersebut yang dirasakan keputusan yang tidak tepat serta tidak kena pada masanya berikutan masih terdapat lagi kegiatan kongsi gelap, jenayah terancang, penyeludupan serta memproses dadah yang agak membimbangkan walaupun masih terkawal dan banyak yang telah berjaya dibanteras oleh PDRM.

Semenjak penubuhan pasukan elit khas terbabit, secara umumnya boleh dilihat kejayaan pasukan terbabit di dalam operasi mereka dalam membanteras kegiatan jenayah di seluruh negara. Banyak kegiatan kongsi gelap dan jenayah terancang ditumpaskan serta aktiviti pemprosesan dan penyeludupan dadah ditewaskan dengan rampasan mencapai jumlah yang cukup besar hingga mencecah puluhan juta ringgit.

Dengan banyak kejayaan yang diperolehi oleh pasukan elit khas ini sejak penubuhannya, adalah lebih wajar mengekalkan pasukan-pasukan tersebut daripada membubarkannya. Adalah menjadi kebiasaan pembubaran sesebuah pasukan jika ianya tidak berkesan, tidak efektif atau tidak mencapai objektif penubuhannya namun membubarkan pasukan yang berjaya dan cukup berwibawa adalah keputusan yang tidak tepat malah cukup meragukan.

Kita tidak mahu Kerajaan membubarkannya tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam serta sebab yang munasabah. Kita juga tidak mahu Kerajaan tunduk pada tekanan mana-mana pihak dalam menyelia urus tadbir PDRM. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam PDRM namun ia boleh diperbaiki dan di atasi kelemahan tersebut.

Walaupun PDRM sedang melalui fasa penstrukturan semula, adalah lebih baik mengekal pasukan elit khas yang terbukti keberkesanannya daripada membubarkannya.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 28/4/2019

More Articles ...