NGO Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengutuk perbuatan biadap seorang netizen bernama Foo Sing Wai yang telah menghina junjungan mulia, Rasululah SAW dan isteri Baginda SAW dalam posting Facebooknya.

roslanesaSambil menyifatkan ia satu provokasi biadap dan melampaui batas serta mengheret sentimen agama, perbuatan Foo Sing Wai ini merupakan satu kebiadapan dan benar-benar menghina serta mencabar kesabaran umat Islam.

Tindakan bodoh ini bagi kami terhasil kerana sifat prejudis dan anti Islam individu tersebut, apatah lagi dalam carian, menyatakan bahawa individu ini didakwa ahli DAP.

GENERASI melihat, ia satu perbuatan sengaja menyalakan api perbalahan dan memarakkan rasa benci kepada Islam dan doktrinasi Islamophobia.

Sehubungan itu, kami menggesa pihak keselamatan khasnya pihak Polis segera mengambil tindakan ke atas Foo Sing Wai ini kerana keceluparan melampau.

Kami tidak teragak-agak mengerahkan seluruh umat Islam mengadaka bantahan besar-besaran atas isu ini demi menjaga serta mempertahankan kemulian dan keagungan baginda Rasulullah SAW.


GENERASI sekali lagi melaungkan amaran agar non-Muslim tidak terus melakukan provokasi melampau ini kerana kesabaran umat Islam ada batasnya.

Memangkin Impian Generasi

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO GENERASI
19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

KEKECEWAAN dalam kalangan ahli kariah masjid di negeri ini terhadap bayangan yang menjurus kepada campur tangan politik sudah tidak dapat dibendung lagi. Rata-rata sedang mempersoal 'lantikan politik' yang dilihat sedang dicatur ke institusi umat Islam itu.

Hakikat ini sukar dinafikan, tetapi berkembang menjadi persepsi lantaran pihak bertanggungjawab hingga kini gagal memberi penjelasan atau menanganinya. Paling menjadi buah mulut apabila senarai nama dipaparkan menunjukkan individu-individu dari parti politik sama.

Pengaruh politik terutama melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga dimaklumkan bertindak 'mencengkam' hingga cuba menentukan pelantikan Jawatankuasa Masjid. Sikap 'gila kuasa' pihak terbabit telah menimbulkan ketidakharmonian dan membibitkan perpecahan dalam masyarakat akar umbi.

'Wacana' rakyat semakin panas berikutan lantikan juga dibuat melibatkan individu yang mempunyai ikatan atau hubungan kekeluargaan. Antara paling ketara, Ketua Wanita PAN Melaka, Datin Mahani Othman Basir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka (PZM).

Walhal, beliau adalah isteri kepada Exco Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Sofi Abdul Wahab yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Keadaan itu mendedahkan kepada kewujudan konflik kepentingan amat berat yang boleh mempengaruhi integriti dan peranan.

Ini kerana PZM adalah antara agensi yang berada di bawah MAIM itu sendiri. Apakah pimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari sedia berhadapan kecurigaan dan kemungkinan berkaitan salah guna kuasa, penyelewengan dan pelbagai skandal yang berisiko terjadi?

Adly tidak harus meletakkan pentadbirannya pada situasi perangkap atau jerat sendiri. Kerajaan tidak harus menjadi seperti 'kabinet dapur' atau berurusan 'dalam selimut' yang pasti berlaku kepincangan. Budaya kronisme dan nepotisme mesti dikuburkan agar tidak wujud lagi.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

USTAZ HJ AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - HARAKAHDAILY 19/2/2019

AKHBAR The Star hari ini membawa tajuk utama muka depan “The numbers game is on”, dan disebut “A race to get more MPs on their side in Parliament is gaining momentum following whispers of a coup being mounted to unseat Tun Dr Mahathir Mohamad as Prime Minister.”

Maksudnya masing-masing parti sedang berebut bilangan kerusi. Perebutan untuk mendapatkan suara teramai di Parlimen sedang berlaku berikutan desas-desus “rampasan kuasa” untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

roslanIni bukan pembohongan PAS sebagaimana dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahupun fitnah dan palsu sebagaimana dakwa Lim Guan Eng. Ianya dilaporkan oleh The Star bukannya Harakah dan The Star bukan menceduk sumber dari PAS tetapi desas-desus di luar sana.

Mengapa Anwar dan Guan Eng marahkan PAS dan desak supaya PAS pula yang kemukakan bukti “rampasan kuasa” itu?

Isunya jika berlaku ketidakyakinan dan hilang kepercayaan terhadap Tun sebagai Perdana Menteri, sudah pastilah ia akan berpunca dan bermula dari kalangan Pakatan Harapan sendiri. Undi tidak percaya dari blok pembangkang tidak mampu jatuhkan Tun kecuali ia datang dari dalam kerajaan.

Apabila Tun umumkan partinya menerima beberapa Ahli Parlimen Umno sebagai ahli Bersatu, DAP dan PKR yang berang dan marah. Apabila Tun umumkan partinya mahu melebarkan sayap ke Sabah sekaligus mejadi wadah menerima ahli-ahli Parlimen Umno Sabah yang lompat meninggalkan Umno, DAP dan PKR juga yang naik angin.

Sepatutnya yang buat penafian adalah Anwar dan PKR serta Guan Eng dan DAP bukannya PAS.

Anwar dan Guan Eng perlu ke hadapan mengisytiharkan yang parti mereka akan terus menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dan tidak melihat sebagai ancaman usaha Tun untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam Parlimen.

Kenapa Anwar dan Gun Eng senyap?

Kecuali memang PKR, DAP dan Pan tidak senang dengan Tun dan beberapa langkah politiknya kebelakangan ini. Tun kini dilihat sebagai ancaman serta liabiliti lantas usaha perlu diambil untuk menghentikan pengaruh Tun itu. Anwar perlu naik sebagai PM. Adakah begitu?

Kenapa Anwar dan Gun Eng senyap? Inilah desas-desus yang dikutip oleh The Star dan pihak media. Ia bukannya berpunca dari PAS tetapi dari dalam PH.

Anwar dan Guan Eng bersuaralah.

PAS sekurang-kurangnya telah bersuara mahu Tun kekal PM hingga PRU15. Anwar dan Guan Eng? – HARAKAHDAILY 19/2/2019

SAYA terkilan perasaan syok sendiri Menteri Kewangan dalam kenyataan medianya bertarikh 16 Februari 2019. Beliau hanya menggambarkan beberapa perkembangan positif sehingga mengabaikan keseluruhan prestasi ekonomi sepertimana yang telah didedahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 14 Februari 2019.

khairuddinattakiriOleh itu, apa yang didakwa olehnya sebagai kejelasan polisi kerajaan dalam membantu pertumbuhan ekonomi adalah separuh benar (half truth).

Permintaan dalam negeri secara keseluruhannya perlahan. Pertumbuhan masih dijana oleh penggunaan swasta (8.5 peratus) ekoran tempoh ‘tax holiday’ pada Suku Ketiga 2018.

Walaupun begitu, pelaburan swasta atau perbelanjaan modal tetap tidak memberangsangkan bagi seluruh sektor ekonomi. Bagi penggunaan dan pelaburan awam juga menunjukkan trend penurunan disebabkan oleh perbelanjaan bekalan, perkhidmatan dan modal terus rendah.

Dari aspek penawaran, setiap sektor ekonomi hanya menunjukkan perubahan yang marginal. Tiada apa-apa perubahan drastik melainkan bagi sektor perlombongan ekoran daripada pengeluaran kembali aktif setelah berlaku penutupan loji pengeluaran bagi tujuan penyelenggaran.

Sektor pertanian dan sektor pembinaan bagi subsektor kejuruteraan awam dan subsektor kediaman terus gagal dipulihkan.

Walaupun purata inflasi keseluruhan iaitu 1.0 peratus iaitu kadar paling rendah sejak tahun 2009, Kementerian Kewangan juga harus mengakui ia adalah disebabkan oleh inflasi bukan teras iaitu harga petrol RON95 dan diesel.

Sebaliknya, inflasi teras meningkat kepada 1.6 peratus. Kadar inflasi yang rendah adalah kerana kemerosotan pada permintaan bukan disebabkan oleh penurunan kos pengeluaran.

Mengenai hutang Kerajaan Persekutuan, berdasarkan data yang dikemukakan oleh BNM, jumlah keseluruhan hutang berakhir Disember 2018 adalah RM741 bilion. Hal ini bermakna, berlaku peningkatan sebanyak RM54.2 bilion berbanding tahun 2017 (RM686.8 bilion).

Walaupun pelbagai bantuan rakyat telah disekat, jumlah tetap meningkat. Bagaimana dengan Tabung Harapan? Mengapa jumlah perbelanjaan pembangunan menokok mendadak daripada RM43 bilion kepada RM55.3 bilion? Ke mana perginya perbelanjaan tersebut?

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
19 Februari 2019 | 14 Jamadilakhir 1440 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

NIBONG TEBAL: Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Acheh telah mengadakan Majlis Istighasah Zikir Munajat yang julung kalinya dilangsungkan di premis baru, Dewan Haji Abdul Rahman Mahyiddin, di sini semalam.

Lebih 100 peserta hadir pada program berkala bulanan itu yang telah dimulakan sejak 13 April 2017 lagi dari rumah ke rumah ahli-ahli PAS dalam kawasan itu.

Pengisian utama majlis tersebut menggunakan kitab Mafatih an-Nasr yang disusun oleh Naib Ketua Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Rijaluddin Yahya.

Kitab ini mengandungi surah-surah pilihan, wirid harian, hizb-hizb susunan para ulamak muktabar, selawat serta doa yang amat baik dijadikan amalan para amilin di jalan Allah S.W.T

Pengarah MTD Sungai Acheh, Nor Zamri Latifg berkata, majlis tersebut dapat berjalan secara istiqamah sejak mula diadakan dan berharap menjadi rutin atau amalan ahli PAS di situ.

Ustaz Rijaluddin sendiri turut menyeru agar segala panduan dalam kitab tersebut dijadikan amalan harian dan program jamaie seperti qiyamullail, katibah, liqa' fikri, tamrin dan seumpamanya.

Sementara itu, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Shukri Che Yunus turut menyampaikan taujihat yang menyeru ahli supaya istiqamah mendaulatkan syariat Allah.

Menurutnya, kekuatan rohani penting dalam menghadapi cabaran cukup besar perjuangan Islam yang didukungi.

Turut diadakan sempena majlis itu adalah tayangan skrin memaparkan aktiviti MTD Sungai Acheh serta sejarah program istighasah tersebut. - HARAKAHDAILY 19/2/2019  

IMG 20190219 WA0017

IMG 20190219 WA0016

KAMI Pertubuhan Pendukung & Pencinta Ulamak @ Geng Ustaz mengecam serta mengutuk perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda SAW sebagaimana yang dilakukan oleh seorang yang berbangsa cina bernama Foo Sing Wai.

Perbuatan Foo Sing Wai ini merupakan satu kebiadapan dan benar-benar menghina serta mencabar kesabaran umat Islam. Perbuatan yang bodoh ini akan mengundang kemarahan dan kebencian umat Islam kepada bangsa Cina apatah lagi manusia celaka ini dikata ahli DAP yang sememangnya anti-Islam.

Kami Geng Ustaz meminta pihak berwajib PDRM mengambil tindakan yang amat tegas dan juga menyeru kepada umat Islam di seluruh negara bangkit membuat bantahan dan kecaman demi menjaga serta mempertahankan kemuliaan dan keagungan baginda Rasulullah SAW.

Akhirnya sekali lagi kami Geng Ustaz menyatakan dengan tegas bahawa kami mengecam dan mengutuk perbuatan yang kami sifatkan sebagai bodoh dan tidak bermoral serta biadap yang dilakukan oleh Foo Sing Wai.

USTAZ NORAZLI MUSA
Presiden Geng Ustaz
Selasa, 19 Feb. 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019

LIM Guan Eng mungkin ingat apa yang berlaku dalam PH orang luar tidak tahu. Sebenarnya banyak rahsia yang berlaku di dalam PH sudah diketahui umum. Pergolakan yang berlaku di dalam PH membuatkan rakyat mula muak dengan PH. Itu belum lagi dikira banyak polisi yang u-turn dan janji yang disapu di bawah tikar.

Contoh jelas hari ini, belum lagi mesyuarat Majlis Presiden PH, PKR awal lagi telah sebut akan bertanding di Rantau dan umum kerusi Rantau sememangnya milik PKR tetapi bila Bersatu mahu lebarkan sayap ke Sabah, disuruh pula berbincang dan dibawa dahulu ke mesyuarat Majlis Presiden PH. Jika diamati, memang ada amalan double standard dan pergolakan di dalam PH.

Sebenarnya berlaku amalan “insubordination“ di dalam Kerajaan PH yang seolah-olah mencabar dan ingkar kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH. Itu belum lagi kisah PKR yang bersilat di belakang tabir berusaha merebut jawatan MB Kedah daripada Bersatu, bukankah itu mencabar Tun Dr Mahathir? Sebenarnya Kerajaan PH luaran nampak cantik tetapi hakikatnya sedang retak menunggu belah.

Di sebalik kekalutan di kalangan pemimpin PH berikutan pendedahan PAS bahawa akan berlaku pembelotan terhadap Tun Dr Mahathir, tiada satu pun pemimpin utama PH seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng mahupun Mat Sabu bertanyakan Tun Dr Mahathir sendiri untuk apakah dokumen sokongan tersebut. Lim Guan Eng seperti jaguh kampung meminta Datuk Takiyuddin Hassan pula beri bukti.

Kenapa Lim Guan Eng tidak tanya Tun Dr Mahathir sendiri untuk apa keperluan dan sebab meminta dokumen sokongan dari PAS? Sebenarnya Lim Guan Eng tidak berani tanya Tun Dr Mahathir kerana hanya akan mendedahkan pekung yang telah lama bernanah di dalam PH. Jika benar Lim Guan Eng dan DAP menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir, cabaran untuk DAP dan Lim Guan Eng, adakah mereka bersetuju dan menyokong Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga PRU15?

Lim Guan Eng dan DAP jangan ingat mereka jadi Kerajaan kerana mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat. Sebenarnya PH menang kerana sokongan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir terutamanya orang Melayu. Majoriti orang Melayu menolak DAP sejak dari dahulu lagi walaupun DAP bermati-matian cuba mendapatkan sokongan orang Melayu. Beranikah Lim Guan Eng dan DAP menyahut cabaran ini? Jika tidak berani bermakna sebenarnya memang akan berlaku seperti yang dijangka.

Lim Guan Eng usah berlagak seperti jaguh namun sebenarnya penakut, seperti lempar batu sembunyi tangan. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu buat-buat tanya pula.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia. - HARAKAHDAILY 19/2/2019

More Articles ...