AMAT menggemparkan apabila dengan sekonyong-konyong sekitar lebih sebulan lalu berlaku kejutan pertama. Kira-kira dua minggu kemudian berlaku kejutan kedua, lenyap kejutan pertama, justeru yang kedua lebih menggemparkan.

Demikian ulasan Haji Subky Latif menerusi ruangan kolumnya dalam akhbar Harakah.

Menurutnya, dalam masa sebulan itu ada pula kejutan ketiga. Lebih menggemparkan hingga kejutan kedua tidak jadi apa-apa.

"Macam gempa bumi di Palu, Sulawesi. Gempa bumi bertubi-tubi di Lombok amat tragedi. Bila berlaku gempa di Sulawesi diikuti oleh tsunami, tragedi Lombok sekalipun bukan kecil, tragedi di Sulawesi itu mengecilkan tragedi sebelumnya.

"Demikianlah politik di Malaysia berikutan tiga kejutan sebulan lalu, mengelirukan sekalian termasuk para pengamat politik dan tukang sebar media hujung jari yang tidak bermata," tulisnya.

IKUTI TULISAN PENUH SUBKY DALAM HARAKAH EDISI ISNIN DI PASARAN.

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan menyaman Kerajaan Negeri Kelantan bagi menuntut hak mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apa tujuan Kerajaan Persekutuan membawa isu itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sedangkan ia sudah lama berlaku.

“Perkara ini sudah lama berlaku. Kenapa Peguam Negara membawa isu ini masa PRK Cameron Highlands?

“Adakah Peguam Negara mahu berkempen untuk PRK Cameron Highlands? Adakah mereka tidak terfikir sebelum pilihan raya?” soal beliau ketika sidang media selepas merasmikan pSeminar Sejarah PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM, di sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, di peringkat kerajaan negeri sudah ada penasihat perundangan yang mewakili kerajaan negeri.

“Sepatutnya apa perkara perlu rujuk kepada penasihat undang-undang negeri, tidak boleh terus saman kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, sekumpulan peguam terkenal sudah bergabung untuk membela Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu itu.

“Sehingga hari ini, saya difahamkan oleh kerajaan negeri (Kelantan) sekumpulan peguam terkenal sudah bergabung untuk membela kerajaan negeri secara khidmat percuma bagi kes saman daripada Kerajaan Pusat,” katanya.

Perkara itu merupakan pertama kali dalam sejarah Kerajaan Persekutuan menyaman kerajaan negeri.

Sebelum ini, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan Putrajaya memfailkan saman terhadap Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan lima entiti swasta. – HARAKAHDAILY 19/1/2019

KESEDIAAN Kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan menyekat remaja berumur 18 tahun ke bawah daripada berkeliaran pada waktu malam untuk mengatasi masalah remaja menghidu gam wajar disokong oleh semua pihak.

Idea perintah berkurung ini telah terlebih dahulu dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menyatakan kesediaan kerajaan negeri bagi mengkaji dengan lebih terperinci pelaksanaan perintah berkurung ini.

Ia merupakan salah satu cara terbaik bagi mendidik golongan di awal remaja bagi mengatasi masalah sosial yang bukan hanya isu menghidu gam malah masalah sosial lain seperti dadah, rogol dan lain-lain lagi juga dapat dikurangkan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), lebih 2,000 pelajar sekolah dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja mengandung anak luar nikah.

Melalui pelaksanaan perintah berkurung ini, ia mampu mencegah masyarakat diawal remaja terlibat dengan pelbagai gejala sosial pada masa hadapan.

Pelaksanaan ini boleh dilakukan secara berperingkat bagi menguji keberkesanan langkah tersebut iaitu dengan menjalankan ke atas lima negeri tertinggi kes jenayah sosial antaranya Negeri Selangor.

Oleh sebab itu, langkah ini merupakan jalan terbaik kepada golongan di awal remaja kerana mereka bukan sahaja senang dipengaruhi malah masih memerlukan perhatian dan bimbingan terutama daripada ibu bapa mereka.

”Islam Memimpin”

SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara
18 Januari 2018 | 11 Jamadilawal 1440 – HARAKAHDAILY 18/1/2019

ALHAMDULILLAH syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T akhirnya anakanda Nur Farhana Ibrahim yang diberitakan hilang sejak 14 Januari telah ditemui selamat semalam, 17 Januari di Kuala Kangsar.

Ustazah mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) turut bersimpati atas kejadian yang berlaku, di samping mengambil kira Farhana pernah menerima rawatan akibat kemurungan.

Dalam dunia yang serba canggih ini, kemurungan atau depresi bukan suatu perkara enteng tetapi ianya harus diberikan penekanan terutama bagi ahli keluarga dan teman rapat supaya sentiasa menimbulkan suasana dan persekitaran tenang bagi membantu pesakit.

Tekanan yang dihadapi tanpa sedar boleh memberikan kesan kepada pemikiran dan tindakan seseorang.

Pada kesempatan ini, ustazah berharap agar semua pihak terutama netizen yang mengikuti perkembangan Farhana agar tidak sesekali mengeluarkan kata-kata keji dan kesat atas apa yang berlaku kerana sudah pasti kita semua tidak berada di tempatnya dan sesekali kita tidak merasai apa yang ada di lubuk hatinya.

Peliharalah adab kita di media sosial, sebaliknya berdoalah agar Farhana dikurniakan ketenangan untuk menghadapi semua ini.

Kepada anakanda Farhana, kuatkan pergantungan kepada Allah S.W.T agar sentiasa dilindungi dan dipelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pihak Kementerian Pendidikan seharusnya mengambil tanggungjawab ini untuk berusaha menyelesaikan kes sebegini termasuk guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing. Satu mekanisme mesti diambil bagi memastikan penempatan guru bertepatan dan bersesuaian dengan keadaan semasa masing-masing.

Kami berharap guru-guru dan semua penjawat awam diberikan hak yang sewajarnya bagi mengurangkan beban dan tekanan masing-masing.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Januari 2019 / 12 Jamadil Awal 1440 - HARAKAHDAILY 18/1/2019

KERESAHAN semakin hari semakin melebar sejak hari pertama kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU14 dan PRK Cameron Highlands merupakan yang pertama melibatkan kawasan Felda.

Resah teruja menanti perubahan yang mungkin membawa kepada kebaikan kepada warga Felda kerana mereka sendiri berani buat perubahan dengan memberi undi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Tidak perlu saya rungkaikan janji-janji pemimpin PH ketika berkempen, cukuplah saya nyatakan pengundi di 54 parlimen Felda bertekad membuat perubahan dengan apa yang berlaku kepada mereka selepas Felda diporakperandakan oleh kerajaan terdahulu.

Selepas lapan bulan, sudah melepasi satu tempoh lepas pantang 100 hari meraikan kemenangan PH, hari ini warga Felda seperti menyesali di atas tindakan mereka memberi kemenangan hampir separuh daripada 54 parlimen Felda.

Benar perkiraan penganalisis sebelum ini. Jika warga Felda berubah dengan kadar peratusan tertentu atau mampu menambah kemenangan jumlah parlimen, pembangkang akan menang. Tembok simpanan tetap undi Barisan Nasional dipecahkan.

Tiada satu pun keserabutan sebelum ini mampu diselesaikan secara holistik, bahkan aset-aset Felda pula diancam dilupuskan bagi mengekalkan aliran tunai yang bermasalah.

Bayaran pinjaman sara hidup bagi peneroka yang dalam proses tanam semula, bayaran pendahuluan hasil di antara masalah yang memberi kesan langsung apabila ianya tertunggak beberapa bulan.

Pemimpin negara yang ada kaitan dengan Felda dan peneroka tidak berani pijak tanah rancangan Felda. Lebih mendebarkan mereka terdengar desas desus ratusan hektar tanah mereka bakal dipajakkan kepada pihak lain (bukan ladang sawit).

Janji kertas putih pemulihan Felda dibentangkan di parlimen sesi lalu terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak tertentu kerana sebab tidak ketahui.

Bila waktu kempen PRK sekarang ini, banyak pula kenyataan-kenyataan pelik. Mereka kata duit Felda sangat mencukupi untuk mengurus bayaran kepada peneroka, duit sudah ada cuma belum diagihkan dan bermacam lagi.

Walau apapun yang mereka janjikan, warga Felda Sungai Koyan perlu beri isyarat lantang dan keras kepada kerajaan Pakatan dengan tidak memberi undi kepada mereka. Pastikan semua peti undi kawasan Felda memberi angka '0'.

Warga Felda mampu berbuat demikian. Isyarat ini akan membawa kebaikan kepada seluruh 317 tanah rancangan Felda seluruh negara. Kita mulakan di sini.

NARAZA MUDA
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS Pusat
18 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 18/1/2019

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) membidas kenyataan Lim Guan Eng yang mengugut pengundi di Cameron HighlandS kelmarin.

Mengapa ugut dengan politik pembangunan walhal acuan politik baharu yang dicanangkan adalah inklusif kepada seluruh rakyat?

Dalam demokrasi, rakyat berhak memilih tanpa dimomokkan dengan ugutan yang menjengkelkan. Perkara tersebut turut ditegur oleh BERSIH semalam.

PAS menyeru seluruh pengundi di Cameron Highlands untuk menolak parti DAP yang menggunakan politik ugut dan memperbodohkan pengundi.

Walaupun dikatakan parti demokratik, tetapi Lim Guan Eng bersikap autokratik terhadap pengundi.

LGE turut mempersoalkan bantuan peneroka Felda yang masih belum dilunaskan dan hutang Kerajaan Negeri Pahang yang tinggi.

Sebelum bermula PRK, calon DAP juga memainkan sentimen politik perkauman kepada pengundi sehingga akhirnya calon tersebut memohon maaf.

Hal ini bermakna, politik perkauman dan politik ugut adalah acuan politik baharu yang dicanangkan oleh DAP.

Setelah mereka merangkul kuasa, banyak prinsip politik yang telah dicabuli dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Jamadil Awwal 1440 | 18 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 18/1/2019

PERUNTUKAN kepada Kolej Universiti New Era tidak akan jadi isu kontroversi sekiranya peruntukan MyBrain tidak ditangguh, peruntukan kepada KUTAR tidak dimansuh dan pembayaran ansuran PTPTN tidak disukarkan.

Dalam keadaan majoriti rakyat berhadapan dengan kesukaran, mengapa Kementerian Kewangan dengan mudah memberi peruntukan khas kepada Kolej Universiti New Era?

Adakah kerana kecenderungan politik dan agenda tertentu seperti UEC?

Menteri Kewangan tidak wajar bermain dengan isu perkauman termasuk dakwaan ekstremisme.

Isu sebenarnya, menteri tidak berlaku adil dalam aspek pengagihan peruntukan kepada institusi-institusi pendidikan.

Paling sedih, bagaimana peruntukan untuk sekolah-sekolah daif di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak? Adakah mereka mendapat peruntukan lebih untuk membaiki infrastruktur dan meningkatkan kualiti pendidikan?

Menteri Kewangan seharusnya bersikap jujur kepada rakyat. Jangan membuat keputusan yang boleh mencetuskan isu perkauman. Fokus kepada prioriti pembangunan dan inklusiviti.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Jamadil Awwal 1440 | 18 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 18/1/2019

More Articles ...