21
Tue, May
32 Artikel Baru

PAS Perak bantah hina Nabi S.A.W

Nasional
Typography

PAS Negeri Perak mengecam dan mengutuk tindakan beberapa pemilik akaun Facebook (FB) yang didapati menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri Baginda S.A.W melalui karikatur sepertimana yang dilakukan oleh pemilik FB bernama Foo Sing Wai.

Tindakan ini dilihat semakin menjadi-jadi dan menguji kesabaran umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Tindakan ini dibimbangi akan mencetuskan satu suasana yang tidak baik kepada negara dan boleh mengundang rusuhan agama. Sebagai sebuah negara yang berbilang agama dan bangsa, sepatutnya isu-isu sensitif seperti ini hendaklah dielakkan, demi menjaga keamanan dan keharmonian antara kaum yang dinikmati selama ini.

Sehubungan itu, PAS Negeri Perak menggesa pihak berwajib iaitu PDRM dan SKMM untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun ini dan juga mana-mana pihak yang didapati cuba mencetuskan ketegangan agama.

PAS Negeri Perak juga menggesa kepada semua pihak yang cintakan Islam agar membuat laporan polis di daerah masing-masing bagi mendesak pihak berkuasa bertindak ke atas pemilik akaun ini.

Akhirnya PAS Perak menyatakan akan terus membuat bantahan dan kecaman sekiranya isu ini tidak ditangani dengan sebaiknya. Kami juga akan terus mempertahankan kemuliaan dan keagungan Baginda Rasulullah S.A.W.


YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 19/2/2019