Pulih integriti, ketelusan PSMB

Nasional
Typography

SAYA menggesa agensi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau Human Resource Development Fund (HRDF) yang diamanah untuk menguruskan kumpulan wang pembangunan pekerja dipulihkan integritinya dan ketelusannya.

khairuddinattakiriSejak bulan Oktober tahun lalu, YB Menteri Sumber Manusia telah menganggap PSMB sebagai ‘personal piggy bank’ ekoran terdapat beberapa penyelewengan dana serta konflik kepentingan yang telah didedahkan oleh Governance Oversight Committee (GOC).

Saya tidak bersetuju sekiranya HRDF dimansuhkan, tetapi institusi tersebut perlu dikembalikan kepada motif penubuhan asal. Levi yang dikutip dari 26,000 majikan menunjukkan peningkatan saban tahun.

Pada tahun 2017, jumlah levi yang dikutip telah mencecah RM726 juta berbanding hanya RM590 juta pada tahun 2015. Namun, dikatakan sejumlah kira-kira RM100 juta telah diselewengkan tidak termasuk keraguan pembelian hartanah di Kerinchi bernilai RM141 juta.

Semua dakwaan penyelewengan dana yang ditemui oleh GOC mesti segera dibicarakan. Elakkan persepsi negatif berlarutan kerana ia boleh merencatkan pelan pemulihan.

Oleh itu, saya mengalu-alukan pelan pemulihan institusi PSMB dan mahu supaya kegunaan dana pembangunan yang telah dilevi dimanfaatkan secara langsung kepada seluruh pekerja di Malaysia terutama dalam meningkatkan jumlah pekerja mahir menjelang 2020.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
14 Februari 2019 | 9 Jamadilakhir 1440 – HARAKAHDAILY 14/2/2019