19
Fri, Apr
35 Artikel Baru

Tun minta tolak DAP

Nasional
Typography

DARI laporan yang kita terima rata-rata pengundi di Cameron Highland (CH) memuji pemilihan bekas Pegawai Polis Ramli Mohd Noor dari keturunan Orang Asli sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Ini satu pengiktirafan dan penghargaan buat warga Orang Asli yang bakal melihat wakil mereka yang pertama menjejak kaki ke Parlimen.

Ramli sebagai anak tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman ternyata boleh diterima semua kaum termasuk masyarakat Melayu, Cina dan India tempatan.

Dan tinggal sehari sebelum mengundi ada yang mula ramalkan yang calon BN itu bakal mengekalkan kerusi BN di sana.

Tiba-tiba Perdana Menteri (PM) turun ke Cameron Highland hari ini. Dan dalam ucapannya menyebut pemilihan Ramli oleh BN semata-mata bermatlamat mahu memperdaya Orang Asli.

Tidakkah kenyataan sebegitu membangkitkan kemarahan Orang Asli termasuk warga pengundi tempatan? Ia menghina dan merendahkan calon BN.

Tetapi percayalah di saat-saat akhir sebelum mengundi ini, kenyataan Tun itu bertujuan memenangkan BN. Tun sebenarnya membantu kita.

Tun tahu calon DAP bukan anak tempatan dan pimpinan DAP menerima layanan buruk di CH. Lalu dengan berkata sedemikian beliau sebenarnya membantu mempertingkatkan lagi harapan BN untuk menang dan mengalahkan DAP yang beliau sendiri pernah cap sebagai rasis satu ketika dulu.

Orang Asli dan pengundi Cameron Highland bukalah minda dan hati anda. Calon BN adalah yang terbaik berbanding yang lain. Jangan persiakan undi anda.

Terima kasih Tun. Kami faham bahawa Tun mahu kami tolak DAP.

Esok beramai warga CH undi BN dan tolak DAP dari PH. - HARAKAHDAILY 25/1/2019