17
Sat, Aug
27 Artikel Baru

PAS utus tahniah Hari Keputeraan Sultan Kedah

Nasional
Typography

PATIK dan seluruh ahli PAS Negeri Kedah merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-77.

Sesungguhnya patik dan ahli-ahli PAS menjunjung tinggi kedudukan tuanku sebagai Payung Negeri. Patik sekalian berdiri teguh di belakang tuanku dalam memelihara dan mempertahankan kedaulatan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu serta keharmonian rakyat jelata berbilang bangsa dan agama.

Patik berdoa ke hadrat Ilahi, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan maghrifah Allah S.W.T.

Daulat Tuanku!

DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah

20 Januari 2019/14 Jamadil Awal 1440H - HARAKAHDAILY 20/1/2019 

IMG 20190120 WA0007