20
Mon, May
28 Artikel Baru

Demokrasi dicabuli: Rakyat terus berputih mata

Nasional
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menganggap fenomena 'lompat parti' yang sedang berlaku sekarang suatu perkara yang mencabul falsafah demokrasi sebenar.

Ini berikutan pengumuman sebahagian besar ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk meninggalkan Umno dan setakat ini mereka mengatakan tidak menyertai mana-mana parti politik.

Walaupun memang benar itu mungkin sebahagian daripada hak mereka, bebas memilih parti mana yang mereka ingini. Tetapi jangan lupa, mereka juga dipilih semasa pilihan raya.

PAS Sabah merasa amat simpati kepada rakyat yang menyertai pilihan raya. Tatkala rakyat sedang meraikan demokrasi, para wakil rakyat mencabul dengan sesuka hati. Rakyat hanya mampu melihat dan berputih mata.

Sudah sampai masanya satu undang-undang anti-lompat diwujudkan. Kita tidak mahu kebebasan wakil rakyat disalah guna. Sepatutnya mereka menunggu sampai pilihan raya akan datang. Terpulang pada mereka parti mana yang mereka mahu wakili. Jangan cabuli demokrasi dan membiarkan pemilih berputih mata.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
13 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 13/12/2018