Takziah buat keluarga Ketua Polis Kelantan

Nasional
Typography

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haji Ab Rahman Ismail, Ketua Polis Kelantan yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi jam 3.24 petang di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Allahyarham yang merupakan anak jati Kelantan baru sahaja berkhidmat di negeri ini bermula Julai tahun lepas dan dianggap sebagai seorang yang sangat profesional dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Allahyarham juga dihormati masyarakat ekoran pelbagai pendekatan yang dilakukan untuk menyantuni rakyat termasuklah tampil di atas mimbar menyampaikan khutbah Jumaat.

DPPNK menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada rakyat negeri ini umumnya dan kepada  Polis Kelantan khususnya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Bertarikh: 2 April 2017