PRK Seri Setia: Tahniah dan terima kasih

Nasional
Typography

KEPUTUSAN PRK Seri Setia telahpun dimuktamadkan. PAS Selangor bukan sekadar berlapang dada menerima keputusan ini bahkan mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jentera, petugas serta pengundi sehingga dapat meningkatkan perolehan undi 100 peratus berbanding pilihan raya umum yang lepas, termasuk undi polis dan tentera.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, pesuruhjaya dan kontinjen negeri-negeri, calon PAS, jentera dan petugas PAS dari semua peringkat. Jutaan terima kasih juga buat Presiden dan seluruh pimpinan Umno pusat, negeri, bahagian dan cawangan serta sayap parti, tidak ketinggalan juga MIC, MCA, serta semua yang telah bertungkus lumus melalui pengorbanan masa, tenaga, idea dan wang ringgit bagi membantu PAS dalam PRK ini.

Sesungguhnya kerjasama dalam PRK ini adalah sejarah baru bagi terus memacu lanskap baru politik negara melalui blok pembangkang yang kuat ke arah membina negara yang jujur. Semoga PRK ini akan terus memperkukuhkan kerjasama ini demi Islam, kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

Terima kasih semua. Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.

SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Selangor
Pengarah Operasi PRK Seri Setia – HARAKAHDAILY 9/9/2018