Bantuan bencana: Cakna Kelantan dihargai

Nasional
Typography

MEWAKILI Kerajaan Negeri Terengganu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan bencana ribut yang melanda baru-baru ini.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan, semalam.

Dengan bantuan ini, saya mengharapkan kerjasama yang jitu dan lebih erat lagi antara dua kerajaan pada masa hadapan.

Kepada semua mangsa yang terlibat, diharap bersabar dan tabah dengan ujian ini. Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan akan membantu melalui Adun, MPKK dan agensi yang terlibat untuk meringankan beban mangsa dengan secepat yang mungkin.

"Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera"

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
25 Zulhijjah 1439H/6 September 2018 - HARAKAHDAILY 6/9/2018

Foto atas: Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Ust Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Tuan Haji Muhyiddin Abdul Rashid menerima sumbangan bencana ribut dari Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Tuan Saripuddin Tuan Ismail petang tadi.