10 tahun Dr Halimah tunai hasrat rakyat

Nasional
Typography

MEMULAKAN langkah sebagai Adun Selat Klang pada Mac 2008, Dr Halimah Ali menggalas tanggungjawab tersebut dengan penuh tekad untuk membantu menambah baik kehidupan penduduk di Selat Klang.

Bukan mudah memikul tanggungjawab yang begitu berat. Berpengalaman sebagai seorang doktor perubatan tiba-tiba menjadi wakil rakyat. Satu perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan dan keluarganya.

Bagaimanapun, amanah PAS dan rakyat Dun Selat Klang digalas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Selama 10 tahun menjadi Adun iaitu dari Mac 2008 hingga Mei 2018 beliau telah mengotakan sebahagian harapan dan impian rakyat Dun Selat Klang.

Selama 10 tahun itu, beliau telah meredah segala halangan serta menelan kritikan dan cemuhan dengan penuh kesabaran.

Antara pembangunan yang berjaya dihasilkan oleh Dr Halimah ketika menjadi Adun Selat Klang selama 10 tahun dari 2008-2018.

1) Jambatan ketiga Klang dengan kos sebanyak RM229,194,097
2) Jambatan Sungai Sireh dengan kos RM10,100,000
3) Tanah Perkuburan Selat Klang seluas 24 ekar RM1,600,000
4) Pembinaan Perpustakaan Awam di Sungai Udang RM1,200,000
5) Dewan Orang Ramai Kampung Delek dan Dewan Orang Ramai KSST2, Sungai Sireh RM491,518
6) Pembinaan semula Masjid Telok Gadong RM11,963,755

LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT