Tahniah Dr Muhammed Abdul Khalid

Nasional
Typography

TAHNIAH  Dr Muhammed Abdul Khalid di atas pelantikan sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.

Saya mula mengenali beliau di dalam beberapa taklimat ekonomi yang saya hadiri, dan berasa kagum dengan CV beliau yang agak 'impressive'.

Beliau terkenal dengan keberanian untuk menegur dasar ekonomi kerajaan terdahulu, di samping pendedahan hasil kajian yang membuka mata semua pihak.

Diharapkan beliau terus konsisten menegur kerajaan hari ini, khususnya dalam isu yang diperjuangkan beliau seperti jurang kaya miskin, hutang kerajaan, dan agihan perbelanjaan kerajaan.

Kepada Dr Muhammed, selamat maju jaya.

Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM – HARAKAHDAILY 25/8/2018