Cybertrooper PAS semakin baik

Nasional
Typography

ALHAMDULILLAH, sepanjang pemerhatian saya cybertrooper PAS semakin baik berada di posisi menerang dan menyerang. Pesanan saya, jangan sama sekali fitnah pihak lawan. Biar mereka fitnah, kita jawab dengan fakta dan data. Modal fitnah tidak kuat. Yakinlah jika kita di pihak benar, tidak perlu fitnah pihak lawan.

Sebab itu pihak lawan terpaksa berundur dan cabut lari apabila kita berjaya menjawab dengan fakta. Ada yang menggunakan akaun palsu. Jika lihat daripada laras bahasa yang digunakan, bukan sahaja hentam PAS, malahan hina Islam. Apa anutan agama mereka pun saya tidak pasti?

Jangan kita buat dosa fitnah, kalau amalan kita pun tidak seberapa. Biar musuh fitnah kita, jangan kita pula balas dengan fitnah. Ingat, PAS ajar kita berpolitik ada dosa dan pahala, semuanya akan bawa kepada kematian. Walaupun ada orang hendak pisahkan agama dan politik. Terpulang kepada mereka.

Terus aktif berjuang di alam siber, insya Allah semoga ini satu sumbangan kita untuk perjuangan amar makruf nahyu anil munkar.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
25 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 25/8/2018