Semoga Ketua Pemuda PAS kembali sihat

Nasional
Typography

PIHAK kami ingin memaklumkan bahawa YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian belakang badan.

Beliau dibawa ke Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) pada 23 Ogos 2018, pukul 6 petang bagi menjalani siasatan lanjutan dan rawatan susulan.

Kami dimaklumkan bahawa YB Ketua Pemuda dijangka akan menjalani MRI bagi mengenal pasti dengan lebih terperinci tahap kecederaan yang beliau sedang hadapi.

Di atas saranan doktor, buat masa ini diharap agar beliau tidak menerima kunjungan pelawat yang ramai agar beliau dapat rehat dengan secukupnya dan menjalani rawatan yang baik.

Marilah kita terus berdoa agar YB Ketua Pemuda kembali sihat dan segala urusan beliau berjalan dengan lancar agar dapat terus mengemudi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak.

Muhd Khidhir Izaidin
Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 24/8/2018