Penyokong persoal hala tuju PAN

Nasional
Typography

BELUM pun berusia dua tahun parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) berdepan dengan krisis identiti. Kini semakin ramai ahli dan penyokong parti itu mempersoalkan hala tuju perjuangan.

Dakwaan banyak pihak parti yang muncul kerana dendam dan emosi tidak mampu kekal lama, sekarang semakin jelas kebenarannya.

Terbaru penyokong parti itu di Dun Wakaf Bharu, Tumpat mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PAN.

“Hari ni ambo nak umumkan... ambo keluar dari PAN. Ambo lihat PAN tiada prinsip perjuangan. Pada awal penubuhan ambo diberitahu parti itu akan melawan BN.

“Namun ambo tidak nampak pemimpin PAN serang BN sebaliknya banyak serang PAS. Ambo pula diberitahu PAN akan bertanding di kerusi PAS yang boleh memberi kemenangan mudah kepada BN.

“PAN mahu pertandingan tiga penjuru. Ambo juga tengok PAN tidak konsisten dalam perjuangkan Islam. Mereka membiarkan Siti Kasim menghina Islam,” kata seorang penyokong PAN dikenali Ahmad Shari di laman sosialnya.

Pada statusnya sebelum itu beliau memberitahu 30 ahli PAN di Wakaf Bharu hendak ikhtiar hilang kepercayaan kepada parti terbabit.

Manakala di Rantau Panjang sebelum ini seorang aktivis PAN juga meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Jeli.

Aktivis terbabit sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa. – HARAKAHDAILY 23/3/2017

Ahmad Shari