Siasat, batalkan parti gay terbesar di KL

Nasional
Typography

DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menuntut Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil tindakan tegas untuk menyiasat parti gay terbesar yang akan dianjurkan selama tiga hari (30 Ogos hingga 1 September) di G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Parti Resurrection 2018 adalah program tahunan komuniti gay sejak tahun 2015. Program ini dianjurkan oleh Divine Bliss dan telah mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT media network) dan The Gay Passport. 

Pihak penganjur juga dikatakan menyalurkan sebahagian keuntungan daripada penganjuran parti berkenaan sejak tahun 2015 kepada Yayasan PT, Majlis AIDS Malaysia, Rumah Pertiwi, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) dan Pertubuhan Kebaikan dan Kesihatan Umum Malaysia.

DPPWP mendesak pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak tegas dan membatalkan parti ini dengan segera. Jangan mencemarkan maruah rakyat serta negara dengan penganjuran parti yang hina ini.

Mohd Farkhan Md Zain
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
5 Zulhijjah 1439 | 17 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 17/8/2018