Ayuh ke majlis pengisytiharan calon PAS

Nasional
Typography

PAS akan meletakkan calon dalam PRK N.32 Seri Setia. Kita yakin akan berlaku pertandingan satu lawan satu antara PAS mewakili blok pembangkang dan PKR.

Rakyat jelas tertipu dalam PRU14 lalu. Janji manis ditaburkan disulam fitnah dan penipuan. Akhirnya hari ini janji menggunung tinggi itu tidak dapat ditepati atas pelbagai alasan dan dalih.

Hapus PTPTN, tol. Rakyat tergiur pangkah Pakatan Harapan (PH) rupanya tertipu. GST hapus tapi diganti SST, sengatnya tetap berbisa ke atas tubuh kehidupan rakyat.

Bahasa Melayu diturun taraf, urusan agama di-Liberal dan dipermain, Raja-raja Melayu dihina, nasib dan masa depan bangsa dan agama tercabar.

Ini baru 100 hari PH berkuasa malah sekarang PKR sendiri dakwa Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tidak boleh dipercayai. 

Atas kesedaran ini PAS bangkit menggembeling kesatuan ummah, menyatukan umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia yang tertipu.

Bangkitlah kita cabar kuasa yang ada atas pentas demokrasi. PRK ini adalah forum paling sesuai untuk menyata dan menzahirkan suara sebenar rakyat.

Rabu 15 Ogos ini YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS akan mengisytiharkan calon PAS yang akan mewakili PAS dan suara ummah pada PRK Seri Setia nanti.

Ayuh keluar beramai-ramai bersatulah Bangsa Melayu umat Islam dan rakyat Malaysia semuanya. 

Asal Bukan Harapan, ABAH.

Rakyat tidak mahu ditipu lagi. - HARAKAHDAILY 14/8/2018

FB IMG 1534221765879