Apakah status siasatan 1MDB?

Nasional
Typography

DALAM isu 1MDB, rakyat tertanya-tanya apakah status siasatan 1MDB berikutan rampasan Kapal Equanimity.

Pada bulan Julai yang lalu, Ketua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata siasatan hanya setakat 50 peratus selesai.

Kerajaan berkata penyelenggaraan Kapal Equanimity memerlukan RM2 juta sebulan, dan oleh itu, kapal itu perlu dijual secepat mungkin. Jika siasatan 1MDB belum selesai, bolehkah kapal ini dijual sedangkan ia boleh dikategorikan sebagai satu bahan bukti?

Sekarang kerajaan pula ingin mendapatkan jet peribadi Jho Low daripada Singapura. Bagaimana pula dengan kos penyelenggaraan ini? Bolehkah jet ini dijual sebelum siasatan 1MDB selesai dan diputuskan mahkamah?

Cuma khuatirnya, lama mana siasatan 1MDB akan selesai bersama proses mahkamahnya, begitu lama mana kerajaan perlu menanggung kos penyelenggaraan jet peribadi dan Kapal Equanimity ini.

Dalam keadaan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kata tiada duit untuk menunaikan Janji 100 Hari, isu ini dilihat sebagai satu drama Kerajaan PH untuk mengekalkan mata politik terhadap Barisan Nasional (BN) sambil rakyat dimangsakan tanpa perlu.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
14 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 14/8/2018