Jika umat Islam tak terima Taadud Jamaie

Nasional
Typography

BAGUS juga bila tengok ramai umat Islam bersatu tolak LGBT tanpa mengira fahaman politik dan bangsa.

Tapi sayangnya kesatuan ini tidak berlaku dalam pilihan raya. Ramai berpendapat mengundi adalah hak individu dan tak ada kena mengena dengan agama. Tak ada implikasi hukum. Malah yang tolak untuk mengundi sebab demokrasi haram pun ada.

Tahukah anda semua umat Islam Malaysia, kebejatan LGBT hari ini adalah angkara umat Islam juga yang membuat pilihan pada PRU14 lepas? Juga angkara umat Islam yang memilih untuk tidak mengundi lalu memudahkan lagi laluan tuntutan musuh Islam?

Masih ingatkah lagi alasan sebahagian umat Islam yang mengundi PH kerana menganggap menjaga ekonomi lebih awla dari menjaga Syariat? Tapi hasilnya, ekonomi pun tak pulih-pulih, Syariat pula dilanggar segera. Bab ekonomi mereka cuba beralasan mustahil kahwin hari ini esok mahu beranak, tapi bab LGBT laju pula perderas walau tak ada dalam Janji 100 Hari!

Harap umat Islam yang fikir mengundi tak ada sangkut paut dengan agama dan umat Islam yang memilih tak mengundi sedar kesilapan diri. Harap umat Islam tahu peri pentingnya kesatuan wadah politik dan bahayanya fikrah Taadud Jamaie.

Kita umat Islam adalah majoriti di negara ini. Major shareholder yang memberi maksud tuan bagi watan ini. Malangnya kerana kuasa umat Islam pecah kepada PAS, BN, PH dan apolitical stratum, hala tuju negara ditentukan oleh minoriti Kafir, LGBTQ, Liberalis, Evangelicalis, proksi US dan sebagainya. Major shareholder yang tiada kuasa ke atas 'syarikat' sendiri.

Sesal dahulu sesal pendapatan. Belum terlibat untuk bersolidariti. Buang perbezaan politik. Bersatu atas satu wadah yang diyakini meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat. Mana-mana kekurangan pada wadah itu sebaiknya saling diperbetulkan, bukan ditubuhkan wadah baru yang akhirnya hanya menguntungkan minoriti beragenda.

13 Ogos 2018
2 Zulhijjah 1439

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 13/8/2018