LGBT: Tahniah dan syabas Dr Nur Ilyani

Nasional
Typography

TAHNIAH dan syabas Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi kerana menulis secara profesional mengenai LGBT.  Walaupun tidak disenangi oleh pembela LGBT dan mereka yang sewaktu dengannya, jangan peduli. Masih ramai rakyat Malaysia yang menyebelahi pihak Dr Ilyani.

Jangan pula ada yang buat  tuduhan, Dr Ilyani tidak sepatutnya menulis bab LGBT, sepatut tulis bab rasuah di Kementerian Kesihatan.  LGBT bukan ada nilai tambah ekonomi. Menteri dan timbalan menteri, mufti pula sibuk bincang masalah tandas untuk LGBT. 

Cadangan sudah menjadi skrip bahan lawak. Ada yang mencadangkan boleh masuk tandas wanita. Ada yang cadang masuk tandas OKU. Ada yang cadang kena periksa alat kelamin sebelum masuk tandas.

Tidak mengapa cadanglah apapun, semuanya tidak melibatkan kos. Ini mungkin boleh dilaksanakan dalam masa 100 hari. Jangan lupa hari Jumaat ini 17 Ogos 2018 genap 100 hari Pakatan Harapan memerintah.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
13 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 13/8/2018