NED&IRI: Masih banyak perlu dibongkar

Nasional
Typography

ISU NED, IRI bukan perkara baharu. Saya telah menulis sejak 2015 lagi. Ada sahabat yang mendedahkan jauh lebih awal dari itu. Tajaan dan usaha lobi asing dalam mencatur politik negara telah, sedang dan masih berlaku sehingga kini.

Malangnya ada pihak memperlekeh pendedahan sebegini. Mereka kata kita terlalu paranoid, terpengaruh teori konspirasi, kuat su' zhon dan sebagainya. Malah terdapat pimpinan gerakan Islam sendiri (sorry to say), memerli usaha ini sebagai perkara sia-sia dan terlalu ilusi. Baik ajak ahli buat kerja, cerita pasal kewajipan jihad, fokus kerja pilihan raya sahaja.

Sampai bila perbincangan kritikal dalam negara secara umum, dan dalam PAS secara khusus boleh mendapat tempat dan dijadikan prioriti serta agenda utama? Sampai bila kita mahu menunggu pendedahan-pendedahan seperti video wakil NED sebegitu baru nak react? Sampai bila nak tunggu selebriti suarakan isu baru nak celik mata?

Barat berhabis billion Dollar untuk dirikan pusat kajian, R&D, biaya penyelidik untuk fokus gerak kerja propaganda. NED dan IRI hanyalah contoh instrumen Barat melobi negara luar. Mereka sudah punya perancangan jauh lebih besar. Persoalannya, apa kita buat? Apa pusat R&D kita? Siapa yang ditugaskan membuat kajian? Siapa yang membiaya?

Ujar Saidina Ali:

الحق بلا نظام سيغلبه الباطل بلا نظام

"Kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik."

Sedar sebelum terlambat. Jayakan prinsip kelima BPMS (Politik berasaskan fakta). Fakta diperoleh melalui kajian. Kajian memakan masa, tenaga dan dana. Semua itu perlu dirancang secara strategik, menepati prinsip ketujuh BPMS (Politik rasional dan profesional).

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 7/8/2018

FB IMG 1533642914668