Lagi anak Terengganu tempa kejayaan di UK

Nasional
Typography

TAHNIAH diucapkan kepada Saudara Mohammad Faiz Bin Mohd Zaki atas pencapaian yang memberangsangkan, Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.

Anak kepada pasangan Encik Mohd Zaki bin Mohd Salleh dan Puan Wan Suhubbiah binti Wan Abdillah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan yang cemerlang pada SPM 2011.

Setinggi penghargaan diberikan kepada Encik Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan yang berterusan anak lelaki mereka. Pemuda kelahiran Terengganu ini turut membanggakan ibu bapanya apabila mengikut jejak langkah ayah beliau yang merupakan seorang pesara jurutera.

Kecemerlangan anak sulung dari empat orang adik-beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adik beliau tetapi dapat menjadi pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana.

Diharapkan kejayaan Saudara Faiz menjadi inspirasi kepada rakyat Terengganu seluruhnya.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
7 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 7/8/2018