Gempa bumi dan pakej bencana bersamanya

Nasional
Typography

GEMPA bumi merupakan ingatan dari Allah dan ia merupakan petanda dekatnya kiamat. Nabi S.A.W menyenaraikan fitnah-fitnah lain yang turut ditimpakan sekali harung bersama dengan gempa bumi:

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ، وَحَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمُ الْمَالُ فَيَفِيضَ

"Tidak berlaku hari kiamat sehinggalah dicabutnya ilmu, banyak berlaku gempa bumi, masa menjadi pendek, banyak terjadinya fitnah dan berlaku banyak fitnah al-Haraj, iaitu pembunuhan demi pembunuhan. (Kiamat tidak berlaku) sehinggalah harta yang ada pada kalian melimpah ruah"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Senarai bencana yang diingatkan oleh Nabi S.A.W:

●     Hilangnya ilmu dengan kematian para ulamak akhirat. Menyebabkan kejahilan menguasai masyarakat.

●     Berlaku banyaknya gempa bumi. Sepatutnya manusia sedar dengan amaran tersebut, namun ramai yang kekal lalai.

●     Waktu dirasakan menjadi pendek kerana keberkatannya telah hilang. Teknologi semakin maju sehingga banyak urusan dapat diselesaikan dengan pantas. Urusan dosa pun semakin mudah direncana.

●     Berlakunya banyak fitnah, iaitu ujian-ujian kekeliruan yang menguji pegangan iman.

●     Peperangan dan pembunuhan berlaku di serata dunia.

●     Harta dunia dilimpahkan. Dari kemewahan tersebut merangsang manusia untuk saling berebut lalu berlakunya konflik berpanjangan.

Sungguh, kita berada di zaman penuh fitnah. Tidak mudah untuk menyelamatkan diri melainkan kita mestilah istiqamah dengan pegangan wahyu yang ma'sum.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
6 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 6/8/2018