LGBT: Awas, naratif Stonewall!

Nasional
Typography

MENYAKSIKAN fenomena masakini yang memperlihatkan komuniti LGBT semakin berani meminta hak yang sama rata dan tidak mahu didiskriminasikan di negara ini, ia mula meresahkan masyarakat yang masih tebal pegangan agama dan adat budaya ketimuran ini.

tatawiPAS ingin mengingatkan tentang peristiwa Stonewall di Greenwich Village, New York sekitar tahun 1969. Kumpulan gay Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan sistem perundangan anti gay tetapi mereka tetap disokong oleh beberapa pertubuhan sivil termasuk parti politik.

Kemudian, mereka lebih berani mendedahkan identiti dalam kalangan masyarakat sehingga premis operasinya diserbu oleh pihak polis sehingga mencetuskan rusuhan pada bulan Jun 1969.

Beberapa bulan selepas kejadian, mereka agresif membentuk pertubuhan gay di AS dan dunia. Mereka sudah lebih terbuka berdepan masyarakat dengan mengedarkan bahan penerbitan promosi LGBT dan menganjurkan perarakan 'Gay Pride' di beberapa buah bandar utama AS.

Kini, sudah wujud monumen khas Stonewall di New York sejak tahun 2016. Apa yang diucapkan oleh Obama dalam majlis 'LGBT Pride Reception' pada 9 Jun 2016? "When all Americans are treated equal, we're all more free". Lihat, bagaimana naratif Stonewall yang bermula dari sebuah pekan kecil sehingga diiktiraf oleh negara!

Perlu diingat, nilai, budaya dan ruh peruntukan Perlembagaan Malaysia berbeza dengan demokrasi liberal barat. Tidak ada kebebasan mutlak tanpa pengawasan Syari'ah. Komuniti LGBT tidak harus meminta hak yang sama rata, tetapi berusahalah untuk kembali kepada fitrah insan yang sebenar.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Zulkaedah 1439 | 6 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 6/8/2018