Waspada musuh memandang kita

Nasional
Typography

MERENUNG jauh ayat ini:

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

[an-Nisa' 102]

Keizinan Solat Khauf demi berhati-hati dengan serangan musuh. Musuh pula menunggu orang Islam 'leka' (solat) untuk menyerang hendap.

Sebahagian ulamak menyebut ayat ini turun sempena peristiwa perang Zat Riqa' yang berlaku selepas perang Bani Nadhir (jumhur) tahun ke-4 Hijrah. Tiada pertempuran berlaku.

Dinamakan Zatu Riqa' kerana para Sahabat menampal luka pada kaki mereka dengan kain kesan perjalanan jauh dan cuaca panas.

Musuh sentiasa membaca dan memerhati segala gerak-geri kita untuk mereka 'menyerang' mana-mana sendi Islam yang lemah. Bahkan semakin banyak sendi yang longlai. Ditambah dengan kealpaan kita bersiap siaga dan cuai dalam menjaga benteng. Kerana kita gagal membaca idea musuh.

Solat dan jihad berpisah tiada. Menjaga solat dan dalam masa yang sama terus berjaga-jaga dengan pelan musuh. Usah memandang rendah kemampuan musuh, lebih-lebih lagi dalam politik akhir zaman ini. Apabila kita sudah kebal dengan ujian kepayahan, musuh menukar pula umpannya dengan ujian kesenangan. Begitulah seterusnya.

Salahkah kita pesan, supaya berjaga-jaga?

USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
05 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 5/8/2018

 

FB IMG 1533437593701