Takziah kepada keluarga Adun Seri Setia

Nasional
Typography

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga YB Dr Shaharuddin Badaruddin, Adun Seri Setia, yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Pemergian Dr Shaharuddin merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah dan politik di negara ini kerana bakti yang beliau curahkan kepada dua lapangan sangat besar.

Beliau merupakan salah seorang pimpinan politik PKR yang mempunyai hubungan sangat erat dengan PAS khususnya dengan PPP sendiri, meskipun selepas PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. Sebagai seorang yang banyak membuat kajian politik, dapatan-dapatan kajian beliau banyak yang dikongsikan dengan PPP dan dibentangkan kepada pimpinan PAS.

Semoga Allah S.W.T merahmati beliau serta menempatkannya bersama golongan solehin.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP

2 Ogos 2018
21 Zulkaedah 1439 - HARAKAHDAILY 2/8/2018