Rempit: Pendekatan Polis dipuji

Nasional
Typography

SYABAS diucapkan kepada Superintenden Mohd Said Ibrahim dan seluruh anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang terlibat dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman pada 26 Julai yang lalu.

Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan wajar dipuji. Seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk Solat Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari imam yang bertugas.

Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini.

Syabas sekali lagi diucapkan.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
30 Julai 2018  - HARAKAHDAILY 30/7/2018

 FB IMG 1532931215049