PH kalah jika PAS-BN bergabung

Nasional
Typography

DI SEBALIK kecaman kerana PAS kononnya bekerjasama dengan BN untuk memenangkan BN dalam PRU14 lalu, dan di sebalik sindiran supaya kerjasama PAS-BN ini dirasmikan melalui “ijab kabul” yang sah, Pakatan Harapan (PH) sebenarnya terhutang budi dengan PAS kerana jika PAS-BN betul-betul bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU14 lalu.

Ini kerana kemenangan PH di 113 kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen sahaja manakala kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-PAS di 126 kerusi Parlimen jika PAS-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU14 lalu.

Perubahan ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-PAS di 29 kerusi Parlimen berikut:

1.     Kerusi P.002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.

2.     Kerusi P.005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.

3.     Kerusi P.006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

4.     Kerusi P.008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.

5.     Kerusi P.010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.

6.     Kerusi P.014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-Umno (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.

7.     Kerusi P.015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-Umno (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.

8.     Kerusi P.017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.

9.     Kerusi P.018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.

10.     Kerusi P.057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.

11.     Kerusi P.063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.

12.     Kerusi P.074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.

13.     Kerusi P.077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.

14.     Kerusi P.080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.

15.     Kerusi P.082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.

16.     Kerusi P.083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

17.     Kerusi P.088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-Umno (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

18.     Kerusi P.089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

19.     Kerusi P.093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

20.     Kerusi P.094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

21.     Kerusi P.096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

22.     Kerusi P.109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

23.     Kerusi P.112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-Umno (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

24.     Kerusi P.119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

25.     Kerusi P.129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

26.     Kerusi P.133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

27.     Kerusi P.136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

28.     Kerusi P.149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

29.     Kerusi P.165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

Perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS ke dalam gabungan BN-PAS membabitkan kerusi-kerusi:

1.     P.011 Pendang.

2.     P.012 Jerai.

3.     P.013 Sik.

4.     P.019 Tumpat.

5.     P.020 Pengkalan Chepa.

6.     P.021 Kota Bharu.

7.     P.022 Pasir Mas.

8.     P.023 Rantau Panjang.

9.     P.024 Kubang Kerian.

10.     P.025 Bachok.

11.     P.028 Pasir Puteh.

12.     P.031 Kuala Krai.

13.     P.034 Setiu.

14.     P.035 Kuala Nerus.

15.     P.036 Kuala Terengganu.

16.     P.037 Marang.

17.     P.039 Dungun.

18.     P.040 Kemaman.

PH patut bersyukur dan berterima kasih kepada PAS kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU14 lalu kerana jika tidak maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang. - HARAKAHDAILY 30/7/2018