Kesediaan Pusat kembalikan royalti dihargai

Nasional
Typography

"ROYALTY is paid with reference to production or sales — Rs 5 per unit or 1 per cent of sale etc. It is generally paid for the user of intellectual property rights belonging to someone else, such as trademark, patent etc. Share of profits, on the other hand, is conditional and based upon profits. The one agreeing to take a share of profits is more intimately involved in the running of an enterprise and is a risk taker at that, but the supplier of technology, who has no financial stakes in an enterprise, usually settles for less alluring, but steady and sure royalties."

Saya berterima kasih apabila Perdana Menteri (PM) dalam menjawab soalan dari YB Rantau Panjang mengulangi komitmen pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang mengeluarkan minyak.

Kekeliruan timbul bila PM menyebut royalti sebagai peratus dari keuntungan.

Pertama kerana ia definisi royalti yang luar dari kebiasaan bila mengaitkan bayaran royalti dengan akaun untung rugi perusahaan aset yang diberi hak untuk mengusahakan dalam keadaan pemunya hak aset berkenaan tiada bahagian dalam pengurusan, pentadbiran, malah akaun untung rugi perusahaan berkenaan.

Biasanya untuk aturan begitu, ia tidak disebut 'royalty'. Ia disebut 'perkongsian keuntungan', atau 'profit sharing'.

Perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Terengganu ada menyebut dengan jelas bayaran kepada kerajaan negeri adalah peratus dari pengeluaran.

Saya kira mungkin PM tersasul menyebutnya seperti beliau tersasul antara GST dan GLC dalam satu soal jawab dengan wartawan.

Saya harap begitulah. Jika tidak, kena buat pindaan Perjanjian 1975 yang perlu pula ada penglibatan negeri dalam pengurusan pula jika mahu negeri terlibat sama dalam soal untung rugi.

Saya memandangnya secara bona fide, niat baik dari PM ini dan semoga segalanya baik untuk rakyat dan negara. Terutamanya kepentingan Terengganu yang begitu lama diperlakukan secara tidak adil oleh BN dalam soal hasil petroleum dari bumi Terengganu. Moga PH tak sama dengan BN-lah. 

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 21/7/2018