Hanya tiga kilang padi di T'ganu, 40 di Kedah

Nasional
Typography

KETIDAKSAMARATAAN pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat memang sangat ketara.

Lori padi yang menunggu nak buang padi di Kilang Bernas Bukit Kenak Besut terpaksa beratur sampai sehari semalam menunggu giliran. Kita di Terengganu hanya ada 3 kilang padi yang beroperasi sedangkan di Kedah ada 40 kilang padi.

Jumlah kilang padi di seluruh negara sebenarnya mencukupi, tapi taburannya tak mengikut keperluan. Akibatnya di Kedah kilang tak cukup padi nak diproses sementara di Terengganu padi tak cukup kilang.

Padi di Terengganu terpaksa dihantar dengan lori ke Kedah dalam jumlah yang banyak untuk diproses. Naik bukit turun bukit Jalan Raya Timur Barat baru sampai ke Kedah. Kemudian orang Terengganu terpaksa pula beli beras dari Kedah. Sekali lagi beras terpaksa naik bukit turun bukit untuk mari ke Terengganu. Main pergi mari yang memerlukan kos tinggi untuk pengangkutan. Inilah antara punca kenapa harga beras mahal.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY 20/7/2018