Nasihat dan peringatan PAS kepada PH

Nasional
Typography

SAYA ingin menarik perhatian kita semua kepada satu surat daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang dihantar kepada Malik bin Haris al-Asthar, satu nasihat yang sangat berguna untuk kita semua. Walaupun surat ini bertarikh 655 Hijrah, panjang, tapi saya akan petik beberapa point yang penting. 

Yang pertama Saidina Ali menasihati pegawai Gabenornya, jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan merasa megah atau sombong, ingatlah kuasa keagungan yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap kekuasaan-Nya. Kekalkanlah keadilan dalam pentadbiran, dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai. Kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan.

Kamu boleh dapat orang yang lebih baik iaitu orang yang dianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh, setidak dinodai oleh dosa. Dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya, atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Berhati-hati dalam memilih pegawai, sahkan jawatan mereka bila mana mereka telah menjalani ujian dan kelayakan.

Takutlah kamu kepada Allah. Apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar susah, dan tidak bermaya, dan kusut fikirannya, kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku dan sistem yang tidak memberi peluang kepada mereka. Akhirnya laksanakanlah keadilan secara sama rata, tanpa mengira sama ada seorang itu bersaudara dengan kamu ataupun tidak. Jika ada saudara mara dan kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang. Laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit bagi kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan sebuah negara.

Kami mewakili saya, ingin menegaskan bahawa PAS kita bersedia menyokong apa-apa sahaja dasar Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak bercanggah dengan dasar Islam dan menguntungkan rakyat. Dan kami akan bersedia menentang kamu sekiranya bercanggah dengan agama dan merugikan rakyat.

(Diucapkan Ahli Parlimen Kubang Kerian pada akhir perbahasan ucapan Titah DiRaja semasa Sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam) - HARAKAHDAILY 20/7/2018