Kita hapus GST untuk diganti SST?

Nasional
Typography

KENAIKAN harga barangan dan perkhidmatan sungguh membebankan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) perkenal pula GST 6 peratus. Rakyat marah dan kemarahan ini dibakar lagi dengan janji Pakatan Harapan (PH) yang mahu hapus GST dengan syarat BN ditumbangkan.

Atas tekanan kemarahan dan kesengsaraan rakyat tolak BN dan angkat PH. PH janji apabila GST disifarkan harga barangan akan turun. Hari ini GST telah pun disifarkan. Harga barangan dah turun?

Dan kini PH mahu perkenalkan kembali SST. Cukai jualan dan perkhidmatan 16 peratus. Iaitu 6 peratus dikenakan atas perkhidmatan dan 10 peratus atas jualan barangan.

Tolak GST masuk SST. Harga barang dah turun? - HARAKAHDAILY 17/7/2018