Kelantan-Terengganu jalin kerjasama pertanian

Nasional
Typography

LAWATAN YB Exco Pertanian Negeri Kelantan, YB Tuan Sharifuddin Tuan Ismail dan rombongan ke Pejabat Exco Pertanian Terengganu.

Ada banyak ruang yang boleh diterokai bersama demi faedah rakyat 2 buah negeri berjiran ini. Lantaran perbezaan politik sebelum ini, banyak ruang yang tak dimanfaatkan sebaiknya.

Antara yang perlu dibincangkan secara serius ialah pembangunan kawasan sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong yang kelihatan sepi tak bermaya. Bagaimana kita boleh memanfaatkan sektor pertanian dan asas tani menjadi penghubung sosioekonomi yang boleh dimanfaatkan rakyat kedua-dua negeri.

Di samping itu, rakyat Terengganu dan Kelantan mendapat sumber bekalan makanan seperti ayam dari Pantai Barat seperti Perak. Kita ada tanah yang luas dan rakyat yang rajin. Permintaan bekalan juga sangat tinggi. Tapi sayangnya tiga Negeri Pantai Timur terpaksa bergantung kepada bekalan dari Pantai Barat. Lompang ini perlu diisi.

Kita telah letakkan asas perbincangan beberapa tumpuan industri yang boleh dikongsi kepakaran dan pengalaman. InsyaAllah akan menyusul dengan pembentukan jawatankuasa teknikal bersama untuk mengkaji dengan lebih detail lagi.

YB DR AZMAN IBRAHIM 
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu. - HARAKAHDAILY 10/7/2018

 

FB IMG 1531231706517

FB IMG 1531231701916