Perginya seorang pimpinan PAS Perak yang gigih

Nasional
Typography

TAKZIAH kepada keluarga Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, Ketua Penerangan PAS Perak, yang telah kembali menemui Allah Rabbul Jalil petang tadi. Beliau yang saya kenali adalah seorang pimpinan dan petugas jamaah yang gigih sehinggalah ke akhir usianya.

Saya mengenali beliau ketika saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Perak pada sesi 2015 hingga 2016. Beliau adalah salah seorang AJK dalam lajnah tersebut. Beliau banyak membantu saya untuk melaksanakan program-program yang dirancang, dan kemudiannya menggantikan saya untuk amanah tersebut.

Kini sudah dua orang rakan yang banyak membantu saya menggerakkan aktiviti penerangan PAS Perak dulu meninggalkan kita, iaitu Saudara Hisham Zainuddin daripada kawasan Pasir Salak, dan petang tadi Ustaz Wan Ahmad Tarmizi dari Kawasan Tambun.

Semoga Allah S.W.T memberikan kepada mereka pahala syahid, dan dikumpulkan bersama para Anbiya', Syuhada', Siddiqin dan Salihin.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 10/7/2018