Dia sudah termenung malam itu

Nasional
Typography

AKHIRNYA jam 4 petang tadi Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (MP Bukit Gantang) isytihar keluar Umno dan jadi MP Bebas. Janji bulan dan bintang waktu pilihan raya.

Saya hendak tunggu 100 hari untuk edar janji khawasul khawas kepada pengundi Bukit Gantang supaya pengundi tuntut janji. Tiba-tiba sudah isytihar keluar hari ini.

Banyak zakat dikeluarkan waktu kempen PRU14. Almaklumlah dia orang kaya. Tengok bas PLKN, teringatlah Dato’ Syed. Guna masjid, sekolah agama, sekolah biasa bebas isytihar janji-janji manis. Kempen pada pengundi apa yang pengundi dapat di bawah PAS menang Parlimen Bukit Gantang. Kena pilih saya. Ini manifesto dia di Bukit Gantang. Pengundi teruja.

Malam di pusat perjumlahan undi lepas saya kata dekat dia, “teruk hang Syed, aku tak apa, aku miskin, hang kaya, hang menang.” BN kalah di peringkat pusat. Dia sudah termenung malam itu.

Saya tidak ada apa-apa. Walaupun kalah tetap bersama masyarakat di majlis kenduri, ziarah jenazah dan beri bantuan sekadar yang mampu. Duduk di Kampung Sungai Petai, seronok, rumah depan surau. Masih kuliah macam biasa bimbing masyarakat kenal agama. Tenteram dan tenang. Tak adalah pula untuk tukar parti, insya Allah.

Saya tidak berniaga. Saya tidak ada kontrak dengan Kementerian Pertahanan. Saya orang biasa walaupun pernah menjadi pensyarah ITM. Dato’ Rosli (bekas Ketua Bahagian Bukit Gantang) tentu suka baca kenyataan ini. – HARAKAHDAILY 27/6/2018